Pages

Tuesday, March 30, 2010

3 Hari Lahir...

20 Mac- Happy Birthday my dear best friend Nani yang nun jauh di bumi orang.Doaku untuk kamu semoga kamu terus dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki,dilimpahkan kejayaan dunia dan akhirat, dipermudahkan segala urusan kamu di tempat orang, dikuatkan iman kamu dalam agama suci ini, diberkati oleh Allah Yang Maha Esa untuk setiap pekerjaan yang kamu lakukan serta saya mahu kamu cepat menjadi isteri orang ya! (yang last ni kalau Nani baca mesti dia pun setuju.hehe..i'm waiting for my first friend in-law)

22 Mac-Happy Birthday to myself!!!Hahahaha..macam tak percaya umurku sudah 22 tahun.Sama pulak dengan tarikh lahirku.Alhamdulilah..Allah memberikan aku kesempatan untuk terus berada di muka bumi ini.Segala nikmat yang dikurniakan ke atas aku amatlah aku syukuri.Aku memohon agar aku akan terus diberkati, serta dapatlah aku menyambung pengajianku serta projek yang sedang diusahakan dengan sahabatku itu akan berjalan lancar.Soal jodoh ni aku masih belum memikirkannya walaupun dah banyak kawan-kawanku yang sudah berubah status jadi isteri orang.Tumpang egmbira dengan kebahagiaan mereka dan aku akan terus mendoakannya untuk mereka.

26 Mac-Happy Birthday to Nena (kawan baik Najib dekat UIA) dan to my only budak busyuk, Atin.Aku kenal Nena sebab Najib selalu cerita pasal Nena.Then we became friend on FB.Atin pulak aku kenal semenjak sem 1 lagi.Memang nama khas untuk dia adalah si budak busyuk.Hehehe..dia seorang sahaja aku panggil macam tu.Bukan sebab dia busuk ok tp sebab dia adalah kawan yang sangat manja dengan aku.Perangai sensitif pun sama je dengan aku.Tapi kalau aku dengan dia, aku tak jadi sensitif laa.Garang je aku dengan dia.Hahaha..tapi aku sayang dia.

Tuesday, March 16, 2010

Az..dalam ingatan kasih sayangku


Sara dengan Az (bertudung hitam) ketika meraikan hari terakhir Ejay tahun 2007

Julai 2006
Aku mula mengenali Siti Nur Azliza bt Razali, gadis berasal daripada Jitra, Kedah ini ketika mesyuarat asrama level 1 (level yang menempatkan kami berdua) di kolej.Masa tu dia duduk belakang aku,sha,wana n budak bilik aku yang lain.First impression aku tentang dia?Seorang yang pendiam dan mungkin pemalu sebab sepanjang meeting tu dia tak banyak cakap pun.Dan dia mengambil jurusan yang sama dengan wana Diploma in Agro Business.Seingat aku nombor bilik dia 102.

Januari - Jun 2007
Kami dah memasuki semester kedua.Kali ini bilik Az betul-betul berhadapan dengan bilik aku.Aku tetap juga tak berubah bilik.Az sangat terkenal masa ini sebab dia agen top up.Bilik 112 yang menempatkan 4 orang pelajar sering dikunjungi ramai untuk mendapatkan top up.Selain itu Az juga telah memenangi salah satu kerusi Majlis Perwakilan Pelajar.Dia menyandang jawatan Exco Sukan dan Reakreasi.Sebagai Exco Sukan dan Reakreasi, mestilah dia seorang yang aktif dalam bidang sukan kan?Az adalah pemain badminton kolej yang sering mewakili kolej dalam pertandingan badminton.Seingat aku Az pernah wakil negeri Kedah dalam SUKMA.Aku takkan lupa kenangan menghadiri Kem Bina Negara yang wajib dihadiri semua pelajar semester dua di Ulu Sepri, Negeri Sembilan.Aku dan dia tidur katil tingkat atas (katil double decker) malah sebelah menyebelah lagi.Disebabkan ramai sangat berebut nak mandi waktu pepagi hari, aku dan dia mengambil keputusan mandi jam 3 pagi! (punyalah tak nak berasak dengan orang lain time mandi)

Julai - Disember 2007
Kami dah semester 3!Kami sebilik!!!Alhamdulilah..kami berdua terpilih sebagai Orientation Committee (OC) untuk intake semester ini bersama-sama dengan sha,wana,sara,ejay serta rakan-rakan lain.Jadi kami perlu menghadiri Kursus Asas Kepimpinan di Asli Adventure Camp.Memang adventure pun sebab kena masuk hutan.Sekali lagi kami tetap sebilik dengan sha,wana,kak boo,kak ana (ni yang aku ingat).Semuanya berjalan seperti biasa sahaja sepanjang 3 bulan pertama semester ini namun sesuatu telah berlaku yang merubah segalanya.Aku ingat lagi Az masuk bilik dengan kaki kanannya bengkak.Kalau tak salah aku masa tu baru sahaja selesai cuti pertengahan semester dan semasa cuti Az mewakili kolej dalam Karnival Sukan Kolej Profesional Mara (KASUKMA).Menurutnya dia mengalami kecederaan semasa mewakili kolej lawan futsal.Sejak dari itu keadaan kesihatan Az semakin tidak baik secara tiba-tiba.Walaupun telah berjumpa doktor, namun masih tidak dapat diketahui apakah puncanya.Aku semakin kasihan dengannya sebab setiap kali dia menjamah makanan, pasti dia akan pantas berlari ke bilik air untuk muntah.Bukan disengajakan muntah namun itulah keadaan dia semasa itu.Walaupun tidak berdaya, dia tetap menggagahkan diri menghadiri kuliah serta aktiviti kolej yang lain.Ejay, senior kami sering kali membelikan Dunkin Donuts sekotak sepanjang bulan Ramadhan.Masalahnya Az makan sikit je.Yang tolong licinkan mestilah kami yang lain ni.Kami juga tolong dia untuk Sukan Intra Kolej sebab kasihan tengok dia terkejar-kejar siapkan semua kerja dalam keadaan yang sakit.Waktu final exam semester itu, Az memang sangat-sangat tidak berdaya.Melihat dia mengulangkaji dalam keadaan terbaring cukup memilukan aku.Aku takkan lupa kami mengulangkaji subjek Tamadun Islam bersama jam 3 pagi.Hanya itu sahaja yang aku mampu bantu dia.Rakan-rakan lain juga turut serta ketika itu.

Januari - Jun 2008
Semester 4...Az tetap sebilik dengan aku bersama Wana dan Ain.Sha dah duduk rumah sewa.Ini adalah waktu yang paling mencabar kerana semester ini lebih banyak tugasan menanti kami kerana menuju ke semester akhir.Namun keadaan kesihatan Az bertambah teruk dan merisaukan aku serta rakan-rakan sebilik yang lain.Agak lama juga Az tidak menghadiri kuliah.Setelah sekian lama menjalani pemeriksaan serta pelbagai ujian di hospital, akhirnya satu petang ketika aku dan Wana sedang berada di kafeteria, Wana menerima panggilan telefon daripada Az memaklumkan bahawa doktor telah menegsahkan dia menghidap penyakit Sistemic Lupus Erythematosus (SLE).Reaksi aku?Aku terus menghubungi mama.Apa yang dikatakn mama waktu itu tidak dpat aku inagt namun aku tahu aku bersedih.Apabila Az kembali semula ke kolej setelah sekian lama, aku bagaikan tidak tahu bagaimana mahu menghadapinya.Az yang aku kenal sebagai seorang yang aktif dan pantas bergerak kesana kemari kini sakit.Takdir Allah ini benar-benar membuatkan kami semua semakin rapat dan sentiasa berketawa untuk tidak membuatkan Az memikirkan apa yang sedang dihadapinya sekarang.Kalau tak salah aku, aku pernah menyebabkan ibu jari kaki kirinya lebam akibat terkena iron bod semasa nak iron baju.Entah macam mana perkara tu terjadi.Tapi kami masih boleh ketawa walau sebenarnya dia sakit masa tu.Kotak ubat dia sangatlah besar.Takut aku tengok jumlah ubat yang perlu diambilnya.Malah bertambah kasihan aku dekat Az sebab dia bukan seorang yang sukakan ubat.Peritnya dia nak telan ubat tu aku pun terasa sama.Bila time dia makan ubat, kami budak-budak bilik akan tolong bancuhkan air ribena.That's the best way for her to take her medicine.Kenangan pulang menemani Az pulang ke Kedah bersama tidak akan aku lupa.Sepanjang perjalanan aku sentiasa berdebar.Tidurku tidak lena kerana risaukan Az disisi.

Julai -Disember 2008
Walaupun sakit, Az terus melakukan semua tugasannya sebagai seorang pelajar dalam bidang Agro Business dengan sebaik mungkin.Ada kalanya memang nampak keletihan dan kelesuan namun Az tidak merungut.Dia akan tidur dan minta untuk dikejutkan dan kembali menyambung kerja-kerjanya.Bayangkanlah perasaan aku ketika ini.Kalau aku boleh buat kerja-kerja dia memang dah aku buat.Tapi manalah aku tahu nak buat landscape project.Mewarna pun aku fail.Az memang handal bab mewarna.Kalau aku buat, mestilah lecturer dapat tau.Time bulan puasa, bila aku tak ada kerja nak dibuat, aku pun mengikut la Az dengan Wana pergi masuk studio landscape dan teman mereka buat kerja waktu malam.Masa bulan puasa juga, aku dengan secara tiba-tiba diserang demam panas yang teramat sangat hingga mengalami dehydration selepas pulang daripada menghadiri majlis berbuka puasa di Sepang.Sebaik pulang daripada majlis tu, aku terus mandi dan berbaring.Roomates lain semua study sebab esok ada test Pengajian Malaysia dengan ETR.Ain dengan murah hati mengejutkan aku dan tiba-tiba dia mendapati aku badan aku panas.Ain pun pergilah ambil tuala dan basahkan dengan air water cooler yang sangat sejuk.Menggeletar la aku bila tuala tu diletakkan dekat dahi.Masa tu aku dengar dah kekecohan budak bilik tapi aku tak dapat nak bukak mata.Entah pukul berapa pagi aku di bawa ke klinik berhampiran oleh warden level.Az pun ada sama masa tu.Sakit-sakit dia tetap ikut aku.Aku sangat terharu.

Sepanjang 2009
Hingga hujung bulan Februari, kami semua menjalani latihan praktikel.Memang dah jarang berhubung sebab masing-masing balik kerja penat (aku la yang penat.balik keja ingat nak tido jer).Masa hantar laporan praktikel pun aku tak dapat jumpa Az.Aku semakin tidak menghubungi Az apabila banyak perkara terjadi dalam hidup aku.Dengan kegagalan aku menyambung pengajian, bapak aku yang tiba-tiba diserang sakit jantung hingga menjalani pembedahan, membuatkan telefon bimbit aku dibiarkan sahaja.Fokus aku masa itu hanya untuk keluarga aku sahaja.Alhamdulilah..setelah semuanya kembali seperti biasa, aku dapat SMS Az bertanya khabar.Lama juga kami SMS.Aku pernah cakap dekat Az nak pergi jumpa dia dekat rumah dia sebab rumah kami taklah jauh pun.Aku dah siap berpakat denagn kawan-kawan lain lagi.Namun semuanya tak kesampaian.Dan akhirnya pada bulan Oktober kami dapat berjumpa di Melaka untuk graduation day!Aku masih ingat selepas selesai sahaja raptai pada petang hari jumaat itu, aku terserempak dengan Az ketika berjalan dengan seorang sahabat lain.Kami bersalaman dan sempat berpelukan.Sungguh, aku rindukan dia!!!Tapi tak dapat nak berbual lama kerana masing-masing perlu bersiap untuk dinner pada sebelah malam pula.Semasa hari graduation pula, melihat dia melangkah di pentas untuk mengambil diploma, aku tersenyum bangga dengannya.Aku bersyukur kerana semangat juang yang tinggi dalam dirinya telah membawanya ke pentas hari ini.

2010...
Aku sering teringatkan Az setiap kali berulang-alik ke Changlun melawat atau menghantar kakcik kembali ke matriks.Setiap kali lalu kawasan Jitra, aku mesti teringat Az!Setiap kali aku nak singgah mesti tak dapat sebab dah terlalu lewat petang.Sampailah hari Ahad, 7 Mac 2010 semasa dalam perjalanan pulang selepas melawat kakcik, mama tiba-tiba-tiba bertanya tentang Az.Merancang nak singgah tapi kami terlepas pula exit Jitra.Nak keluar ikut jalan lain, kami memang tak tahu.Hinggalah hari Selasa,9 Mac 2010 jam 3.30 petang aku mendapat panggilan telefon daripada Wana.

Wana:Ilah, wana nak mintak tolong ni?
Ilah:Tolong apa?Boleh je..InsyaAllah..apa dia?Cakaplah
Wana:Ermm..Ilah, tadi miss marini call wana.Kakak Az call miss cakap Az tengah nazak sekarang ni
Ilah:(Aku terdiam.Otak aku tidak dapt berfikir apa-apa cuma membayangkan wajah Az sahaja) Dia dekat mana sekarang?Hospitla mana?
Wana:Hospital dekat alor star
Ilah:Hospital Sultanah Bahiyah ke?Then Wana nak turun sini?
Wana:Wana tak pasti tapi miss cakap hospital alor star.Wana nak inform dkt kwn2 lain dulu then nanti wana call inform Ilah kalau Wana jadi turun.
Ilah:Ok.

Aku jadi tak keruan.Aku terduduk tanpa mampu bergerak.Aku berdoa agar Allah akan terus melindungi sahabatku itu.Aku bangun call Sara tapi Sara sedang dalam kelas.Then aku call Ain.Aku tahu Ain akan berasa sangat sedih dan dapat membayangkan bagaimana dia akan menerima berita yang akan aku sampaikan.Nyata, tekaanku tepat.Ain menangis teruk.Aku jua.Selesai call Ain, aku terus online Facebook dan keluarkan status inform keadaan Az.Keadaan bertambah kalut dengan panggilan yang aku terima daripada Ejay.Aku dan Ejay sama-sama menangis.

Aku terus menghubungi rakan-rakan lain memaklumkan keadaan Az.Then Wana confrimkan yang dia akan naik bas malam tu jugak denagn Sha pukul 12 tengah malam.

Esoknya, Rabu 10 Mac 2010 kami bertiga bergerak ke Hospital Sultanah Bahiyah dengan ditemani mama.Mama ambil cuti.Thank you very much mama.Sampai sahaja dihospital kami terus menuju ke ICU.Hati aku dah berdebar sangat-sangat.Aku ternampak parents Az dengan rombongan kolej seakan sedang berbincang sesuatu.Aku menghampiri one of my senior, Amin.Namun seperti tiada kata yang dapat aku dengar daripadanya.Setelah bersalaman dan berpelukan dengan mak Az, aku dimaklumkan bahawa tiada lagi harapan untuk Az.Aku seolah berhenti seketika bernafas.Seakan tersekat sahaja.Kami tidak dapat masuk buat sementara waktu kerana doktor sedang bersama Az.

Maka kami berada di kawasan menunggu ICU.Rombongan rakan-rakan daripada KL sampai seketika kemudian dan aku hanya mampu menangis dengan ditenangkan oleh Amy.Lama aku dalam dakapan Amy dan Amy terus memujuk aku menerima semua ini.Seketika kemudian, kami membaca Yasin.Tangan aku sangat menggeletar.Wana masuk dulu bersama Ummu tak salah aku.Kemudian apabila Wana keluar, aku dengan Sha menyusul.Kami melangkah sambil berpegangan tangan.Sha sempat berpesan agar aku jangan pengsan.Aku kena kuat.

Katil Az di dalam ICU ditutupi dengan tirai.Aku berdebar.Salah seorang rakan membuka tirai berkenaan dan aku hampir rebah melihat tubuh Az terbaring begitu.Ya Allah..aku tidak mampu untuk melangkah saat itu.Namun aku kuatkan semangat seperti mana kuatnya semangat Az.Aku berdiri di hujung katil berhampiran kakinya namun aku dapat merasakan lutut aku bergoyang.Aku mahu rebah.Aku cuba tunduk dan berdiri tegak semula namun lutut aku masih dalam keadaan sama.Akhirnya aku terduduk.Aku menangis melihat keadaan Az.Sepanjang disisi Az dalam ICU, aku hanya membaca Yasin dan berdoa yang terbaik untuk Az.Setengah jam aku di dalam ICU, aku keluar dengan Wana sebab Sha dah keluar terlebih dahulu.Aku,Sha,Mama mengambil keputusan untuk sembahyang Zohor.Sebab kami bergilir-gilir pinjam telekung Sha, maka aku adalah ornag terakhir yang sembahyang.Sebaik selesai aku sembahyang, Sha menghampiri aku dah merenung aku.Aku menanti apa yang mahu Sha katakan.

Sha:Az dah takda...
Ilah:(Terdiam..tiba-tiba rasa sakit di dada.)Innalillah..bila?
Sha:Baru je tadi..

Aku cuba melangkah namun lemah.Berhenti dan berpaut pada dinding.Dada aku sangat-sangat sakit masa ini.Aku menyakinkan diri aku bahawa itu yang terbaik untuk Az.Daripada melihat dia terus begitu seperti yang aku lihat tadi, maka aku rela dia pergi.Walau hakikat sebenarnya aku terlalu sayang pada Az.Aku melihat dia daripada bermula semuanya hingga ke akhir.Aku call Ain namun Ain tidak dapat menerima kenyataan.Ain katakan aku sedang bergurau dan dia tidak percaya cakap aku.Lalu dia minta untuk bercakap dengan Wana.Aku amat pilu ketika itu.Ain juga tidak percaya cakap Wana dan akhirnya Ain bercakap dengan Sha.Sha telah memujuk Ain dan alhamdulilah..Ain dapat menerima semuanya..

Untuk buat pertama kalinya, aku tunaikan janji aku pada Az untuk melawatnya di rumah.Namun aku melawat setelah dia pergi tinggalkan aku.Aku setia menunggu giliran untuk menatap wajah Az buat kali terakhir.Pilu hatiku apabila dimaklumkan bahawa Az telah menghias bilik barunya di rumah baru keluarga mereka.Bilik berwarna ungu itu menempatkan tubuh Az untuk tatapan kali terakhir.Aku sangat sebak menatapnya.Dan aku semapt berbisik di dalam hati bahawa aku relakan Az pergi dan aku amat menyayanginya.Aku tinggalkan perkarangan ruamh Az tepat jam 5.30 petang...

Az..Ilah akan merindui semua kenangan yang kita lalui bersama.Terima kasih kerana menjadi sahabat Ilah dan memahami sikap Ilah.Az..Ilah mohon ampun kerana tidak berhubung kerap dengan Az.Az sentiasa dalam ingatan kasih sayang Ilah.Semangat juang, kekuatan, ketabahan yang Az tunjukkan selama ini akan terus Ilah kenang.All of us will miss you, Az...

Saturday, March 6, 2010

DIET 3 MINGGU!

Semalam aku melayari satu web tentang artis-artis korea.Dah alangkah terujanya aku membaca yang salah seorang anggota kumpulan terkenal Korea, Super Junior iaitu Siwon telah mengurangkan 8kg dalam masa 3 minggu.Owh tidakk...apa yang dia telah lakukan?Dikhabarkan dia bersenam dan diet.Should I follow him?Selain itu anggota kumpulan KARA juga turut mengurangkan berat badan mereka untuk konsep terbaru mereka.Wah..aku jugak yang tak turun berat ni!!!

Aku yang dah berusaha sehabis daya ni masih belum pun turut berat.Masih ditahap yang sama seperti entri aku yang lepas.Sedihnya..target tak tercapai.Kecewa sebab aku bercadang nak memiliki new look sempena kenduri abang sepupuku bulan 5 ni.Persoalannya, mampukah aku turunkan berat aku sebelum itu?Tak nak nanti masih ada suara-suara yang berkata aku masih berisi!Kelihatan semakin 'sihat' malah bertambah 'sihat'.Kata-kata seperti ini buat aku MENYAMPAH sangat-sangat.Bosan mendengar komen yang sama daripada mulut mereka dan aku amat sensitif sebenarnya (walaupun aku senyum dan ketawa sahaja setiap kali ia terjadi, tapi jauh di lubuk hati, aku menangis tau!)

So bermula hari ini 6 Mac 2010 hingga 26 Mac 2010 aku akan melakukan perubahan drastik terhadap pemakanan aku.Andai sebelum ini aku telah cuba makan nasi 3 sudu sahaja pada waktu tengah hari, kali ini TIADA LAGI NASI.Aku dah rancang apa yang patut aku buat untuk 3 minggu ini dan aku berharap sangat akan ada berita gembira.Malah sudah beberapa minggu aku dan mama menghabiskan masa dekat Taman Jubli setiap sabtu dan ahad selama sejam untuk berjalan.Kali ini untuk 3 minggu ini aku akan buat senaman yang lebih mengeluarkan peluh macam yang dalam The Biggest Loser tu.Teruja tengok mereka kehilangan berat badan setiap minggu.

AKU MESTI BERKORBAN KALI INI.tEMPOH 3 MINGGU ADLAH PERCUBAAN UNTUK KE ARAH PERUBAHAN POSITIF TERHADAP BERAT AKU.