Pages

Wednesday, December 29, 2010

Hero Kalah Dulu...

Korang pernah dengar statement "hero kalah dulu" tak?Agak-agak kat mana korang dengar ek?Hahaha..kalau yang kaki hindustan macam bapakku itu memang tau la kan.Kalau berlawan je mesti hero kena belasah teruk.Nanti bila heroin bagi sumber inspirasi, barulah hero tunjuk taringnya kan?

Alkisahnya begitulah juga dengan pasukan bola sepak Malaysia kendalian jurulatih K.Rajagobal yang bolehlah aku ibaratkan "hero kena la kalah dulu, barulah bila menang jadi hero sejati".Bermula dengan kekalahan 5-1 kepada Indonesia di peringkat awal saingan Piala AFF Suzuki ni akhirnya mereka berjaya menebus kehampaan dan duka dengan membenam pasukan Indonesia.Haaa..habis riuh 1 Malaysia saat wisel penamat ketika perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno ditiupkan oleh pengadil bertugas.

Status kawan-kawan dekat FB pun bukan main lagi daripada permulaan perlawanan.Aku la yang paling neves.Dah memang aku ni jenis yang tak de la layan giler bola, jadi aku duduk melepak depan komputer yang sebelah je dengan tv.Bapak memang tengok tak kelip mata.Macam jurulatih pun ada jugak.Kuikuikui...tapi bila minit-minit terakhir barulah aku boleh duduk depan tv.Sebab dah rasa kejap lagi pengadil nak tiup wisel dah.Maka janganlah ajak aku tengok bola.Ajak la aku tengok sukan yang tak melibatkan jumlah pemain yang ramai tapi merebut 1 bola.Bola tu bulat tau tak?Macam-macam boleh jadi...

Aksi Malaysia menentang Indonesia boleh dikatakan aksi sensasi yang dinanti-nantikan.Almaklumlah negara serumpun yang seberang je dengan menggunakan kapal terbang.Belum diambil kira yang guna bot penumpang tu yer.Oleh sebab kedua-dua pihak ada penyokong fanatik yang perlu dipuaskan hati mereka, maka keluarlah macam-macam berita yang bila aku baca boleh gelak sambil geleng-geleng kepala.

Mana taknya hari tu masa Malaysia menang final pusingan pertama dengan Indonesia dikatakan kita guna laser.Okeh2..mungkin la ada peyokong yang kurang tahap kematangan dan semangat kesukanan ni bertindak macam tu.Tapi masa kita kalah dengan Indonesia di peringkat awal dulu pun sebenarnya penjaga gol Malaysia dah kena serangan laser dulu.Ha...siapa nak mengaku ni?Tak ada pun nak kecoh-kecoh kalah sebab laser.

Masa berita TV3 tadi ada juga aku terdengar bahawa media disana cakap Kunalan dengan Mahali adalah pemain import.Ya ka?Rasa macam nak suruh jer Kunalan dan Mahali tunjukkan kad pengenalan serta pasport kat semua orang.Aku pun nak tau jugak daripada negara mana Kunalan dengan Mahali ni.Haihh...

Yang buat aku gelak geleng kepala tu apabila dikatakan Malaysia ni guna bomoh untuk menang dekat Stadium Bukit Jalil hari tu.Aik, zaman dah maju pun bomoh wujud lagi ka?Pasaipa Malaysia boleh memberi kepercayaan dekat bomoh ni?Lain kali import la sekejap Harry Potter, Hermione Granger dengan Ron Weasley tu untuk bagi spell yang power-power sket.Hehehe...kan baru mantap alasan sesuai dengan alaf baru ni.Takpalah...mama selalu cakap biar orang buat kita, kita jangan buat orang.

Tapi apa-apa pun pujian jugak aku rasa nak beri dekat penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno sebab mereka setia menyokong pasukan mereka.Dan aku rasa ak tak nampak pula ada letupan mercun kan?Itulah namanya semangat kesukanan.Boleh jugak dianggap hero sebab menerima keputusan dengan hati terbuka.Yang best bila tengok satu-satunya pemain Indonesia yang aku kenal, Bambang berbual dengan penjaring gol Malaysia, Safee sewaktu pertukaran pemain dan juga sesi penyampaian hadiah.Begitulah seharusnya kan?Tepuk tangan sikit...

Aku rasa dalam beberapa ketika ini nama jurulatih K.Rajagobal, penjaga gol yang menjadi rebutan ramai tapi hakikatnya dia telah dimiliki Khairul Fahmi, penjaring gol sensasi Safee serta seluruh skuad bola sepak akan meniti bibir dan menjadi topik perbincangan hangat.

Akhir kata MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.Terkasar bahasa maafkanlah..Nak hujung tahun dah ni.Oh sebut akhir tahun Perdana Menteri Malaysia umum 31 Disember 2010 sebagai cuti sebab Malaysia menang.Yahoooo...selamat bercuti kepada yang bekerja.

p/s:rasanya aku pun mengalami situasi hero kalah dulu kot.xpa...cool bebeh!

Azam 2011

Hari ni dah 29 Disember 2010.Maknanya tinggal lagi 2 lagi je baki tahun 2010 sebelum tahun baru menjelma.Agak-agaknya azam korang tahun ni dah tercapai?Alhamdulilah..kebanyakkan azam aku tahun ni tercapai berkat izin dari-Nya.

Dah beberapa hari aku berfikir apa la nak azam tahun 2011 ni.Yelah seiring dengan peningkatan usia (tapi aku masih nampak muda kan?sbb tu dowg kt U ingat aku mcm budak matrix or stpm.muahaha..nasib laaa) mestilah kena ada pembaharuan dan peningkatan daripada tahun ini.Kena berubah untuk dapat sesuatu yang lebih baik lagi.

Rasanya tahun 2011 ni lebih ke arah nak memperbaiki azam 2010 yang tidak lagi sempurna.Contohnya azam nak menurunkan berat tu.Target 50kg tahun ni tapi yang mampu turun cuma 7kg je daripada yang asal.Jadi apa tunggu lagi ewah apa tunggu lagi ewah apa tunggu lagi (lagu yang selalu kena nyanyi kalau kt U kalu korang tak nak buat sesuatu kerja) marilah kerja keras tahun 2011 untuk menurunkan lagi berat badan.Kenapa aku nak sangat berat turun?Sebab untuk kesihatan.Sudahlah aku ni kerja melantak ayam je dekat U (susah nak dapat ikan dekat sana).Kalau kerja melantak tanpa exercise, boleh menyumbang kepada masalah lain.SAY NO TO FAT!!!

Memandangkan semester 2 nanti aku akan ambil subjek Bahasa Jepun (insyaAllah kalau tak ada halangan dan pertukaran jadual yang memungkinkan rombakan berlaku), maka mestilah kena kuasainya dengan baik.Jadi untuk semester 2 aku kena ambil Japanese Language Level 1 dulu dan doakanlah supaya semester 3 nanti aku akan sambung Japanese Language Level 2 juga andai jadual mengizinkan.Malah aku bercadang untuk ambil Mandarin waktu cuti panjang semester nanti yang dijangka berakhir pada awal September.Kiranya macam tahun depan masa untuk menambah kemahiran berbahasa la ek?SAY YES TO KNOWLEDGE!!!

Projek FAZEMY aku tak tahu apa dah jadi.Kawan aku yang sorang lagi tu tengah sibuk dengan projek tahun akhir dia.Jadi, aku tak boleh nak cakap apa-apa.Masing-masing jauh untuk memulakan perbincangan dan kami susah nak berjumpa.Andai dia tak dapat teruskan, mungkin aku akan teruskan sendirian.Dan sekarang aku sedang mencari pengkritik untuk projek tu.Semoga projek ini tidak akan tenggelam begitu sahaja.SAY YES TO WORK HARD!!!

Aku masih rasa aku kekurangan apa yang aku cari dalam hidup.Ya, masih dahagakan ilmu agama.Susah juga kalau tiada yang nak membimbing macam dekat sekolah dulu kan?Sebab banyak perkara yang semakin aku pelajari, semakin banyak yang aku tak tahu.Aku rasa rendah diri sebab kekurangan ini.Tahun ni aku akan terus pelajari dan membaca.Semoga dipermudahkanlah urusan ini dan dikuatkan iman aku dalam agama-Mu.

Dan akhir sekali ada satu perkara aku kena tebus kembali.Rasanya dah hampir 4 tahun perkara ni terjadi dan aku tak boleh biar lagi.Memandangkan aku dah hampir nak masuk 23 tahun, tak perlulah aku biarkan perkara ni macam tu sahaja.Aku berharap tahun hadapan aku dapat tebus kembali apa yang telah terjadi atas kecuaian aku sendiri.Mohon restu agar semuanya dipermudahkan.SAY YES TO BELIEVE IN MYSELF!!!

Oh ya korang bertanya pasal CINTA kan?Bilalah cik Ilah ni nak dimiliki hatinya?Susah ke nak menawan hati insan yang tiada apa-apa macam aku ni kan?Sebabnya dalam cuti semester kali ni ramai betul kawan-kawan aku yang bertunang,kawen dan dapat anak.Dorang asyik tanya ilah bila lagi.Kawan-kawan lain pun tak kira la single ke double sibuk dok suruh aku cari pasangan.Okeh ini jawapan yang aku rasa terbaik boleh aku berikan. "Aku tak rasa aku akan mencari seseorang dalam tempoh terdekat ni because I'M NOT A DESPERATE SINGLE walaupun korang tengok status FB aku jiwang ka,status YM aku duka lara ka atau aku citer kat korang pasal mana-mana lelaki yang aku sering gelar pakwe encem tu tak bermakna aku perlu jadi milik seseorang kan?Kehidupan aku setakat ni masih stabil.Kalau ada yang nak, sila pergi jumpa mama & bapak aku mintak izin diaorang dulu.Ada yang berani tak?" Puas hati tak jawapan ni.Korang tanya tahun depan soalan ni, memang korang mintak ceramah free dengan aku.Letih la kan nak jawab.


Ya Allah Ya Tuhanku
Aku bersyukur atas segala nikmat dan rezeki yang telah dikurniakan sepanjang tahun ini
Malah Kau berikan lebih daripada apa yang aku harapkan
Dan aku terima segala ujian yang Kau berikan
kerana itu membuat aku sentiasa mengingati bahawa aku adalah hamba-Mu

Ya Allah Ya Tuhanku
Kau ampunkanlah dosaku,dosa kedua ibubapaku,dosa abang-abang dan adik-adikku,dosa datuk dan nenekku,dosa guru-guruku,dosa rakan-rakanku serta dosa sekian muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia..

Ya Allah Ya Tuhanku
Kau berikanlah kami kesihatan yang baik,Kau lapangkanlah dada kami,Kau tenangkanlah jiwa kami,Kau kuatkanlah iman kami,Kau jauhkanlah kami daripada azab api neraka,Kau peliharalah akhlak kami,Kau lindungilah kami daripada bisikan syaitan,Kau limpahkanlah rezeki halal ke atas kami,Kau kurniakan kekuatan dan keberkatan untuk kami..
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang...




Tuesday, December 28, 2010

Perlu ke Bahasa Ketiga??

Okeh..tetiba tajuk post kali ni macam tajuk perdebatan pulak kan.Lantaklah kalau tajuk macam debat pun.Mana tau sem depan boleh cuba masuk barisan muda debat ye tak? (Haritu orang panggil audition buat main-main sbb pertandingan time masa cuti.Memang TIDAKlah jawapannya kan?)

Memandangkan semester hadapan diriku yang dah kemaruk sangat dengan Korea dan Jepun ni mengambil tindakan gagah perkasa a.k.a berani mati untuk belajar Bahasa Jepun, maka rasanya perlulah disenaraikan kebaikan memiliki bahasa ketiga kan?Lebih kurang cara untuk menyakinkan aku sendiri supaya sentiasa berfikir bahawa aku membuat keputusan yang paling tepat untuk masa depan.Ecewahhh..kot-kot la tak dapat kawen ngan lelaki Korea, i kawen la dengan lelaki Jepun kan? (Mama, will u accept foreign son-in law?)

Calon-calon terbaik kategori KELEBIHAN BAHASA KETIGA

1.Menambahkan jumlah bahasa yang diketahui
Dah sah-sah la yang jumlah bahasa yang kita boleh bertutur dan menulis tu akan bertambah sebab korang dah belajar bahasa baru.Jadi, kalau setakat kebanyakkan kita cuma tau 2 bahasa je iaitu BM & BI, sekarang bolehlah tambah bahasa lain.Kira istimewa sket la kalau boleh tau banyak bahasa kan macam Dato' Mahadzir Lokman.

2.Meramaikan kenalan
Bila dah bertambah bahasa, barulah tidak timbul lagi alasan masalah untuk berkomunikasi akibat perbezaan bahasa.Itu alasan lapuk kan?Kiranya masa ni lah tetiba korang dapat kawan yang fasih bertutur bahasa tu.Kan ke best dapat tambah kawan.Takpun kalau agak lebih nakal sikit niat tu ialah supaya dapatlah tau apa yang orang tu cakap kan.Manalah tau dia tengah kutuk kita ke, atau dia tengah sembang gosip best ke.Hahaha..notty tak?

3.Prospek masa depan
Kalangan pelajar pada hari ini seharusnya menyediakan diri mereka dengan suatu pakej yang mampu untuk menarik minat bakal majikan dengan memiliki kelebihan bahasa.Hei siapa tahu kalau korang handal berbahasa Mandarin misalnya, korang boleh dapat tempat dalam syarikat yang memerlukan syarat kemahiran dalam bahasa Mandarin kan?Tak pun mungkin membolehkan korang dihantar bertugas ke Negara China atau melanjutkan pelajran ke sana suatu hari nanti.Siapa tahu kan?

4.Mudah menonton drama
Hehehe..kalau yang kaki tengok drama daripada negara lain, inilah peluang terbaik anda.Kalau dulu negara dilanda drama Latin, sekarang drama-drama Korea pula.Jadi kalau belajar bahasa ni, rasanya tak payah la korang nak banyak sari kata yang kaler putih tu.Boleh duduk je tengok cerita tu dengan aman tanpa perlu terkejar-kejar sampai juling mata nak baca subtitle.

So, don't you think we should grab this opportunity and give a chance to ourselves to learn interesting language?YEAH..LET'S DO IT BEBEh!!!

p/s:I promise to myself after heard what Najib told me last night, no matter how hard to learn it, I will struggle for it.I will endure all the pains and embrace it with all my heart.I think I need to be the secondary school Fazilah Ismail who always take challenge,believe in herself,gamble with the risk and let's see what will happen.A quitter surrender before the war call.

Rencana Semester Bermula

Alhamdulilah semalam dah dapat daftar subjek untuk semester baru yang akan bermula 3 Januari ni.Ha?Dah kena balik ke?Aduii..kena tinggalkan semenanjung kembalilah jawabnya kan?Dan dalam masa yang sama kena sabar menanti sampai bulan Mei baru boleh balik bercuti panjang.Memang akan dilanda banjir air mata la nanti saat-saat jiwa kacau merindu nak balik rumah (ke rindu nak jumpa abang pramugara?oh sungguh tak murni niat ku).Alaaa..kalau rasa rindu sangat buat je la kerja gila amek flight balik hujung minggu kan?Tapi kena cari tiket yang murah la..Kalau tak kopak la hujung semester nanti.Maka duit yanga da nanti kena hemah berbelanja.Kata student FINANCE kan?Hahhaha..

Okeh untuk semester ini diperuntukkan 7 subjek utama yang wajib diambil iaitu 4 subjek core,1 subjek elektif dan 2 subjek generik.4 subjek core semester ni Information System & Business Organization, Principle of Marketing, Accounting dan Organisational Behavior.Subjek generik yang jadi pilihan hati ialah IT For Professional Workers & Etnics Relationship.Maka setelah berfikir dengan sewajarnya (idea ni datang dengan tiba2 sahaja ) subjek pilihan untuk elektif adalah Bahasa Jepun.Kenapa Bahasa Jepun yang jadi pilihan?Sebab saya nak ada bahasa ketiga iaitu Bahasa Korea tapi bahasa tu tak ditawarkan.Jadi Jepun pun boleh.Kan ke saya suka tengok cerita korea n jepun.bolehlah kn?mama pun dh beri restu.Mohon semuanya akan berjalan dengan lancar walaupun semalam lepas daftar subjek terus pening kepala n muntah-muntah.

Tuesday, December 21, 2010

Untuk Ingatan...



*video sumbangan ikhlas dan atas keizinan sahabat lama, Annas....

Amacam?Touching tak tengok video tu?Yang touching mesti sama dengan i kan?Hujung-hujung tu mesti ada sedu sedan atau titik-titik jernih mula bergenang di mata kan?Yang tak touching tu mungkin sebab korang tak mengenali orang yang buat video ni dan cerita-cerita persahabatan kami yang terjalin sekian lama.Ececece..ayat macam jawab soklan esei final exam aritu je.Hahaha..

Annas..awat la hang tiba-tiba buat video syahdu yang amat ni?Kalau ya pun pakai la lagu yang tak menyentuh jiwa raga aku sampai nangis-nangis kat hujung video tu.Haihh, dah tau aku ni Ratu Air Mata memang suka wat aku membazirkan air mata kan?Hehehe..takpa2 aku paham kawan aku.Kadang-kadang tak terucap kan?Besa r duk jauh memang lagu tu kan?Takpa Annas, biar jauh macam mana pun, insyaAllah panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi.Masa tu kita ambil gambar lagi then hang buat video pakai lagu Jepun yang happy sket tau.

Sebenarnya gambar-gambar dalam video ni masa kami berempat menghabiskan masa di Zoo Taiping dan Pantai Miami, Batu Feringgi bulan 9 haritu.Kan ke saya ada buat post tentang perjalanan kami tu kan?Jadi baru-baru ni agaknya Annas ni banyak masa lapang dekat Jepun tu, dia pun buat video ni (ka hang rindu kami Annas?hahahaha...)

KAWAN..selalu ada tidak kira di bumi mana mereka berpijak dan bernafas
Tapi
LAWAN..masa senang je nampak muka, bila susah cari pakai GPS pun tak jumpa

KAWAN...masalah anda juga adalah masalahnya
Tapi
LAWAN...masalah?itu you punya masalah.i pun ada masalah sendiri...

KAWAN..sentiasa mempercayai dan menyokong anda
Tapi
LAWAN...meragui kemampuan anda dengan pelbagai kata-kata menguji kesabaran

KAWAN..ibarat ahli silap mata sebab buat anda senyum dan ketawa ketika anda sebenarnya sedang bersedih
Tapi
LAWAN..ibarat bawang merah yang dipotong hingga mengeluarkan air mata..

Maka saya sayang KAWAN saya dan saya tak nak jumpa LAWAN saya...

*Untuk upload video ni kena rujuk dekat 3 pakar IT sbb saiz video ni sangatlah besar.Thank you Anis yang nun jauh di France, Alin yang terdekat di SP dan Enan yang terbanyak gurau time ajar ni di Kajang.Kalau takde pakar-pakar IT ni entah bila la boleh nak upload video ni kan?Itulah gunanya kawan

Monday, December 20, 2010

Menjelang Akhir tahun...

Sempena menjelang akhir tahun yang tinggal 12 hari lagi ni, korang dah muhasabah diri apa yang korang lakukan sepanjang tahun ni?Agak-agaknya tercapai tak azam yang korang susun berderet-deret sebelum akhir tahun lepas?Apakah perubahan @ peningkatan yang dah berlaku dalam hidup korang sepanjang tahun ini?Dapat tambah pengalaman baru tak? (Apasal ayat macam pensyarah mengajar subjek Mari Berfikir ni?)

Sebabkan ada banyak sangat masa lapang ni, maka menunjukkan sedikit kerajinan untuk selak-selak balik blog post tentang senarai azam tahun ni.Orang kata kalau kita melangkah kehadapan pun sekali-sekala kena juga toleh-toleh belakang untuk lihat sejauh mana sudah kita memajukan diri.Kalau tak nak toleh, pakai side mirror pun boleh laa.Asalkan ada masa korang jenguk masa lepas supaya boleh bandingkan pencapaian hari ini untuk masa hadapan.

Senarai azam tahun ini:

1.Cari kerja @ sambung belajar
Alhamdulilah..Allah SWT kurniakan rezeki yang paling besar dalam hidup tahun ini.Sangat-sangat bersyukur kerana doaku dimakbulkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.Takpelah walau lambat daripada orang lain, asalkan masih ada peluang yang diberikan untuk belajar dan hasrat nak sambung ke negeri Sarawak @ Sabah juga termakbul.Akhirnya Sarawak yang menjadi rumah keduaku.Syukur..

2.Lakukan savings demi masa depan
Alhamdulillah..savings untuk masa depan sudah dilakukan.Savings duit syiling tu boleh diambil kira jugak kan?Biar sikit-sikit nanti lama-lama jadi bukit juga.Manalah tau dengan duit tu boleh p bercuti ke Korea kan?Hehehe..cita-cita kena letak tinggi baru boleh kerja kuat untuk capai matlamat.

3.Bercuti ke Sabah
Yang ni tidak dapat dilaksanakan memandangkan saya dah pun menyambung pelajaran ke Sarawak.InsyaAllah andai ada rezeki, mungkin akan ke Sabah tahun hadapan dengan kawan-kawan.Sabah kan jiran Sarawak?Hahahaha...memang bagus kan membawa diri?

4.Projek FAZEMY
Projek ini masih dalam proses.Sekarang tengah tunggu Emy proceed.Sangat-sangat berharap untuk projek ini supaya tak berkubur sahaja.Biar bertahun perlu menunggu.

5.Beli laptop baru
Alhamdulilah..dapat laptop baru sebab dapat sambung belajar.Hehehe..tata la laptop lama kan?Thank you so much bapak

6.Meningkatkan ilmu agama
Masih banyak yang kena belajar.Masih kurang ilmu.Orang kata semakin kita belajar, semakin banyak rupanya yang kita tak tahu.Saya akuinya!

7.Mengurangkan berat badan
Alhamdulillah..walaupun tidak mencapai berat 50kg tapi sekurang-kurangnya ada penurunan.Thank you so much to my advisor+best friend+future dietician iaitu Najib sebab kerah tenaga saya selam 3 bulan untuk jog tanpa henti.Heheh..bila takde Najib saya dah tak jog sebab takde yang nak teman.InsyaAllah sem depan saya dah jumpa kawan jog baru dekat Sarawak.




Apa pula azam untuk tahun 2011 ye?Ya Allah..umur semakin meningkat, masih banyak perkara yang belum terlaksana.

Sunday, December 19, 2010

Mudah tapi kenapa susah nak buat?

Pernah tak korang bertanya apakah perkara yang mudah tapi susah nak buat?Nampak simple tapi susah nak praktikkan?Nampak kecil tapi kesannya amatlah besar?

Yang paling mudah tapi susah orang nak buat ialah mengucapkan TERIMA KASIH.tidak pula dapat dipastikan mengapa kebanyakkan daripada kita pada hari ni susah sangat nak ucap TERIMA KASIH.rasa macam dalam mulut tu ada emas yang kalau kita cakap perkataan TERIMA KASIH tu, emas tu akan keluar dan merugikan kita.Kan ucapan tu nampak simple tapi sebenarnya susahkan sesetengah daripada kita ni nak praktikkan.Tapi kesannya sebenarnya amatlah besar.Contohnya dekat Unimas selalunya guna perkhidmatan bas untuk bergerak daripada kampus barat ke kampus timur.So bila turun bas tu, memang menjadi kewajipan bagi saya untuk ucap TERIMA KASIH dekat pakcik bas tu sebab menghargai tenaga pakcik tu bertawaf pusing Unimas semata-mata nak pastikan student tak payah susah payah meredah kampus barat ke kampus timur.Alhamdulilah..yang lain pun ramai yang buat.Sampai akdang-kadang tu boleh bergurau senda pulak dengan pakcik.

Seterusnya yang mudah tapi susah orang nak buat ialah MAAFKAN SAYA.taktau la kenapa susah sangat nak cakap MAAFKAN SAYA bila awak tu dah langgar dia sampai nak terbalik dalam longkang (hiperbola lak ayat ni).Memang geram dengan orang-orang yang macam ni.Bajet bagus sangat ni.Huh..geram betul.Kan kita ni rakyat Malaysia yang kononya kaya dengan budi bahasa.Janganlah berat mulut untuk cakap MAAFKAN SAYA.Kalau rasa susah buat je macam salah sorg peserta Raja Lawak musim ke-3 yang guna tagline "I'm Sorry" sambil muka sengih-sengih.Kan sejuk hati orang yang kau langgar tadi.Baru la dia tak jadi marah kan?Nak-nak kalu si bunga buat macam tu dekat sang kumbang..silap haribulan boleh tersangkut.Hahaha..tu niat dah lari la kan?

Kita ke perkara mudah tapi susah nak buat yang berikutnya.Korang rasa senyuman korang menawan tak?Mestilah menawan kan?Kalau dah rasa Jadi janganlah masam muka macam asam jawa.Cuba SENYUM walau sedikit sahaja yang terukir diwajahmu.Ini tak asyik nak buat muka serius je (cakap dekat orang lebih..diri sendiri pun suka buat muka serius bila takde kawan jalan skali.sampai ada orang cakap "fikir masalah negara ke cik adik oii?").Takpe, moh le kita bersemangat untuk murahkan senyuman supaya orang tak fikir kita sombong.Walau apa jua keadaan kita kena senyum kan.Sebab tu la Malik & Najwa nyanyi lagu SENYUM kan?Sebab korang cuma perlu senyum je dan tak perlu kata apa-apa (nak-nak senyuman saya diiringi dimple..lebih sweet kan?ekekek..perasan jap)

Dan rasanya yang paling mudah tapi sangatlah susah nak buat ialah mengucapkan SAYA SAYANG AWAK.Haaa..jangan anggap saya gatai ye.Belasah kang.Ekeke..tak semestinya korang kena cakap dekat buah hati pengarang jantung je kan?Cakap je la kat kawan-kawan korang, kat family...Kesan ucapan SAYA SAYANG AWAK ni teramatlah besar.Boleh menghilangkan lara hati andai orang yang menerima ucapan tu sedang bersedih.Mampu mengembalikan semangat seseorang jika dia kehilangan kekuatan kerana dia tahu ada yang sayangkannya.Kata-kata SAYA SAYANG AWAK bagi dirku amatlah bermakna sebab saya tahu bila saya mengucapkannya bermakna saya mahu orang yang menerima ucapan itu tahu bahawa dia adalah sentiasa yang saya ingati,rindui,sayangi dan .....

Pertama Kali....

*Okeh saya tahu saya sudah mengabaikan ruang luahan jiwa saya ini sudah lama..Sila marah saya cepat kalau tak nanti saya tak sedar diri seronok bercuti (boleh tak alasan seronok bercuti tu menyelamatkan saya daripada kena marah?hahaha..)Dengan suka hatinya saya nak tulis sebanyak mungkin malam ini (mampu ke?mata dah ngantuk nih)

Rasa-rasanya korang ingat tak setiap perkara yang pertama kali korang lalui?Saya?Of course la ingat..muda lagi ni.Daya ingatan mesti kuat..Ekekek...

Pertama kali masuk pertandingan masa tadika dulu.Pertandingan pertama ialah pakaian beragam @ fashion show sempena aktiviti budak-budak tadika kemas.Heii..kecik-kecik dah jadi model okeh.Agaknya sebab tu bile dah besar ni ada jugak masa saya dok berangan nak jadi Tyra Banks kan?Sebelum pertandingan tu siap praktis catwalk dlm rumah lagi.Sengih sorang-sorang depan cermin.Tapi sebagai seorang amatur, jangan harap nak menang.Fashion show yang paling diingati ialah masa family day company bapak dekat Langkawi.Siap pakai ala pesawah wanita siap dengan kain batik yang dowg letak dkt kepala macam bentuk segitiga tu.Siap ambik talam hotel semata-mata nak jadikan sebagai prop.Siap bawak beras daripada rumah semata-mata nak melengkapkan gaya.Akhirnya berbaloi NO 1 tau.Kalahkan budak pompuan yang datang pakai gaun kawen kembang sampai rasa down sangat-sanagt time tu.Masa dekat tadika juga masuk pertandingan nasyid (lead vokal okeh!duduk tengah-tengah, depan mic lagi) dengan koir.No wonderlah dah besar ni saya suka nyanyi dekat mana-mana pun kan.Kecik-kecik dah aktif menyanyi.Sampai orang kena suruh saya diam.Duduk dalam library study pun saya suka hati menyanyi.Sape nak jawab tu?Hahaha...

Pertama kali saya menghadapi detik-detik cemas adalah ketika family day company bapak dekat Cherating.Sebabkan saya sangat teruja nak terjun masuk kolam renang, saya tak sedar yang saya pergi terjun masuk kolam renang DEWASA!Amek kau, kelemasan dalam air kolam.Rasanya ada jugak tertelan air kolam berklorin tu.Nasib baik diselamatkan oleh orang dewasa (sampai sekarang saya fobia dengan air kolam,air laut atau mana-mana tempat yang ada air banyak yang boleh melemaskan.sbb tu saya tak belajar berenang.SAYA ADALAH SEORANG AQUAPHOBIA).Then masa umur 8 tahun, eksiden la pulak dengan motor masa nak lintas jalan pergi mengaji al-Quran.Melambunglah tubuhku dengan basikal hijauku itu dan landing depan tong sampah Majlis Perbandaran Sungai Petani.terbaik punya landing la ni!Angkat-angkat muka nampak tong sampah dan dapat bau yang "sangat terbaik".Cuak la abang-abang saya yang jadi guider untuk saya melintas time tu (gara-gara kemalangan ini meninggalkan kesan mendalam terhadap memori kanak-kanak saya dan SAYA MENJADI BUDAK AGYROPHOBIA-takut untuk melintas jalan)

Pertama kali saya rasa hati saya suka dekat seseorang masa umur saya 7 tahun.YA MASA DARJAH SATU.Siapa?Budak sekelas dengan saya la.Saya ingat lagi peristiwa kami beramai-ramai membaca buku Cinderella yang saya bawa ke sekolah.Ending cerita Cinderella tu kan dowg kawen.Entah kenapa saya boleh cakap saya nak jadi Cinderella dan budak laki ni pulak cakap dia nak jadi putera raja tu.Haihh..sejak hari itu rasanya saya sudah 'mengikat' diri dengan dia.Daripada sekolah rendah sampai sekolah menengah sama-sama even masa darjah 3 dia dapat lompat kelas dan sejak itu kami tak sekelas lagi.Sedih!!!Masuk skolah menengah dia dikira senior saya la kan sebab dia form 2 saya form 1.Sekali lagi kami berpisah sebab dia dapat tawaran belajar dekat MRSM Langkawi.Kami tak ditakdirkan bersama (tapi mana tau kalau masa hadapan saya dan dia kan?kan?saya kosongkan hati saya sebab tunggu dia agaknya.teeetttt..)

Pertama kali dapat hadiah sempena majlis anugerah sekolah masa darjah 2 kot.Hadiah peningkatan prestasi.Okeh saya bukan budak cemerlang so jangan nak mengharap saya dapat Top 3 tapi Top 10 itu memang nama saya.Kalau tak salah budak laki yang saya cerita kat atas tadi dapat Top 3.Hahaha..setiap kejayaan seorang lelaki itu adanya seorang perempuan kan?Sayakah?Oh perasan sangat!

Pertama kali saya dapat hadiah yang paling saya hargai ialah seutas rantai emas.Sila jangan cemburu dengan hadiah pemberian parents saya sebab saya dapat hadiah peningkatan prestasi.Itu baru peningkatan prestasi.Agaknya kalau saya dapat Top 3, apa parents saya nak beli ek?Kiosk McD dalam rumah kot?Melampau punya imaginasi..hehehe

Pertama kali saya rasa kecewa sangat-sangat sampai saya rasa teruk sangat ke saya masa form 3.Oh adalah this boy (my fren yg tahu sape this boy tolong diam sahaja.jangan nak buat tulis nama dia dkt komen okeh.dan yg taktahu jangan tanya nama dia.benda dh lama kan.) mengeluarkan statement pedas cili berapi sampai berasap telinga saya mendengarnya.Sebab statement dia ni telah buatkan saya sangat down, patah hati, dan secara tidak langsung mengakibatkan saya takut untuk mendekati mana-mana lelaki hingga ke hari ini.Kalau letakkan saya berdua je dengan kawan lelaki yang paling saya rapat sekalipun (kawan lelaki saya tak ramai.boleh bilang dengan jari je) saya akan jadi seorang yang BISU!memang takkan keluar sepatah pun sebab saya ada rasa rendah diri apabila berhadapan dengan lelaki tanpa ditemani kawan-kawan perempuan saya.Saya adalah seorang yang
ANDROPHOBIA.

Pertama kali saya pakai tudung masa umur saya 10 tahun.Mula-mula pakai tudung cuma untuk kelas agama masa darjah 4 sahaja sebab ada baca muqaddam.Parents saya ni tengok saya kena bawak tudung tiap kali ada kelas agama dan cuma pakai masa kelas agama sahaja telah mengambil tindakan membelikan saya tudung untuk saya pakai terus.Rasanya saya antara budak kelas yang terawal pakai tudung.Masa hari pertama pakai tudung secara rasmi, kawan-kawan sekelas saya terkejut.Hehehe..kemudian sebagai seorang pengawas time tu kenalah bertugas.Terserempak dengan budak laki yang saya minat masa darjah 1 tu.Dia pun terkejut saya bertudung.Pengalaman pertama kali pakai tudung memang tak payah cerita.PANAS yang amat!Mana taknya saya pakai baju kemeja pengawas so tudung tu kena masuk dalam baju.Bayangkanlah bahang panasnya!!!!

Pertama kali saya merajuk panjang dan melancarkan perang dingin adalah masa darjah 3 dengan Nani.Rasanya hampir setahun juga kami bermasam muka.Ah kalau dikenangkan kembali memang rasa kelakar dengan perangai saya masa tu yang sangat-sangat sensitif.Tapi nak buat macam mana masa tu Nani buka zip beg saya time saya bertugas sebagai pengawas dan dia ambil penutup muka (masa tu kan zaman jerebu melanda malaysia).Saya tak suka orang ambil barang saya tanpa kebenaran.Tapi rasanya dah besar ni saya ada merajuk lagi ke?Hahaha...

Pertama kali saya berjauhan dengan keluarga masa wakil sekolah untuk pertandingan keselamatan lalulintas dekat Alor Star.Masa tu darjah 4.Saya ni dah la tak pernah berjauhan dengan keluarga.Kena pula pergi Alor Star untuk pertandingan tu dan tidur sana 2 malam.Nasib baiklah ada kawan baik saya Nani.Sebab masuk pertandingan ni la saya & Nani kawan balik.Ekekeke..Kalau tak,rasanya saya tak mampu nak survive.

Pertama kali saya tinggal di asrama ialah ketika saya berusia 18 tahun ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma.Malam pertama tidur di asrama memang tak nangis sebab dah penat dengan aktiviti dan pentingkan nak tidur je (padahal lepas pendaftaran pergi rumah pakjang dekat Ampang.bila nak balik asrama pakjang n makjang hantar balik kolej sebab mama n bapak nak balik kedah.puas dah menitiskan air mata dalam keta pakjang.hahaha).Akibat pertama kali tinggal diasramalah saya dilanda homesick selama 2 minggu.Selsema dan demam secara tiba-tiba.

Pertama kali saya jatuh cinta dengan Korea apabila saya dengar lagu T-ara & Supernova bertajuk Time To Love pada tahun 2009.Jangan main-main ye sebab saya siap hafal step menari time chorus lagu ni.Hafal jugak liriknya dalam bahasa Korea.Itulah kalau dah jatuh cinta kan?Semenjak itulah kegilaan Korea saya bercambah dan semakin menjadi peminat tegar Korean drama/film/song/language.


Thursday, December 2, 2010

Yihooo...Kuala Lumpur!

Haritu kan ada cakap nak singgah KL sebab ada hal mustahak.Eceh mustahak la sangat kan.Hei mustahak la sebab nak jumpa kawan-kawan time sengal-sengal dlu (sekarang pun sengal lagi okeh).Alhamdulilah..selamat sampai dekat LCCT tepat jam 9.30pm.Bagitau abang terchenta suruh tunggu awal sebab malas nak bertapa tunggu dia kalau lambat.Yang bestnya orang cakap ada dekat Coffee Bean dekat dengan ketibaan domestik.Abang i yang very the genius ni pun cakap okeh dia dh tunggu dekat situ.Skali keluar takde la pulak.Aik mana dia hilang?

Bila call rupa-rupanya dia menunggu dekat Starbuck dekat dengan ketibaan antarabangsa.Haihh..taulah adik dia dok over the Laut China Selatan tapi still consider dalam Malaysia la Sarawak tu.Adoi la abangku yang sorang ni.Dah la Starbuck ngan Coffee Bean pun dia kata sama.Haru sungguh.Perut yang memulas menahan lapar (even dekat airport Kuching tadi dah makan KFC) mengharapkanlah McD sebab awal-awal lagi dah pesan.Sekali abang i hulur sebungkus BUN KACANG MERAH.Hei, apakah penganiayaan yg sedang dilakukan ini?Takpe adik yang tak banyak songeh telan je sebab terdengar abang cakap phone dengan cousin kecik Haziq nak bawak pi makan.Yabedabeduuu..

Sampai dekat satu tempat makan yang tidaklah kutahu apakah namanya tempat itu, dah nampak family pakjang berkumpul tunggu sambut i.Hug2 dulu ngan makjang n terus duduk order makan.Koey teow goreng kerang sepinggan..Giler belambak!!!Ni berpotensi menaikkan beratku semula.Ah, bedal je.Lapar punya pasal kan.Balik rumah pakjang terus gedebush tidur tak sedar diri..

Esoknya Khamis,25november, bergerak untuk kembali ke Beranang after more than a year tidak menjejakkan kaki ke bumi terchenta itu.Uihhhh..banyaklah pula perubahan Beranang ye.Daripada takdak 7Eleven, sekarang dah ada.Pendek kata meriah dah Beranang sekarang.Tempat pertama menuju jumpa junior tersayang, nor azmiza ibrahim a.k.a adik bam2.Hehehe..nama pena dia sejak first time kenal dia.Dia tolong amekkan silibus utk akak tersyg (next sem nk transfer credit daaaa).Thanks adik!

Then jumpa dengan my dear akak tersayang, Puan Adzrina, kaunselorku.Oh siap bawa anak datang kolej yer.Dah besar Alia sekarang.Dulu kecik je.Yelah sekarang pun dah jadi kakak kepada 2 orang adik kan.Sementara Kak Ina nak bermeeting dengan beberapa students, i pergilah melawat lecturer2.Sayangnya ramai yang takde sebab dah balik awal sempena minggu exam.Sempat jumpa dengan mentor i, Puan Razina.Bersembang memang tak ingat dunia la kan.Then jumpa mentor Sarah pulak, Puan Nora.After that berkejar-kejar dalam hujan untuk menyelesaikan kerja Cik Sarah ni.

Dah setel kerja-kerja dekat kolej, berkunjung pula tengok wayang cerita Ngangkung.Haiihhh...plan nak tengok Harry Potter tapi dekat panggung tempat yang pergi tu takdelah pulak.Suspen je tengok citer ni sampai tertutup-tutup juga mata ni.Bukan penakut ye tapi memelihara kesihatan jantung daripada dikejutkan dengan kemunculan hantu yang tiba-tiba tu.Pukul 10 lebih jugak sampai rumah pakjang.Thank you so much to ayah sarah sebab tolong hantar.Hehehe..

Esoknya Jumaat, 26Nov bergerak ke Times Square pulak.Nak jumpa aida sebab nak ambil ikan terubok masin & nak serahkn tiket bas dia.Masa balik daripada Sarawak, ikan terubok masin yang ditempah ada dekat Aida & abang saya tolong belikan kami tiket nak balik Kedah Ahad ni.Bila dah jumpa aida tak tau nak merayap mana pulak dalam Times Square tu sebab Aida dah nak balik dengan pakwe dia.Pusing punya pusing last-last masuk Watson beli lipgloss, facial mask dengan air ice lemon tea.Memang takde keje kan?Bila dah pukul 4.30 terus bergerak keluar daripada Times Square untuk ke Stesen Putra Universiti sebab Enan akan menunggu di sana.Malam ni plan nak jumpa my twin, Baz.

Sebelum tu kena pergi menjemput Cik Sarah dekat rumah dia di Puchong.Hampir magrib juga sampai disana.Usai solat magrib baru bertolak ke One Utama, tempat pertemuan kami.Kami dinner dekat Secret Recipe.After dinner apa lagi pergi membuat cubaan suara masing-masing la.Disebabkan tempat karaoke tu tutup pukul 11malam, jadi terpaksalah nyanyi 10 lagu sahaja.Enan adalah orang yang paling feeling nyanyi lagu-lagu mlm tu.Habis nyanyi lagu kami memecut pula ke Kelana Jaya sebab nak tunggu Syah habis kerja.Lepas tu ada la sket2 aktiviti tah hape2 then balik rumah pukul .... n tido.

Hari ini Sabtu, 27 November adalah hari sebab utama turun ke KL.Hari ni kaki buli merangkap kawan baik masa diploma dulu, Sha akan melangsungkan majlis pertunangan dengan kekasih hatinya.Oh tidakkk..Sha dah buka langkah.Lepas ni siapa pula?NOT ME!

Selesai je majlis, putri terus drive kereta dia bawak kitaorg pergi Wangsa Walk.Ingat nak tengok movie tapi habis lambat pula.Akhirnya kami berkaraoke lagi.Hahaha...2 hari berturut-turut melakukan percubaan suara.Percubaan suara kali ni lebih best sebab nyanyi dalam bilik yang luas berbanding semalam cuma dalam karaoke jamban je.Ligatlah kami berempat berangan macam artis dalam tu.Segala macam lagu dinyanyikan.Hehehe..

Ilah,Lily, Sarah & Baz

Enan dengan gaya feeling habis...

Sha yang sangat berseri-seri..

Azim..anak buah Sha yang berjaya ditawan

Tuesday, November 23, 2010

Masa untuk pulang...

Alhamdulilah..cuma tinggal 1 hari lagi untuk berangkat pulang ke semenanjung.Penerbangan kali ini tidak ke Penang seperti biasa tetapi akan ke Kuala Lumpur terlebih dahulu.Kenapa?Hahah..silalah tunggu cerita Kuala Lumpur seterusnya nanti okeh.Baru sahaja selesai mengemas barang-barang yang sikit sebenarnya tapi nak menyumbat masuk dalam beg tu memang tak kuasa akak.Hahaha..bukan sebab malas yer tapi sekarang fokus utama adalah untuk exam business math hari esok.Lepas exam kita terus angkat beg ke airport okeh.Muahhaah..Bubye la Kota Samarahan,Mee Kolok,Laksa Sarawak,pakwe-pakwe encem kt kelas,darlings girls yg menceriakan hidup...Semester depan jumpa lagi noh.InsyaAllah..

Start kemas barang daripada pukul 11malam 22 November 2010 sampai la ke pukul 2.20pagi 23 November 2010.Tak ke dua hari mengemas barang tu?Naya sungguh..adoiii.Dah la mengantuk campur letih otak bertamu dekat library dr pukul 2petang tadi sampi 10 malam (ni kalau tak cemerlang business math xtau laaa nak kata apa dah) dari hari Sabtu.Tu laa..takmau sangat kan kemas awal-awal.Kononya tak nak la rasa feel balik kampung awal.Nati tak fokus exam lah kononya.Heh..last-last amek kau, porak peranda hidup.

Gambar kat ats ni keadaan katil yang kemas dah bertukar wajah ibarat dilanda ribut taufan dalam bilik.Ni cuma kain baju yang nak bawak balik semenanjung ye.Nak tengok ke baju yang nak simpan dalam stor?Silalah jangan terkejut atau pura-pura sakit jantung.Yang tukang kemas ni yang patut terkejut (sebab tak sangka baju punyalah banyak!) dan pura-pura sakit jantung (tersentak melihat beg penuh dengan baju sahaja!bukan barang lain.bila masa la diriku dok menambah stok baju ni??aduiii)

Amacam?Menarik tak barang2 dalam beg ni?Ni nak masuk stor ye.Boleh nampak selimut setia daripada diploma dan sweater time demam haritu.Uihh..letih la dok gulung-gulung baju sbb nak jimat space punya pasal.Kalau tak, mana nak cukup beg mengisi kain baju kan?Haih..ni ada harapan nak kena beli beg baru.Macam kawan i dekat Mesir cakap, "Ilah, kau baru satu semester yer.ada lagi 4-5 semester lagi"..Betul2..berapa kilo nanti nak bawak balik semenanjung?Harus la tempah kontena kan.Bapak i kan bekas tokey kontena.muahahah..bapak, akak booking kontena bleh ka?

Boleh agak apa yang berbungkus sampai macam ni?Present daripada pujaan hati ke?Heh..harapan la nak dapat kan?Tunggu kucing bertanduk pun belum tentu nak dapat.Ni lah hasil seni kretif tengah malam orang kata nak membalut cawan.YA!CAWAN!Cawan ni kecik ja.Harga pun RM2.90 je tapi berbungkus macam harga RM290 (kalau RM 290 alamatnya masuk peti besi dekat bank laaa.baru selamat sikit).Bukan apa takut pecah dalam beg nanti, tak ke satu kerja pulak kan?So jangan buat banyak-banyak kerja.Kasi bungkus & solatep sampai macam di atas (kalau mak mertua tengok, confirm fail!kekasihku awal dan akhir, jangan tunjuk dekat mak ye.kalau tak, malulah i kena perli nanti.hehe..)


Nampak beg biru tu?Itu namanya beg ajaib.Segala benda boleh sumbat masuk dalam ni.Nak masukkan orang pun boleh sebab punyalah besar gedabak.Dalam UNIMAS ni boleh kata setiap student mesti ada beg ajaib ni.Tak percaya?Percayalah..sebab berapa ramai student semenanjung dalam UNIMAS?Beg murah lagi mudah ini adalah pilihan terbaik.Harga cuma RM7.90.Nak kirim ke tolong belikan?Jangan nak mengada.Semenanjung pun ada benda ni okeh.

Saja bagi korang tengok isi kandungan dalam beg ajaib.Ni kira kosong lagi ni.Belum dimasukkan lagi 2 beg kuliah.Esok nak angkat masuk stor jenuhlah.Jangan terkoyak sudah.So cara bijak ialah..angkat sket2.Barang yang ada dalam ni kena la letak tepi sket..Yang buat berat sebab ada buku.Boleh nampak kan kamus OXFORD tu?Belum masuk buku lain.Ni yang nak kena panggil pakwe encem tolong angkat beg ni. (Guna pakwe encem angkat beg je?Cukuplah tu kan.Pakwe encem kalau angkat beg i nampak macho gitu!Heh..mengada kau Ilah)
Setelah 3 jam lebih dok berhempas pulas mengemas beg dan barang-barang lain, akhirnay kosong jua almariku.Muahaha..terima kasih almari kerana selama ini menumpangkan pakaianku yang banyak.Nak tengok jugak ke almari kosong?Boleh-boleh..mana boleh kedekut dengan kawan-kawan kan?

Akhirnya 2 beg berat yang berisi harta bendaku berubah wajah menjadi kembung dan berat.Puas hati bila dah mengemas.Tak ada benda nak risau lagi.Esok pagi bertamu lagi ke library (pakwe dekat library ramai!i suka tengok lelaki belajar ni daripada dia dok buang masa kan?tak encem pun takpe asalkan ada kerajinan belajar terus boleh dapat gelaran pakwe encem daripada i)

Sunday, November 21, 2010

Alkisah Raya di Sarawak

Alhamdulillah akhirnya sambutan hari raya aidiladha telah selamat dilalui di Sarawak.Memang mula-mula tu fikir macam mana nak sambut dekat sini sebab tiada keluarga dan juadah-juadah yang biasa dinikmati di rumah.Nak masak tak ada dapur.Mujurlah family kaklong ajak beraya dengan mereka sekeluarga.Terima kasih kerana sudi melayan orang malaya dengan baik di rumah.Orang malaya tu panggilan orang Sarawak kepada orang daripada semenanjung.

Lepas solat Isyak, bapa kaklong dah pun sampai di asrama kami tepat pukul 8.Kereta terus meluncur laju ke arah rumah kaklong yang terletak di Petrajaya, kira-kira 30 minit perjalanan daripada Kota Samarahan.Rumah kaklong memang best.Terasa dah suasana nak raya.Kami cuma rehat kejap je sebab keluar balik pergi rumah nenek kaklong yang tak jauh daripada situ.

Rumah nenek kaklong pun best sebab terletak bersebelahan dengan sungai Sarawak.Selalunya kan saya ni rajin menghabiskan masa di Waterfront.Jadi, daripada rumah nenek kaklong pun boleh nampak Waterfront.Angin malam pun sejuk sangat-sangat bertiup.Macam duduk dekat London.Itulah Sarawak..Siang boleh jadi sepanasnya dan malam boleh jadi sesejuknya.Kami sempat makan mee kolok.Hahaha..memang asyik mengidam mee kolok je sejak dok Sarawak ni kan.

Esoknya sambutan hari raya aidiladha di Sarawak pun bermula.Waaaa..hati i meronta-ronta ni tapi cover baik je depan semua orang.Kalau i nangis nanti naya la kan?Kawan i cik mimi pun sama.Paakt-pakat cover.Hehehe..Dalam pukul 8.30 pagi kami bergerak ke rumah nenek kaklong sebab semua saudara mara kaklong akan berkumpul disana.Wah neves2.Yelah, kemahiran bahasa sarawak i akan teruji.Jangan buat malu orang malaya weh.

Alhamdulilah, saudara mara kaklong sangat ramah melayan i dan mimi.Mana taknya asyik disuruh makan je.Uish, dah dua kali tambah.Boleh meningkatkan berat i ni.Tapi memang enak sekali juadah yang dihidangkan.Nasi tomato, ayam masak merah,umbut,sayur goreng campur,ikan panggang dengan kuah sambal,ketupat,lemang,kuah kacang campur daging..kecur air liur i.Hehehe..Kaklong time ni dah duduk dengan cousins dia sembang-sembang.Sebab tu i dengan mimi duduk dekat satu sudut ala-ala meratapi apalah yang family kitaorg makan dekat rumah kan.Sebelum makan tadi, ada buat takbir.Memang nak meleleh je air mata ni sebab sangat-sangat terasa keseorangan.Syahdu weh..Dah la lepas makan call tokwan, terus kami dok buat drama melayu.Tokwan dok teriak lak takdak cucu dia.Daripada ramai-ramai cucu cuma ada kakcik n didi je sambut raya dekat rumah tokwan.Sabar ye tokwan.

Pagi raya di beranda rumah nenek kaklong bersama mimi

Hati i terubat dengan family kaklong & saudara mara dia yang lain yang rajin buat kami tak kering gusi.Kami dok gelak sebab mak kaklong bila nak cakap semenanjung supaya i n mimi faham apa yang cuba nak disampaikannya, mesti jadi slang cina cakap melayu."Dia punya laki, saya punya adik" ayat yang telah buat semua orang gelak sampai terguling-guling.Sian mak kaklong kena bantai gelak dengan kaklong n cousins yang lain.Ayat best mak kaklong "Ilah, marilah turun duduk dibah".Amek kau.DIBAH tu apa?Kaklong time ni dok gelak sebab mak dia dok berusaha cakap semenanjung sekali terkeluar jugak perkataan sarawak tu.Dibah tu maksudnya dibawah.

Petang sikit kami bergerak keluar daripada rumah nenek kaklong.Cadangnya nak pergi klinik sekejap tapi klinik tutup la pulak.Adik lelaki kaklong bawalah kami berjalan-jalan sekitar tempat tu.Tunjukkan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Normah Medical Centre..(Apakah tempat yang dibawa ni?Kami tak ada arah tuju sebenarnya) Adik kaklong nak bawa kami pergi satu menara tinjau ni deakt kawasan perumahan tapi ada ramai lelaki so jangan ambil risiko.Adik dia nak kena jaga 3 anak dara okeh.So kaklong decide pergi rumah kakak dia yang tak jauh daripada situ.Barulah kutahu bahawa rumah kedua-dua kakak kaklong yang dah berkahwin terletak bersebelahan je.Kami pergi rumah kakak dia yang kedua, Kak Lin.Kak Lin ni memang kelakar.Dulu time before kahwin memang rock habis kata kaklong.Dah kahwin ni kena berubah sikit.Hehehe..Rumah Kak Lin ada kolam dalam rumah.Ada kura-kura.

Time ni pun banyak jugak kami dok gelak sebab adik beradik kaklong semua nak cakap semenanjung.Tapi dalam dok cakap semenanjung tiba-tiba mesti terkeluar perkataan Sarawak.Ketika i dok basuh pinggan lepas makan, Kak Lin cakap "Ilah, tak payah basuh.Tandah ja"Terus buat semua orang ketawa.TANDAH tu apa?Tandah tu biarkan.I ingatkan tandas laaa.Hehehe..Lepas tu Kak Mi dok explain dekat pasal kura-kura ni pernah gigit jari salah seorang anak sedara diaorg sampai ada bekas tapi Kak Mi cakap macam ni "Haritu kura-kura ni gigit jari afnan sampai ada lepak merah".I pun mengiakan aje sebab boleh tangkap la lepak tu bermaksud bekas tapi Kak Lin & Kaklong bantai gelak sebab akhirnya Kak Mi pun termasukkan perkataan sarawak bila cakap semenanjung.Hehehe..

Lepas dah lepak rumah Kak Lin, kami bergerak pula ke rumah saudara kaklong yang lain sebab ada makan hol.Makan hol tu kenduri arwah.Lauk yang dihidangkan sangatlah menggoda hatiku.Ada gulai ikan,kerabu mangga,daging masak kicap,ayam masak rendang kot.I punya dok meratah kerabu mangga tu sebab sedap sangat-sangat.Memang keje makan je lah kami ni.Kenyang dan gembira.Terasa macam berada dengan keluarga sendiri.Bak kata mimi, tak terasa pun macam kita ni orang luar.

Malam tu pergi tengok wayang.Gian sangat nak menonton wayang kan.Dah berminggu-minggu tak tengok wayang.Cerita pilihan kami ialah UNSTOPPABLE yang memang buat suspen je.Kaklong n mimi sampai terjerit-jerit dalam panggung.Hehehe..Pukul 12.30 malam baru balik rumah.Hehehe..


Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak pada waktu malam

Esoknya lepas dah siap mandi dan makan, jenguk bapa kaklong yang tengah bersihkan kolam ikannya.Mak kaklong suruh lepaskan 3 ekor arnab yang jinak sikit.OH NO!!!Dah la i ni memang penakut dengan binatang berbulu.Ada seekor arnab tu siap terlepas masuk dalam rumah sampai semua orang melompat atas kerusi dan menjerit.HECTIC SITUATION!Kaki kaklong sampai berdarah sikit terkena kuku arnab tu.I buat-buat berani la turun ke laman untuk tengok arnab ni dengan lebih dekat.Comelnya tengok arnab ni melompat, makan rumput dekat laman.Last-last bila kak Mi turun, baru i berani nak usap-usap arnab tu bila tengok kak Mi relax je main dengan arnab tu.Hari kedua kami hanya dihabiskan di rumah sahaja.


penyebab HECTIC SITUATION!
Hari ketiga, Jumaat.Hari yang mendebarkan sebab kena MASAK!Hahaha..mak kaklong suruh i dengan mimi masak asam pedas.Mimi kan orang Melaka.I potong mangga sebab nak buat kerabu mangga feveret i tu.Kaklong cakap asam pedas mimi macam dekat food court tempat kami biasa makan lunch dekat unimas.Kira sedap la kan?Hehehe..Lepas lunch kami pun bergerak pulang ke UNIMAS kembali dengan membawa seribu memori.

Danish & Dania..peneman setia aunty ilah,aunty mimi..

Terima kasih sangat-sangat kepada kaklong dan kelyarga kerana sudi melayan kami dengan baik sekali.InsyaAllah ada masa kita bertemu lagi.

Wednesday, November 10, 2010

By One Nation Emcee



Lagu yang telah menyeru semangat belajarku pagi tadi
Terdengar dekat Hotfm time sibuk-sibuk tuning cari radio best
(Yelah..pagi2 nak dengar radio tiba-tiba ter'on' radio bahasa iban.Adoii..)
Memang membuai rasa..menimbul keinsafan
Bila search dekat Youtube
Terjumpa pula lagu ni
Yang juga daripada O.N.E




Listen to the song!
Yes..it is Careless Whisper
Who's favorite song?
Yes..my dear Nani...
Hahaha...finally I have my own concert in my room
I sing it while studying my notes
Really give me motivation


*Bila saya rindu seseorang, selalunya saya akan nyanyi lagu kegemarannya.Nani, rindu hang la.Nak teriak rasa bila nyanyi lagu ni dengan lagu peberet utama hang.Muahaha..serak dah suara aku dok melalak ni.Seb baik rumate tiada..Kalau tak rasanya aku jadi mangsa belasahan sebab buat bising time orang study.Eyh housemate aku dengar tak suaraku yang begitu lantang tadi?

Ting! Ting! Ting!

Morning u all..wah ceria x suara i?Okeh saja buat2 ceria sebab tengah demam sekarang (demam pun boleh update blog lagi ker?).Bukan demam sebab exam tapi sebab hall exam yang sejuk melampau macam dekat Kutub Utara pulak.Lemak i dah la semakin berkurangan (ececeh..perasan lak), boleh pulak dowg ni pasang aircond sampai tahap beku. Hari Isnin kire ok lah sebab aircond jauh sket tapi kesejukkan memang terasa menggigit tulang-tulang badanku.Lagipun i duduk dalam hall tu sejam je then terus keluar awal sebab tak tahan.Tak kuasa nak menunggu 2 jam.Tapi semalam waktu exam BM, aircond tu betul2 sebelah je.I duduk second row.OH NO!!!Dah la i baik giler pakai baju kurung kain lembut, sudah tentu la selama 2 jam 30 minit tu akan terasa beku.Hampir jari-jemariku cramp okeh.After maghrib tidur sampai pukul 9.20 malam!!Bangun siap boleh basuh baju then sarung sweater dan berbungkus dengan selimut mengadap note Eco (pelajar yang berdedikasi kan?muahaha...).Nasib baik Mimi hantar ubat.

Pagi ni sementara nak menyeru mood study, terpandanglah satu bekas dalam laci meja.Bekas tak berapa comel tapi berharga ni menimbulkan perasaan ingin tahu yang sangat membuak-buak dalam diri saya.Nak tahu bekas apa?Tadaaaa...


Bekas biskut daripada hamper apa tah..dah jadi tabung berharga

Sebab nak sangat tahu berapa banyak dah terkumpul, saya dengan sepenuh kerajinan yang ada mengira duit syiling ni di pagi hari.Nasib baik kawan sebilikku tiada.Kalau tak dia mesti hairan bin ajaib la tengok saya mengira duit di pagi hari.Eh ada tak orang tua-tua cakap kalau kira duit pagi hari tandanya nak dapat rezeki lebih ke apa2 ke?Kalau ada tolong bagitau.Ekeke..Dah siap kire!!Wah terkejut sebab dah ada RM 53 dalam tabung tu.Hei tu duit syiling i simpan daripada datang Sarawak tau!Purse i tak pernah ada syiling till my friends call me Miss No Coins.Hahaha..tiap kali kalau beli makanan dekat kafe, kalau akak kafe tu tanya ada 20 sen tak..saya geleng je.

Silalah kira sendiri..


Teringat kira-kira 15 tahun lalu masa tu nak masuk Darjah 1.Budak Darjah 1 macam i time tu memang tak pandai sangat nak menilai duit ni.Apakah itu duit?Duit ni penting ke?Jadi nak bagi i senang membeli makanan dekat kantin, mama i yang very the prihatin dengan i pun ajarlah apa yang patut.Bapak i seperti biasa tukang sponsor duit dekat i la kan.

Mama:Ni duit 50 sen.Ini duit 20 sen ada dua keping.Ini duit sepuluh sen.Ada berapa semua?
Budak pandai:Ada 4 keping
Mama:(Mengeluh sebab anak dia very the bijak sangat.Loya buruk!)Bukan berapa keping tapi berapa ringgit?Ni semua seringgit tau.Ok kalau nak beli apa-apa pakai duit ni.Kalau lebih simpan dalam tabung.
Budak pandai:Ok faham.

Time tu makanan kan murah je kat kantin (even tak la sedap macam budak-budak sekarang kan?).Mama time tu pun bagi i bekal okeh.I bawa la roti ka (i miss my roti gardenia) nasi goreng ka.Apa-apa jelah yang mama bagi kan.So boleh kire berapa banyak duit syiling masuk dalam tabung setiap hari?Haaa..tabung i time ni paling i sayang sebab tabung pertama i (yelah, sebelum ni kan i tak kenal erti duit).Ingat tak dulu BSN ada tabung gajah.Ala yang dia ada skirt biru.Bila kita masukkan duit, tabung tu bunyi2.Dah try google gambar tapi tak jumpa pulak.Sampai berat la tabung tu dengan duit syiling.Yang seronok menabung tu bukan apa sebab tiap kali masukkan duit tu, seronok dengar tabung tu berbunyi.Kalau tak ada duit syiling tapi nak dengar bunyi, tau tak apa yang i dengan adik pompuan i buat?Heheh..kami ambil pembaris cucuk-cucuk dalam tabung tu.Ini kerja abang-abang la yang ajar.Apa punya ajaran ni?Merosakkan i yang suci pemikiran je.

Tak sangka pula bila dah besar ni, i memilih bidang berkaitan dengan duit-duit.Haha..jangan nak anggap i mata duitan yer.Sekeh kang..Itu cuma suratan atau kebetulan sahaja.Sekarang ni duit syiling ni ada permintaan daripada my tokwan tersayang.Tokwan suka duit syiling sebab orang-orang dekat pasar malam yang selalu tokwan pergi tu perlukan duit syiling.Wah, i jadi supplier duit syiling pulak kan.Eh bukan i je.Adik i si kakcik the tipah dengan didi the debab tu pun join the club juga.Didi lagilah bijak nak supply duit syiling dekat tokwan.Dia pergi "curi" duit syiling yang bapak selalu letak dalam satu bekas kat rumah.Memula dia "curi" la 50 sen sehari.Tapi sebab bapak i tak pernah sedar sebab bekas tu pun bercampur kunci spare kereta bapak & mama, lama-lama didi "curi"sampai licin duit syiling dalam bekas tu.Wahahaha..kesian bapak "dirompak" anak sendiri.Bila bapak dah sedar, mulalah i jadi mangsa soal siasat.

Bapak:Kak, duit syiling bapak dalam ni mana?
Kakak:Hurm..didi ambik.
Bapak:Sampai habis?
Kakak:Dia nak tukar dengan tokwan.

Bapak memang geleng kepala.Yang buat bapak rasa tensionlah sebab bila didi dah tukar duit syiling tu & dapat duit kertas, dia tak bagi pun dekat bapak i.Perangai betul adik i ni.Dah tu dengan slumber buat muka tak tau, mintak duit sekolah lagi dekat bapak.Sebab tu didi adalah "jutawan" dalam rumah i.

Bapak:Didi ada duit sekolah lagi?
Didi:Tak dak dah.
Bapak:Pakailah duit yang didi tukar dengan tokwan tu.Tu pun kira bapak bagi didi kan
Didi:Eh?Mana bapak tau didi ambik duit tu?Kakak punya kerjalah ni

Hahaha..tu la dialog time mula-mula bapak dapat membongkar kegiatan didi.Siap i kena warning dengan didi.Hei, adik warning kakak!Kakak you ni jujur ye.Tak ada penipuan.Sebab tu i boleh masuk dunia kewangan.Kejujuran itu penting.Hahaha..tapi lepas tu, i pun ada jugak "curi" syiling bapak dengan syiling mama sekali.Sebab nak mencukupkan syiling i je kalau terkurang.Takkanlah nak bagi RM15.70 dengan tokwan kan.I amek la 30 sen dari syiling bapak ke mama untuk jadikan RM16.Tapi syiling mama i memang mintak izin (baik tak?jujur2..) TAPI syiling bapak, i bedal sesuka hati (bapak i kaya syiling sangatlah).Sekarang ni bapak i pun join the club nak supply duit syiling dekat tokwan.Ahh..ini persaingan namanya.Strategi bapak memang menarik.Bapak dah tak simpan syiling dalam bekas tu.Adalah seringgit dua je.Yang paling banyak dalam tempat rahsia (hahaha..i tau dekat mana).

Tak sabar nak balik rumah, nak tunjuk duit syiling dekat didi.Mesti dia sakit jiwa tengok syiling kakak dia.Kau jangan mengada nak "curi" ye.Nanti akak tak masak spaghetti dah dekat kau.Nak tukar duit syiling ni dengan tokwan dan simpan untuk kegunaan masa hadapan.

*I cakap dengan mama awal tahun hari tu yang I nak kumpul duit syiling untuk pergi KOREA!Mama gelak dekat i.Hehehe...

Saturday, November 6, 2010

Last Farewell

**Hahaha..tengah2 study tiba-tiba sahaja dapat notification kena tagged dengan Marcel dkt FB..So saja la mengisi waktu ini untuk menjawab secara suka-suka apa yang Marcel tagged.As Marcel said 'Do this first, then baru study".Good idea Marcel.


1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.

2. For each question, press the next button to get your answer.

3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.

4. Tag 20 friends. (Random)

5. Everyone tagged has to do the same thing. (nahhh dont need to)


1. IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?

Lie-FT Island (just LIE to them and say "i'm okay"..I'm not okay actually)

2. HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?

Bad Girl Good Girl -miss A (am i a good girl who just turn to a bad girl?miserable life kill me!)

3. WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?

Sarang Sarang Sarang-FT Island (sarang=love!so i only love you for no other reasons?oh man!!)

4. HOW DO YOU FEEL TODAY?

Kembalilah-Amy Mastura (really wanna KEMBALI to my hometown so much)

5. WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?

I hope -FT Island (i hope for something..)

6. WHAT'S YOUR MOTTO?

No One Anyone - D-NA (yeahh..no one or anyone can push me down.)

7. WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?

That's Why You Go Away-Michael Learns To Rock (is it because i merajuk membawa diri ke sini)

8. WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?

Senyum - Malique ft Najwa (i will SENYUM for my parents and make them SENYUM too)

9. WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?

Losing My Mind-Lee Seung Gi (erk?do i?)

10. WHAT IS 2 + 2?

I'm Going Crazy -Seven (hahaha..)

11. WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?

25 minutes-Michael Learns To Rock (this is for Najib..next time u late, i'll sing this song.hahaha)

12. WHAT IS YOUR LIFE STORY?

Step Up-miss A (huh?is it?)

13. WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?

Because We Are Two -Eru (of course i wanna be two with someone.thanks WINAMP cuz choose this song)

14. WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?

Friends-Lee Dong Gun (yeah..100% right.only can see them as my friend.why?ngeng...)

15. WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?

I'll be back- 2PM (whoa..my WINAMP really know me well. i'm addicted to this song dance moves)

16. WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?

White Tears-Eru (once again WINAMP done a good job.please go and listen to this song)

17. WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST??

Fight For This Love- Cheryl Cole (hahaha..nonsense!!!)

18. WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?

Life Is Like A Boat- Rie Fu (yup..life is my biggest fear!not cat or dog)

19. WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?

Something bout Love-David Archuleta (WINAMP..why u keep revealing my secret?)

20. WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?

Complicated Heart- Michael Learns To Rock

21. WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?

Sakura- Moriyama Naotarou (my friends is SAKURA)

22. WHAT WILL YOU POST THIS AS?

Last Farewell-Big Bang (best words and nice song!)

Sunday, October 31, 2010

SAYA tolak EXAM tapi tambah AKTIVITI LAIN

**Sepatutnya sekarang saya harus buat ulangkaji untuk exam.Oh ya exam saya dijadualkan 8 november sampai 24 november.APA KES LAMA SANGAT EXAM KAU NI?BERAPA BANYAK PAPER KAU AMBIL?soalan wajib tanya oleh beberapa member bila diaorang tau saya punya jadual exam.Sebenarnya saya cuma ambil 6 paper sahaja.5 paper tu di minggu awal exam..TMX & TITAS (pagi n petang 8 nov.naya la nk menghafal term komputer dgn sejarah tamadun), BM (petang 9 nov.siap la nak kena tau laras bahasa untuk kegunaan ilmiah), Business Communication (paper mentor a.k.a daddy Prof Tony Wilson adalah pagi 12 nov) dan Principles of Economics (subjek yang korang selalu baca dekat blog semester ni adalah pada 13 nov.SABTU PUN KENA EXAM!?ngeng..).Lepas tu i gap gila panjang almost 2 weeks sebelum mengadap paper Business Mathematics (paper Encik Bakri, warden Kolej Cempaka, tempat penginapanku adalah pagi 24 nov.malam tu flight ke KL.yebedabeduuuu...).Sila bersimpati sebab kena beraya dekat Sarawak.Apa nak makan pagi raya nanti?BISKUT SAYUR!!!

Tapi entahlah minggu terakhir kelas ni saya terasa very the touching gitu.Sebab nak say tataaa dekat lecturer and classmates yang super duper happening sampai saya pening tiap masa.Ekeke..Dah la mentorku Prof Tony tu berada di Penang sejak Rabu lepas untuk talk dekat USM..Serangan psikologi la ni.Kelas Ekonomi yang terakhir pun ala-ala berendam air mata tapi Puan Rossa i tu kan macho.So saya baru je nak feeling sedih terus beliau cakap "Kelas, kita kan macho.Jangan sedih-sedih.Awak patut gembira sebab tak jumpa saya lagi lepas".Terus 1 kelas bantai ketawa bila denagr perkataan macho.Kami je tau rahsia macho!Shh...rahsia.

Hari Jumaat lepas memang hari Ilah date bersama kawan-kawannya.Mana taknya..pepagi hari pukul 10 macam tu pergi kejar bas nak ke Desa Ilmu yang terletak dekat pintu belakang UNIMAS a.k.a kampus timur.Date di pagi hari bersama dengan budak senegeri Aida.Lepak dengan dia memang keluar la bahasa Kedah.Kami kekunun nak membeli peralatan nak exam.Lepas tu memborong sakan stok makanan sempena nak exam.Almaklumlah..bila exam ni mulut kena kunyah-kunyah juga bila bosan membaca.Ingat senang subjek banyak membaca ni.MUNTAH SHREK la nanti..ekeke...Lunch kami dekat KFC.Dan terserempak dengan lovely couple Yvonne (classmate) dengan chenta hati dia Hahn (LO MAP ku).Balik dari shopping, singgah dekat fakulti nak ambil slip exam.tapi pejabat tutup la pulak!!ngeng..sebab malas nak tunggu pukul 2.30 (ni time bas terakhir dari Timur ke Barat sebelum disambung jam 4.00petang), kami ambil keputusan nak datang hari Isnin.Kebetulan kena hantar assignment soft skill.

Balik apartment, terasa bilikku macam serabut sangat-sangat.Datang pulak mood rajin nak mengemas.Ekeke..anak dara bilik jangan sekali macam tongkang pecah.MALU JER OKEH!Siap tukar cadar baru dibeli lagi.Ni gara-gara nak naikkan mood exam la.Okeh jenama Lilo Tomato.Nice giler sebab design ala-ala musim bunga.Hatiku berbunga ker?NO COMMENT.Nak tengok cadar baru saya?Silakan...

tidur malamku memang indah sejak guna cadar ni

Dah selesai mengemas bilik, sepatutnya petang tu ada date denagn my geng nak pergi menghentam lane bowling dekat Pusat Pelajar.Tapi sebab Mimi dan beberapa lagi kata ada hal tak dapat dielakkan, maka cik mek dari Kelantan (tahniah menang bola semalam), Yasmin pun ajak melepak di tasik UNIMAS yang berhadapan dengan kediaman kami.Sebab teruja sangat duduk dekat pelantar dalam tasik tu dan boleh nampak ikan, kami siap beli roti bagi ikan makan.Whoaa..teruja!Dah lama tak buat aktiviti fish feeding kan?

oppss..terambil gambar abang encem berkayak!sape suruh dia enter frame kan?
Subhanallah..pelangi yang tiba-tiba hadir saat kami menikmati keindahan alam

sila besarkan mata anda untuk melihat ikan yang banyak!

Sebabkan magrib disini masuk pukul 6.25 petang, so kami pun buat faham la bawa diri kembali ke apartment masing-masing.Elok je lepas mandi & sembahyang, Cony pun mesej ajak pergi melepak dekat tasik lagi.Ahhh sudah.Bila masa nak mengadap nota exam ni?Memula decide taknak pergi sebab terdengar guruh di langit.Masa tengah dinner, rasa macam boring pulak kalau baca notes awal-awal malam ni kan?Confirm kejap lagi mengadap FB juga tak pun citer korea.Menjengah ke balkoni apartment tak nampak macam tanda-tanda nak hujan.Guruh pun tak dengar dah.Terus text Cony suruh dia siap n turun.Kami pergi melepak dekat tasik pukul 8.45 malam.

Kali ni duduk dekat pelantar berhampiran dengan Water Tower.Cony bawak biskut sayur dia yang tak sedap dan bersedekah dekat ikan-ikan.Ekekek..ikan dapat makan biskut sayur kire mantaplah kan?Dah habis 2 paket biskut sayur Munchy's tu, sebab tak ramai orang dekat situ, maka kami pun baring sambil memandang langit.Terasa tenang dituip bayu malam.Waktu menginjak pukul 10 malam dan kesejukkan sangat terasa.Kebas kaki sebab sejuk melampau tapi tetap baring dekat pelantar sambil gelak-gelak.Kami pulang jam 11 malam selepas terasa rintik-rintik hujan.

Hari Sabtu pula ada pertandingan 'kollum' sempena Deepavali.Yeay..untuk pengetahuan anda, me and my team also took part in this activity.Mimi jadi tukang lukis and the rest jadi tukang tabur beras warna-warni tu.Pertama kali buat 'kollum' rasa gian pulak.Sebab memerlukan sepenuh perhatian dan ketelitian.Cewahh..ayat skema habis.

jeng...jeng..jeng..hasil 'kollum' kami yang masih dalam proses

tadaaa...hasil seni kumpulan ILUSTRASI

ILUSTRASI GIRLS..

Habis sahaja aktiviti ni, kami pun bergegas ke Desa Ilmu menaiki kereta Atul untuk makan tengah hari.Masing-masing muka lapar sebab semua memang tak makan breakfast.Eh rasanya Kaklong je makan sebab dia dari balik rumah.Dan terjadilah kisah lawak di tempat kami makan.Sekali lagi biarlah kami sahaja yang tahu.Tapi memang pecah perut ketawa.Next time jangan buat perangai macam tu lagi ok!

Balik daripada makan, memang tak larat nak study.Mataku berat je.Sudahlah semalam tidur lambat.Bangun awal untuk program.Jadi saya perlu tidur.Gedebush..bermimpi la dalam tidurku akan nota-nota yang ada atas meja tu.Terjaga pukul 4 petang.Sekali lagi Cony mesej ajak lepak tasik.Dia nak sedekahkan biskut tawar pulak dekat ikan-ikan yang ala-ala piranha tu.

Pukul 8malam kami bergerak ke pelantar yang sama seperti malam semalam.Kali ni memang ikan sangat rakus berebut makanan sampai ada beberapa ekor ikan melompat-lompat nakkan biskut tawar Cony.Amboi..lapar ye cik ikan?2 paket bersama 1 bekas tupperware biskut tawar Cony berjaya dihabiskan cik ikan.Lepas tu seperti biasa kami pun terbaring dekat pelantar tu sambil nak mengira bintang dan menanti kalau-kalau ada kapal terbang nak melintas.Sebenarnya saya rasa takut sebab terbayang kalau-kalau Water Tower yang tak jauh daripada kami tu terbalik or pecah.Naya woooo...Cony lagi la dengan macam-macam imaginasi yang melampaui batasan dia.Semakin dilayan, semakin terasa mengarut.

Apabila malam sudah menginjak pukul 10 malam, Cony cakap dia nak tidur sekejap.Seronok katanya tidur dihembus bayu malam yang sangat-sangat dingin.Sementara tunggu Cony tidur, saya tengok tv dekat handphone Cony.Cerekarama hari Sabtu kan?Tapi cerita dia buat saya bosan la..hurmm.Selepas setengah jam Cony bangun then kami tengok cerita tu sama-sama sambil bergambar.

kami yang suka menghabiskan masa di tasik

menonton tv di tv kecil...

Kami bergegas pulang ke Cempaka sebaik mendengar keriuhan anak-anak Kelantan meraikan kejuaraan mereka.Kebanyakkan mereka menonton di Kolej Allamanda yang terletak di seberang tasik.Berlari-lari anak kami mahu kembali ke Cempaka sebab keriuhan mereka macam orang nak buat rusuhan pula.Sangat menakutkan laaa!!!