Pages

Wednesday, November 18, 2009

Hari Berduka Semua Orang..

Tetiba je pagi ni aku dapat sms dr kawan aku Amy tny sal result kemasukkan satu tmpt yg dh malas ak nak sebut.Aku reply msg tu.Then Amy call pulak.She sound so dissappointed with what happened to all of us (bila aku cakap all of us it mean all of my friends yang mohon untuk masuk tempat tu).Katanya dia sedih sebab harapan dia nak sambung belajar tak kesampaian.Amy..its ok!Masih ada peluang lain kan untuk kita?

Seperti biasa aku on FB dan mendapati ramai lagi kawan-kawan yang bersedih.Banyak yang bertanya aku dapat tak tempat tu.Tak kurang juga yang menggila macam aku semalam.Aku duduk termenung mengadap laptop.Aku perlu buat sesuatu!

Kemudian aku postkan satu pesanan untuk semua kawan-kawan aku yang sedang bersedih dan berduka lara sesuatu yang memotivasikan mereka.Aku mahu mereka kembali bersemangat dan bukan lagi berpatah hati.Walaupun hakikat sebenarnya aku juga sudah hancur sehancur hancurnya semalam.

buat kawan-kawan..jangan sedih!nasib kita serupa dan xperlu nak meratapi nasib..kita masih hidup kan?juz we need to think positive and make our next move.kita kumpul smgt rmai2 dan marilah kita cipta episod lain.ak ada korg semua dan korg ada aku jua!


Alhamdulilah..ia membantu juga serba sedikit menaikkan kembali semangat rakan-rakan aku.Walaupun aku tidak tahu dari mana datangnya kekuatan itu secara tiba-tiba, tapi aku percaya Allah itu membantu aku sebenarnya.Dan seketika kemudian, beberapa rakan-rakan lain tampil membuat komen didlm entry tersebut.Rupanya bukan sahaja ada yang bersedih kerana keputusan itu malahan ada yang bersedih kerana kekecewaan lain.Aku hanya mampu berpesan sebagai seorang rakan untuk mereka.

Petang pulak masa sms dengan Dyla dan Sara, aku tetap semangat dan memberikan kata-kata untuk Dyla supaya dia meneruskan perjuangannya ditemapt sekarang walau dia menagdu terasa amat payah untuk dilalui.Sara pula rakan yang memahami dan membuat aku bersenang hati ketika itu.

Malam, entry yang sama masih menerima respon daripada seorang sahabt lama dari sekolah.Dia juga bersedih!Kemudian, Yahoo Mesenger disapa seorang kenalan kolej yang sedang serabut kepala kusut jiwa.Berkongsi rasa yang sama tentang perjalanan masa depan yang seperti tidak pasti arahnya.

Akhirnya sebelum aku nak pergi beradu, aku mahu berfikir.Hari ini semua orang dilanda masalah.Semua orang berhati gundah.Semua orang mengamuk menggila.Adakah hari esok akan sama juga?Harapnya tidak lagi.Hari esok adalh lebih baik daripada hari ini.

Monday, November 16, 2009

Duka yang melara-lara...

Itu ayat terbaik untuk aku sekarang.Duka yang melara-lara!Tak ada ayat lain yang lebih sesuai.Walau aku cuba untuk tahan air mata ni daripada jatuh lagi, nyata aku bukan sekuat itu.Lantas, laju sahaja cecair jernih ini turun dari tempat ia bertakung.Sebaik mana aku bersedia menerima berita itu, aku tetap lemah.Pesan kaunselor aku, kak ina menangislah kalau aku rasa ia mampu memberikan aku ketenangan dan membuat aku meringankan beban masalah yang aku fikir.

Aku cuba menjadi manusia yang tabah setiap kali diuji dan diduga.Tapi sampai bila harus aku menghadapi kekecewaan?Aku bukan mempersoalkan takdirNya tapi aku letih berdepan dengan masalah yang sama.Aku malu untuk menyatakan pada semua dengan kekecewaan yang sering terjadi.Kekecewaan yang sama setiap kali!!!Arghh..teruk sangatkah aku ini??!!

Nak bersedih tiada gunanya sebab itu telah tertulis.Aku perlu fikir langkah seterusnya.Jangan pandang belakang mungkin istilah terbaik untuk aku buat masa ini.Kalau aku pandang, aku bertambah duka bertambah lara.Pandang ke hadapan dan mencongak arah yang seterusnya.Cuba berfikir secara positif.Setiap yang terjadi ada hikmahnya.Hikmah aku daripada kekecewaan yang tak sudah ini?Simple je..Berhenti mengharap untuk perkara itu!Bunyinya seperti aku putus asa tapi itu yang perlu aku fikir kerna aku perlu merencana langkah seterusnya.Memilih jalan kedua mungkin?!

Siapa patut aku beritahu sekarang?NAJIB!!Tapi dia tengah exam.Takkan nak fikir masalah aku pulak.Kesian dia nanti.Menanggung sendiri tak sanggup rasanya.Kawan-kawan kolej!Hurmm..aku tahu diaorang sangat ambil berat akan aku dan sentiasa mendorong aku tapi harapan yang mereka letakkan pada aku musnah sebenarnya.Keluarga!Owh tidakk..mereka akan bertambah duka dan kecewa lebih hebat dari aku.Kusutnya otak!Serabut jiwa!Patutkah aku mendiamkan sahaja?Keliru aku buntu!

Dulu cikgu aku pernah cakap orang yang baik serta sering berkorban untuk orang lain, dia akan diberikan hadiah berganda.Adakah ini hadiah berganda aku?Tak mampu aku terima dan tak rela aku tolak.

Friday, November 13, 2009

My Best Friend's Girl

WHAT WOULD YOU DO FOR THE FRIEND WHO BROKE YOUR HEART?

1.FORGIVE THEM
2.YOU WILL NEVER SEE HE/SHE AGAIN
3.LET IT BE & CONTINUE THE LIFE AS USUAL


Soalan ni menerjah minda aku masa terpandang sebuah buku di POPULAR BOOKSHOP masa membeli belah ngan kakcik.Tergamam sekejap rasanya dan aku mula teringat kembali soalan yang pernah diutarakan najib (maaf soalan itu adalah rahsia kami berdua).Apa agaknya yang akan aku lakukan jika sesuatu kesalahan telah dilakukan oleh sahabat aku dan kesalahan itu benar-benar mengguris hati aku?Adakah aku rela untuk memaafkan walau hati sebenar terluka?Atau aku membawa diri jauh dari sahabat itu kerna tidak mahu terluka lagi?Mungkin membiarkan sahaja perkara tersebut sebab aku sendiri tak nak tambah terluka?

Tanpa berfikir panjang lagi, ak capai buku tu dan terus ke kaunter untuk membayar harga buku MY BEST FRIEND'S GIRL.Melangkah keluar dari kedai buku dan menuju pulang ke rumah dengan semangat mahu mengetahui jalan ceritanya.

Walaupun baru bab ketiga aku baca (slow sebab dikuasai rasa letih membeli barang bersama kakcik) dah dapat aku rasakan beberapa situasi cemas.Kalau aku diletakkan di tempat itu, sudah pasti aku akan diselubungi mainan emosi.Arghh...bosan betul aku ni!Dapatkah aku berkorban sekali lagi untuk sahabat yang merampas kebahagiaan aku?NO ANSWER FOR IT!Tunggu sampai aku habis baca then aku kongsi lagi pengajaran cerita.

Malam ni otak jammed giler so tak dapat sambung citer kedua aku.Dan esok harap ada berita baik tentang masa depan aku.Semoga Allah memberikan aku peluang itu.Amin...

Wednesday, November 11, 2009

Kemaruk Yang Melanda Diri..

Sejak2 duduk menghabiskan masa kat rumah ni, rasanya aku memang suka mengadap laptop kesayangan aku ni.Kejap2 ngadap facebook la, ngadap web uni yg aku mohon la, baca blog2 org la.Tapi perkara yang paling aku rajin buat sekarang ni tgk online drama kt internet.drama pilihan aku wat masa sekarang ni drama-drama Jepun.kenapa aku fanatik drama Jepun?sedangakn dlu agak ssh le ak nk tgk drama jepun.sbbnye drama jepun episod dia x sebanyak drama korea.xlarat ak nak follow drama korea yg smpai 20 lbh tu.dh tu citer dia romantik sgt n byk yg lbh kurng sma jer..citer jepun ni ak ske tgk kalu yg klkr2 sbb dowg pndai wat.

Antara citer yg dh ak tgk ngan kwn2 ms kt klj dlu citer Hana Yori Dango 1 & 2 and Hana Kimi versi Jepun.both citer ni klkr n membuatkn km gelak2.citer hana yori tu tgk lak time exam..pas abeh paper jer semua blk blk n kunci pintu supya xde org kaco n tgk rmai2 citer tu.smpai xde rs insaf nak exam langsung sbb dok melayan citer tu.

Now aku smbung blk melayan citer tu.Dah banyak citer yang ak tgk sbb kkdng ak ikut mood gak nk layan citer ni.Antara yang aku tengok Attention Please, Abarenbo Mama, Last Friend, Voice & Mei-chan No Shitsuji.Ble dh tgk citer ni aku dh jatuh hati ngan theme song drama tu.So now sesaja le ak nk share video music dr citer yg aku tgk tu.Enjoy!








MY SUNSHINE
ROCK'A'TRENCH
OST DRAMA MEI-CHAN NO SHITSUJI






SETSUNA
GREEEEN
OST DRAMA VOICE

Diduga & Diuji Itulah Kehidupan...

Harini rasa nak menulis lak kt blog setelah sekian lama rasanya aku biarkan blog ni menyepi.Dah lama tak meluahkah perasaan dan beberapa coretan hidup peribadi aku.Dari hari terakhir aku menulis blog sampai la ke hari ini, banyak perkara terjadi dan berubah dalam hidup aku.Itu semua rancangan Dia Yang Maha Kuasa.Aku hanya mengikut semuanya..

So perkara pertama yang terjadi ialah bapak aku perlu masuk Gleneagles Medical Centre sekali lagi pada hari Rabu (4 Nov 2009) sbb mengalami kesesakan nafas yang agak teruk.Actually sejak dr Ahad ag bapak dah dok batuk2 n xleh nak tidur mlm..sian ak tgk bapak.tp apa leh ak wat kan?So bapak masuk pusat perubatan tu ptg rabu n malam baru aku leh g tgk bapak sbb tggu mama balik keje n bli barang2 yg bapak pesan.

Apa yang aku tahu peparu bapak ada air sbb tu bapak ssh nak bernafas.Air tu terjadi sbb baapk de mslh nk buang air kecil kot.Cam xlawas cmtu may be.So doc pon dh kuarkan air tu n now ok dh even msh batuk2.Another thing is doc ckp injap jantung bapak ak xkuat sgt.Aku takut gak dgr sal injap2 jantung ni.kan injap tu fungsi dia nk pam darah kan?Ermm..tah ler..kena tny ngan kwn2 yg amek medic cmni..

Next is citer sal adikku si Kakcik The Tipah.Finally dia dh lulus lesen keta ari Isnin (9 Nov 2009).Takut dia xpass ag kali ni malu lg wat akli kedua.heheh..So pasni bertambah lagi le pemandu dlm keluarga aku n pemandu2 di msia nih.

Dan dalam masa yang sama gak aku sedang ebrusaha untuk menyiapkan cerita aku yang kedua.Yang pertama aku dah bagi tuan punya cerita sebenar baca dan kalu dpt restu dia, insyaAllah aku nk cuba antar kt publisher.Sekadar mencuba nasib sahaja..kalau de rezeki, ada laa..anugerah yang dikurnia jangan disia-siakan..cewahh..falsafah lak