Pages

Sunday, February 21, 2016

Bermula semula..

Punya lama tak menulis.Tiba-tiba hari ni muncul nak menulis semula.Dah kenapa?Hehehe sepanjang tak menulis ni, memang selalu rindu dan teringat zaman menulis dekat sini.Tiap kali nak menulis je mesti akan terbantut je hasrat tu.Rasa macam tak bagus lagi dah nak share.

Tapi hari ni kita tulis sikitlah ye.Mujur ingat lagi password untul blog.Hakhakhak..kira bagus la tu kan?Kalau tak memang terkubur begitu jelah ye.

Sepanjang tak menulis ni kehidupan dah banyak yang berubah.Taklah berubah drastik tapi adalah bawa kelainan dalam perjalanan hidup ni.Daripada tak berkerja sekarang dah bekerja, daripada banyak menonton drama korea sekarang dah kurang weh, daripada banyak online sekarang dah banyak kurangkan aktiviti online.Mungkin sebab komitmen kerja.

Dalam banyak benda yang berubah, merasai kehilangan orang yang kita sayang itu terlalu perit.Penghujung tahun 2014 aku kehilangan tokwan.Lelaki yang banyak berjasa dalam hidup aku.Lelaki yang turut menainkan peranan dalam perjalanan hidup aku.Aku diberikan kesempatan untuk jaga tokwan masa aku tak bekerja.Dan saat tokwan dimasukkan ke hospital sampailah ke akhir nafasnya, aku ada dengan tokwan.Perit!Sampai sekarang aku tak boleh lupa apa yang aku lalui.Bila tengok lelaki yang berusia, itu akan buat aku rindu tokwan.But life must go on.Pesan tokwan aku ingat.

Last year sempat pergi bercuti banyak tempat jugak.Sempat pergi Singapura, pergi Kelantan & pergi Sarawak.Tahun ni nak sambung cuti-cuti lagi.Helloooo dah penat kerja kenalah pergi manjakan diri jugak.Mengadap komputer hari-hari selama 10 jam boleh buat mata letih.Itu yang kena berjalan sikit.Biar terbuka minda.InsyaAllah bulan 4 ni sambung bercuti.Kemana?Hehehe..dalam Malaysia sahaja weh.Currency tak cun takdelah jauh nak melangkah.

Harapnya post ni takkan terhenti di sini sahaja.Hehehehe..Harapnya akan ada post lagi lepas ni.Not a good writer but let's share something together.

Saturday, February 21, 2015

Permulaan Baru

Assalamualaikum...lama tak mencoret cerita berkongsi ragam hidup utk ingatan.Ada beberapa kekangan yg membataskan hasrat.InshaAllah moga selepas ini dpt luahkan apa yg dirasakan.

Cuma untuk makluman buat sementara waktu ini urusan Sisters2Sisters berehat seketika.Kami nak adjust diri masing-masing dengan perubahan fasa hidup setiap daripada kami.Kami mengharapkan agar perniagaan ini akan kembali seperti biasa apabilakami selesai menyelesaikan hal-hal berkaitan.

InshaAllah aku sendiri bakal berhijrah ke bandar besar.Memulakan hidup di sana dengan mempelajari perkara baru.Untuk bermula daripa bawah ini membuatkan fikiran sedikit terganggu.Bukan kerana aku tidak bersedia dengan rezeki yang datang ini.Namun aku sangat risaukan orang-orang yang aku sayang di tanah cinta ini.Moga Allah akan bantu aku jaga mereka sepanjang ketiadaanku nanti.Kalian juga doakan agar aku terlindung daripada perkara yg tidak baik dan semoga aku tabah dengan cabaran masa hadapan.

Pesan untuk diri sendiri dan yang lain juga.Life is a learning process.Faham kan?Setiap perkara baru yg kita lakukan pasti memerlukan kita belajar.Beri peluang kepada diri sendiri untuk memperoleh sesuatu yang baru daripada pengalaman ini.Pahit atau manis semuanya bakal jadi guru berguna suatu masa nanti.

Tuesday, December 23, 2014

Keterujaan Melanda di Big Bad Wolf

          Dah beberapa tahun dengar pasal Big Bad Wolf tapi tak pernah berkesempatan singgah ke jualan buku murah sangat-sangat ni.Bila jualan diadakan berhampiran,aku pula ada urusan.Memang tak pernah berjodoh dengan Mr Wolfie ni.Sighhhh...Tapi jualan buku kali ni istimewa sebab akhirnya dapat buat kunjungan kali pertama setelah sering kali kecewa tidak dapat hadir.

          Aku bukanlah ulat buku yang 24 jam membaca.Bila berkelapangan,aku cari buku juga selain daripada tengok drama korea.Bila aku dah dapat buku, jangan kacau!!!Aku tak layan orang dah bila dapat baca buku.Terutama sekali bila dapat buku cerita.Mesti nak habiskan cepat-cepat sebab nak tau pengakhiran cerita yang ditulis.

          Masa awal Big Bad Wolf haritu, adik lelaki bongsu aku si Debab tu mesej dalam pukul 11 lebih macam tu la.Dia bagitau dia dekat Big Bad Wolf.So tanya aku nak pesan buku apa-apa tak.Masa tu aku dah atas katil nak tidur terus bangun.Keterujaan melanda sebab baru petang tu aku cakap dengan Najib yang aku nak beli set buku The Hunger Games.Dan kebetulan dekat BBW aku tengok set tu sangatlah murah dan berbaloi.Haruslah murah kan sebab nama pun jualan buku murah sangat-sangat ni.Walaupun set buku yang aku nak tu dah habis, tapi Debab berjaya dapatkan aku The Hunger Games daripada siri 1 dan siri 2.Itupun dah cukup suka.

          Dah mungkin tertulis aku memang akan mempunyai peluang ke Big Bad Wolf kali ini untuk jualan di hujung tahun 2014, maka aku sangat menyambut baik apabila terbaca khabar berita menggembirakan daripada BBW.

          "Perghhhhh...they extended the sale till 21 Dec la wehhhhh".Itulah reaksi aku bila dapat tau.Yelah sebelum tu cuma sampai 16 Disember je.Aku sebenarnya nak sangat sampai hujung minggu tu sebab aku akan berada di KL daripada 19-21 Disember.Bagai pucuk di cita ulam mendatang la bila jualan dipanjangkang.

          Mulanya ingat nak pergi dengan adik perempuan aku je.Nak mintak tolong abang aku hantarkan.Tapi bila cousin aku pun tau ada jualan buku murah,cousin aku pun teruja.Malam 18 Disember kami beramai-ramai ke BBW.Hahahahaha...mama dengan makcik aku pun ikut sekali.Cousin aku siap bawa anak dia lagi.Thank you abg Mie sebab bawa kami ke sana.Abang Mie pun sakan memborong juga.

         
Main Entrance..rasanya yang ni kakcik snap masa visit dia yang kedua.Ya!Adik perempuan aku visit BBW dua kali sedangkan aku dapat visit sekali ja.Itupun sebab aku dah balik daripada KL.Kalau still dekat KL, keterujaan aku melanda lagilah...

Memula aku tak perasan pun susunan buku ni.Bila kakcik cakap,baru perasan.Nampak tak aku teruja nak terjah buku kat dalam,sampai tak nampak susunan buku kreatif mcm ni..

Troli ni sangatlah membantu sebab boleh heret sahaja ke mana-mana.Terima kasih sangat-sangat.Ada yang hebat bawa beg baju besar tu.Semua sibuk cari buku masing-masing dan masukkan dalam troli.Semangat membaca semuanya.Kena habiskan baca semua buku-buku tu ya.

Hasil daripada berpusing-pusing dalam BBW.Bila banyak sangat buku, aku jadi tak tahu nak pilih yang mana satu pula.Ikut hati memang nak beli semua.Tapi nanti tak muat pulak kereta nak bawa balik ke SP.Tak apa,stok ni boleh dijadikan bekalan sampai jualan buku seterusnya.

Yang ni pula hasil daripada visit kedua kakcik.Kemain banyak dia angkut beli kali kedua.Itulah visit sekali memang tak cukup kan.Sebab pergi sekali pusing-pusing tu rasa macam tak tahu nak pilih mana satu.Bila pergi kali kedua, baru rasa boleh buat pilihan dengan lebih baik kan?Sesiapa yang tak berkesempatan nak datang, pastikan lain kali datang untuk dapatkan bahan bacaan untuk diri sendiri dan orang lain juga ok.

Penanda buku..

          So azam untuk tahun 2015 nanti ialah banyakkan lagi membaca.Stok dah ada.Tiada lagi alasan buku mahal ya.Alasan taida masa pun tak boleh diterima.Daripada menghabiskan masa dengan internet,baik kita ambil sebuah buku dan membaca.Tambahkan pengetahuan,luaskan imaginasi dan tingkatkan nilai diri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sisters2Sisters Shawl masih lagi menerima sebarang tempahan daripada anda.Layari Instagram kami.InshaAllah kami sedang merancang sesuatu untuk tahun baru 2015 nanti.Nantikannya...

Sunday, November 30, 2014

Tree Top Walk Sungai Sedim,Kedah

          Bila kita dah hidup dengan terlampau banyak tekanan,kita jadi apa?Pandaiii...tertekan.Tertekan boleh mengakibatkan apa?Ya, stress dan keserabutan minda.Ada sesetengah daripada kita bila stress boleh bertindak diluar kawalan seperti menjadi seorang yang cepat panas baran.Tak elok untuk kesihatan sebenarnyakan bila berhadapan dengan tekanan.Aku pernah ada kawan yang stress tahap melampau sampai perlu menerima rawatan psikologi.Tapi apalah pilihan yang kita ada?Kena hadap juga walau kita rasa cukup sudah untuk menghadapinya.Kita diasak daripada pelbagai sudut hidup sampai kadang rasa daripada mana lagi mahu dicari kekuatan dalam diri.Dan menyerah kalah bukan satu pilihan yang terbaik.Oleh hal yang demikian, cara kita mengatasinya haruslah lebih bijak.Jangan biarkan diri dikuasai stress.

          Salah satu cara yang aku paling suka bila nak mencari kekuatan atau mencari diri semula adalah dengan kaedah kembali semula kepada alam.Omputih panggil back to nature gitu.Jadi kita lari kepada alam semula jadi.Kita bukan nak larikan diri daripada tekanan.TAK!Kita nak beri ruang pada diri sendiri untuk bertenang,berfikir dengan lebih waras dan rasional untuk tindakan seterusnya.Aku selalu rasa bila aku dikelilingi alam semula jadi, segala aura negatif,tekanan dan perkara-perkara yang buat aku rasa tak mampu untuk berfikir diserap oleh pepohon yang menghijau.Warna hijau daripada alam sekeliling dikatakan mampu untuk memberikan kesan ketenangan dan mengurangkan stress.

         Sebenarnya nak cerita pasal Tree Top Walk Sungai Sedim, tapi terpanjang pula intro.Maka kita pendekkan dengan segera.Semalam, aku dengan kawan-kawan baik aku pergi melawat alam semula jadi.Aku memang teringin sangat nak pergi Tree Top Walk Sungai Sedim tu.Walaupun diri ni sebenarnya seorang yang penakut dengan ketinggian, tapi tiba-tiba sahaja idea tu datang hari Selasa lepas.Rasa macam mimpi bila Najib cakap "Ilah, weekend ni sila free kan masa anda.Kita nak pergi Tree Top Walk".Ehh betul ke?Sehari sebelum tu setelkan dulu hal dengan Alin,esoknya kita pergi mendekatkan diri dengan alam.

          Perjalanannya aku rasa mengambil masa sejam lebih kot daripada Sungai Petani.Turun daripada kereta dah boleh dengar aliran deras air sungai.Nasib baik tak merancang nak mandi.Kita cuma rancang nak tengok alam je.Maka mari ke kaunter dapatkan tiket untuk masuk.Ketar-ketar kaki nak pijak jambatan besi tu.Walaupun besi, hati dupdapdupdap tau.Mujur ada rakan berpaut.Kalau jatuh,kita jatuh bersama ya.Hahahaha..mula-mula je rasa macam tu.Tapi lepas tu laju kita catwalk atas jambatan yang disediakan.

         
          Dekat kaunter masuk ada disediakan pameran tentang beberapa maklumat berkenaan Tree Top Walk.Rajinkan diri membaca untuk tambah pengetahuan anda.Ada dimaklumkan untuk menjaga barang berharga anda dengan sebaiknya.Terima kasih Anis sebab tumpangkan barang berharga kami dalam backpack dia.

           Jangan korang berangan nak pakai kasut tumit tinggi yang hujung halus tu.Tengok ni permukaan yang akan dilalui korang nanti.Mana ada orang masuk hutan pakai kasut tumit tinggi kan?Kang ada pula yang berkaki ayam.Hehehehe..

          Tadaaaaa...mempersembahkan jambatan yang bakal dilalui oleh pengunjung Tree Top Walk.Jangan bimbang, tak bergoyang pun.Lainlah kalau korang buat larian pecut atas tu atau dok melompat tetiba,memang bergetar la.Jalan tertib-tertib ya.Nikmati kehijauan disekeliling anda dengan dilatari bunyi aliran air sungai yang deras dan bunyi unggas.Terapi kan mata anda lihat tumbuhan hijau.Perhatikan sekeliling.Apa yang boleh korang belajar dengan alam?

                         Katanya ini merupakan the longest canopy walkaway in the world.



        Korang boleh saksikan sendiri aliran deras sungai yang mengalir.Selain daripada korang boleh berjalan atas jambatan dan mandi, ada juga aktiviti lain.Kalau tak salah korang boleh water rafting dekat sini.Katanya jeram yang mencabar disini.Berani cabar diri?Silalah uji jeram di sini.Aku ni berenang pun fail,korang nak suruh redah jeram pulak.Memang taklah..  
       


           Ni kat bahagian bawah dah lepas kami turun daripada jambatan gantung tu.Tengok tu..aliran airnya sangat deras.Aku tak tahulah sederas mana lagi air kat kawasan yang digunakan untuk water rafting.Amacam,berani cabar diri tak?Datang sini dengan keluarga mahupun kawan-kawan dan buat pelbagai aktiviti yang disediakan bersama-sama.Mesti balik daripada sini rasa lapang jiwa.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

   * Jangan lupa untuk singgah jamu mata tengok shawl labuh daripada Sisters2Sisters.Manalah tahu ada yang ingin mendapatkan shawl labuh.Baca entry terkini berkenaan shawl Sisters2Sisters kerana telah ada warna yang kehabisan stok.Andai kata ada yang mahu memilikinya,bolehlah berhubung dengan talian yang tertera.Dapatkan segera dengan harga istimewa daripada kami.

Update Ringkas Shawl Labuh Sisters2Sisters

          Assalamualaikum...ok kali ni nak buat update ringkas untuk shawl labuh daripada Sisters2Sisters.Jangan lupa untuk membuat tempahan bagi pilihan shawl yang berkenan di hati anda.Sekarang ni musim cuti sekolah.Boleh pakai shawl Sisters2Sister yang labuh dan ringkas ini untuk menghadiri kenduri berkenaan.Boleh juga hadiahkan shawl ini untuk insan kesayangan anda seperti ibu,isteri,kawan,guru atau sesiapa sahaja.Harganya usah ragu-ragu.InsyaAllah murah sahaja kami tawarkan untuk sisters sekalian.

          Sisters2Sisters menawarkan 3 pilihan saiz shawl yang boleh dipilih iaitu:-
              1.Saiz Regular       - 1.7 meter x 0.8 meter
              2.Saiz Wide           - 1.7 meter x 1.1 meter
              3.Saiz Super Wide - 2.0 meter x 1.1 meter

          Jika berkenan dengan mana-mana daripada koleksi dibawah,sertakan butiran berikut:-
             Nama penuh:
             Alamat:
             No telefon:
             Koleksi shawl & warna:
             Saiz pilihan:

          Whatsapp sahaja butiran berkenaan kepada kami di talian berikut:-
              1.Faizah      0194061370
              2.Syuhada   01119409835

          Untuk memudahkan sisters membuat pilihan, berikut kami sertakan warna untuk 2 koleksi permulaan daripada Sisters2Sisters.Boleh tempah semua warna dan nikmati harga murah daripada kami dan tampil 

FAIZAH'S WIDE SHAWL

          *Untuk gambar-gambar diatas, saiz shawl yang digayakan adalah daripada saiz Super Wide.Warna royal blue telah kehabisan stok.Warna yang lain masih lagi ada.Dapatkan segera.InshaAllah kami akan berikan warna lain untuk menggantikan warna royal blue tu.Agak-agak warna apa yang menarik?


SYUHADA'S WIDE SHAWL

*Shawl yang digayakan adalah daripada saiz Wide.

May Allah bless you sisters...

Tuesday, November 25, 2014

Tonton Wayang The Hunger Games:Mockingjay Part 1

          Terus terang cakap aku dah lama tak tengok wayang.Wayang last aku tengok adalah Guardian of the Galaxy 2 bulan lepas gitu.Itupun nasib baik adik bongsu ada.Boleh la ajak teman.Ni tak ada siapa nak jadi peneman tengok wayang.Kalau nak tengok wayang,jauh sikitlah nak kena membawa diri.Kena pergi Village Mall atau Amanjaya Mall.Harapnya cepatlah panggung wayang dekat Central Square tu beroperasi.So boleh jalan kaki je kalau nak tengok wayang.

          Sebenarnya hari Jumaat lepas dapat panggilan telefon daripada Kery.Dia datang atas urusan kerja kat Penang.Petang tu dia tak ada apa-apa aktiviti.Terus ajak dia datang Sg Petani.Pelik sangat bila dia cakap Penang-Sp tu jauh mcm 2-3 jam.Ehhhhh rasa macam nak buka peta je kat dia.Dekat jelah.Dengan kemahiran pemanduan dia,lagilah kejap je nak sampai.Masa tu tak rancang langsung apa kami nak buat bila jumpa nanti.

          Lepas ambil aku dekat rumah,jemput Amin pulak.Kami bertiga ja.Itupun dalam van asyik gelak.Bila duduk dengan Kery dan Amin,memang gelak je.Cakap sikit gelak,cakap sikit gelak.Senaman rahang sungguh petang tu.Kita bawa Kery makan western food kat Big Mouth.Sebab Kery tak makan lagi daripada tengahari.Sambil makan pun dok gelak-gelak.Dah la suara memasing memang kuat.Rasanya orang sekeliling dengar je topik perbualan kami.Patutlah dipandang-pandang.Hehehehe..

          Lepas dah makan, xtau nak buat apa.Oklah kita singgah Amanjaya Mall.Kalau ada movie best,kita tengok.Sampai je kat depan panggung tu tengok skrin filem The Hunger Games:Mockingjay Part 1 dah mula pukul 8 malam.Jam kami masa tu 8.10 malam.Pedulikan terlepas 10 minit,berdesup beli tiket dan berlari masuk panggung.Nak masuk pun sempat lagi kami gelak-gelak.Bila dah duduk dekat kerusi,mengah berlari.Ok now fokus tengok cerita.

          Terus-terang cakap ini merupakan filem pertama The Hunger Games yang aku tengok.Sebelum ni tak pernah pun nak tengok.Itu yang Kery cerita sedikit pasal kisah sebelum tu daripada filem sebelumnya.Barulah aku tak keliru tengok filem tu.Pendapat aku cerita tu dikembangkan dengan baik.Walaupun aku tak pernah tengok filem-filem dalam siri berkenaan sebelum ini dan hanya bergantung dengan serba sedikit cerita daripada Kery,dapat juga menghayati dan memahami perjalanan cerita.Cerita-cerita seperti ini selalu buat aku teruja dengan teknologi yang mereka gunakan.Selalunya aku akan fikir macam mana mereka buat sesuatu adegan tu dengan baik.Adegan pertarungan dan pertempuran tu nampak hidup sangat.Berapa ramai pelakon yang digunakan untuk menjayakan sesebuah filem macam ni.Dan walaupun pelakon itu hanyalah pelakon tambahan yang hanya muncul dalam satu dua adegan, tapi lakonan mereka tak nampak kaku.Dialog dilafaz dengan baik.Ekspresi muka tu pun nampak semula jadi.

          Aku sangat suka bila Katniss nyanyi lagu The Hanging Tree.Terus rasa jatuh cinta.Masa tengok wayang tu,siap kaki ni ikut rentak lagu yang dinyanyikan Katniss.Melekat sungguh lagu tu dalam otak.Balik rumah terus cari.Eh syok la lagu tu.Esok pagi bangun aku hum lagu tu.Kemain penangan lagu tu.Terus rasa kenapalah dulu aku tak tengok filem ni.Terlepas 2 bahagian awal filem tu.Aku tengok Amin dengan Kery sangat enjoy filem tu.Tapi Kery lagi best.Aku rasa dia macam tengok cerita lawak pulak.Dia gelak bila tengok Katniss kena cekik dengan...eh tak boleh cerita nanti korang tak rasa teruja pulak nak tengok.Nak tau korang kena beli tiket dan tengok.

          Sekarang kena sabar tunggu Part 2 pulak.Apa akan jadi seterusnya?Atau patut beli bukunya?

         * Jangan lupa untuk singgah jamu mata tengok shawl labuh daripada Sisters2Sisters di sini.Andai kata ada yang mahu memilikinya,bolehlah berhubung dengan talian yang tertera.

Saturday, November 22, 2014

Makan-makan dengan Alin

          Minggu lepas keluar dinner dengan Alin.Sebab hajat di hati nak makan steamboat.Saja nak cuba kedai steamboat yang baru buka.Tapi alangkah kecewanya kami bila sampai depan kedai tengok-tengok tutup rupanya.Padanlah tak ada kereta langsung yang parking di hadapan kedai.Selalunya kalau dengan Alin menuju ke kedai steamboat ja, mesti tutup.Macam kebanyakkan kedai makan tutup hari Selasa.

          Memandangkan tiada rezeki kami nak steamboat, kami dah blur tak tau nak makan dekat mana.Tak nak makan kat tempat jauh-jauh sebab nanti ambil masa.Ok kita tak dapat steamboat,kita pi kedai tomyam pun boleh la.Dalam hati masing-masing menangis tak dapat yang dihajati.Lain kali memang tak boleh rancang keluar makan hari Selasa.Kalau tak merana jiwa nanti apabila tak dapat yang dihajati.

          Sembang dengan Alin sambil tunggu makanan sampai.Dengan Alin ni sembang dengan I, You tau.Hahahaha..tak tau kenapa kami dok ber I, You bila cakap.Sopan sangat kitaorang.Semenjak daripada kenal Alin daripada Tingkatan 2 lagi memang begitulah.Kadang rasa pelik pulak bila nak guna aku,kau.Tapi dengan member lain kami boleh ja aku,kau.Well...mungkin sebab kami jiwa seia sekata.Hahahaha...

           Jumpa pun tak lama.Lepas makan, singgah solat magrib dekat surau Central Square.Bayangan dalam kepala ni masih keadaan surau yang macam dulu.Alin kata sekarang ni kan dah buat surau baru.Wahhhhh..terpegun tengok surau yang baru.Memang berlainan daripada yang dulu.Lebih luas,selesa dan bersih.Memang terbaiklah.Macam ni memang seronok bersolat dekat Central Square.Kami tengok dah ada kedai-kedai makanan yang baru dibuka menambahkan lagi pilihan orang ramai yang berkunjung ke sini.Satu perubahan yang positif.*tepuk tangan*


Sempat kami berselfie dalam salah satu ruang dalam Mother's Room kalau tak salah.Sangat puas hati dengan perubahan wajah Central Square.*Tepuk tangan gemuruh*

          Sambil tunggu lif, sempat lagi ambil gambar.Sebab rasa menarik dan suka dengan warna dinding belakang tu.Tapi tak boleh nak nampak sangat dinding belakang tu.Kami kan selfie ja.

          Masa keluar dengan Alin, pakailah shawl Sisters2Sister daripada Koleksi Syuhada's Wide Shawl yang bersaiz Wide.Saiz Wide ni adalah sepanjang 1.7 meter dan lebar pula 1.1 meter.Memang labuh kan?Lepas solat maghrib, tunjuk dekat Alin cara pakai.Alin kata "eh senangnya pakai.Mudah bentuk pulak tu"...So Alin pun tempah untuk dapatkan koleksi Syuhada's Wide Shawl ni jugak.

          Kalau ada yang berkenan dengan warna royal blue ni atau pun warna lain seperti di entry sebelum ini yang telah kami maklumkan, boleh Whatsapp ke 01119409835 (Syuhada) atau 0194061370 (Faizah).Harga menarik menanti anda.InsyaAllah kami cuba berikan yang terbaik.