Pages

Sunday, July 18, 2010

phewww..what a day!!!

Itu adalah kata-kata untuk menggambarkan peristiwa hari ini.Phewww...hari ni kami (kak Jaz@kaklong,Cony,Mimi,Adik@roomate aku dan diriku sendiri) pakat keluar bersama sebab nak beli banyak barang keperluan yang masih belum cukup.Memandangkan Kaklong merupakan orang Sarawak jadi secara rasminya dilantik menjadi Cik Tunjuk Arah dan Cony yang begitu mahir memandu kereta berbanding aku dan adik telah diisytiharkan sebagai Cik Pandu Kereta.Kami keluar dariapda UNIMAS pukul 10.45pagi melalui pintu kampus timur setelah mengambil kereta daripada Encik Pemberi Sewa.Terima kasih Encik Pemberi Sewa.

Destinasi pertama kami ke wisma pe tah.Tak ingat lak namanya.Kononya aku nak beli handbag sebab datang Sarawak haritu tak dapat bawa handbag DATIN aku.Hahahaha...Tapi satu pun aku tak berkenan.Entah..cerewet kot!?Cony dan Adik yang excited membeli dekat sini sebab mereka perlukan barang-barang keperluan peribadi dan untuk kuliah.Dalam pukul 12.15tengahari kami bergerak ke rumah Kaklong yang terletak di Petrajaya.Aku suka rumah Kaklong!!!

Kenapa?Sebab depan rumah kaklong ayah dia bina kolam ikan sendiri.Lantai rumah kaklong bercirikan resort.Sejuk jer..Bilik air pun lebih besar dan memang macam resort.Kaklong cakap rumah tu dah lama.Sejak tahun 1982 lagi tapi telah dilakukan pengubahsuaian sedikit.Rumah kaklong kembar dua setingkat.Kemudian baru aku tersedar bahawa kebanyakkan rumah di kawasan Kota Samarahan,Kuching,Tabuan Jaya dan beberapa kawasan lain yang pernah aku lalui memang kebanyakkannya adalah rumah dua tingkat berkembar.Susah nak jumpa rumah teres dua tingkat atau apartment,kondo,pangsapuri.Kire kaya juga la kan orang kawasan yang aku lalui tu?

Lepas solat Zohor dekat rumah kaklong, kami bergerak ke Satok.Kami singgah di satu pasaraya yang aku tak tahu namanya.Hahaha..sebab banyak tempat yang dilalui dan aku cuba mengingat jalan dekat sekitar kawasan tersebut.Selesai menyiapkan beberapa perkara disini, kami makan di sebuah restauren.Dan sudah tentu aku order laksa Sarawak.Hurm...rasanya macam mee kari kita di Semenanjung.Tapi not bad la rasanya.Aku pun sempat membeli sepasang kasut baru.Hahaha..berapa banyak dah kasut yang aku ada.Bersusun dekat rak kasut dalam apartment.

Dari Satok, kaklong bawa kami pusing-pusing dan sempat lalu depan Waterfront.Memang panjang dan cantik!!!TERPESONA..Yang paling best akhirnya dapat juga bertemu dengan replika patung kucing yang terletak di tengah-tengah bandaraya.Apalagi lepas dah parking dan beli barang di Parkson, kami berjalan kaki sahaja untuk mengabadikan kenangan dengan replika kucing tu.Nasib baik replika jer.Kalau betul-betul, memang aku takkan ambil gambar dengan kcuing.Owh tidakkkk!!

Kami singgah di The Spring sebab nak ambil contact lens Adik.The Spring ni kira tempat popular la untuk warga disini.Sentiasa penuh sahaja sebab kali pertama datang sini dengan kak Siti minggu lepas pun penuh juga.Yang paling aku tertekan sekali ialah tiba-tiba sahaja aku rasa nak buang air kecil.Hampeh..sebab habit aku memang susah nak masuk tandas awam sejak dulu lagi.Dan setiap tandas yang aku pergi dalam kawasan ni tak ada disediakan pili paip!!!Waaaaa...naya-naya.Merata tingkat cari semuanya tetap sama.Akhirnya lepas sembahyang magrib dan beli lagi barang, kaklong bawak pergi toilet yang ada air.Kata kaklong toilet tu untuk staff.Entahlaa..bedal je laa.

Adik balik awal dulu sebab dia ada meeting dekat kampus.Jadi kami meneruskan perjalanan kembali ke tempat kami bermula awal pagi tadi iaitu di wisma yang aku tak tahu namanya.Mimi masih nak membeli beberapa barang.Phewww..Mimi paling banyak berbelanja harini.Kereta yang kami sewa tu penuh dengan barang-barang Mimi.Hahah..well done!

Selesai membeli barang singgah sebentar sahaja di Taman Sahabat.Taman ni ada binaan macam tokong Buddha tapi tak pasti sangat.Yang pasti ada kolam ikan kap jepun yang besar-besar.Tapi sebab malam tak nampak la.Kaklong yang cerita.Sebab hujan pun tiba-tiba sahaja mula turun, kami pun balik.Kan dah kata hujan dekat Sarawak ni macam tiba-tiba sahaja.

Masa nak balik pula kena berdepan denagn kesesakan lalulintas sebab ada sekatan polis.Ini adalah kawasan wajib untuk pemeriksaan jalanraya.Kaklong cakap kawasan Samarahan ni kira laluan kelaur dari Kuching oleh perompak ke penjahat ker nak keluar.Sebelum nak sampai UNIMAS tu kena tempuhi 3 bulatan jalanraya yang sangat besar.Ini pun dikira sebagai phewww..sebab terlalu banyak bulatan jalanraya di Sarawak.Kaklong cakap bulatan tu besar sebab tanah rizab untuk besarkan jalan nanti.

Dan sebelum sampai UNIMAS sesuatu perkara telah terjadi di stesen minyak Petronas.Phewww..what a day!!!Biarlah perkara tersebut diketahui oleh kami sahaja.Terima kasih baut yang sudi membantu dan terima kasih juga untuk Encik Pemberi Sewa sebab membantu dan memahami kami.Harap Encik Pemberi Sewa tak serik menyewakan kereta kepada kami.

InsyaAllah sebelum puasa kami akan keluar untuk melakukan lawatan ke tempat-tempat lain pula.Bukan lagi untuk bershopping seperti hari ini.

Friday, July 16, 2010

Bukan salahku!

arghhh..sengal betul.Dah sah2 bukan salah aku apasal lak nak sound2 dekat aku?Tak ke itu menyakitkan hati???Orang dah buat bagai dikata dan diarahkan tapi dah sebab masalah ...... yang hampeh tu so dont blame others!!!Paham!?

Orang alin yang buat hal & bagi information macam apa je then nak blame ak lak ker?arghhh...tekanan tol ak rasa.Pergi dekat A cakap macam lain, pergi B cakap lain.Rujuk dekat C cakap kena rujuk dekat D.Korang ingat aku ni bola ke suka2 hati nak main passing2???

Kalau ye pun bagi la information yang clear.Ni tak bila orang tanya jawab macam lain sedangkan pe yang kau jawab tu kau sendiri tak pasti.Menyusahkan hidup aku betul laaaaa!!!!!!

Thursday, July 15, 2010

SARAWAK..kehidupanku bermula kembali! bahagian 2

sekarang mari kita sambung kisah sepanjang Minggu Aluan Pelajar atau seperti yang dikatakan oleh Pengarah Kolej Cempaka dalam kuliah magribnya pada hari Sabtu,3 Julai 2010 iaitu Minggu Aku Penat.hahaha...penat ker?Boleh tahan laa..tak ada la penat sangat macam orientasi di KPMB dulu.Yang ni lebih relax & santai.

Hari Isnin dan Selasa, kami semau dibawa ke fakulti masing-masing.Akhirnya dapat juga aku melawat Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP) yang terletak di kampus timur.Sebenarnya kampus ini merupakan tapak asal UNIMAS sebelum berpindah ke kampus sekarang yang lebih baru dan selesa di kampus barat.Kampus timur hanya menempatkan FEP dan Fakulti Sains Sosial (FSS) memandangkan pembinaan fakulti baru untuk kedua-dua fakulti ini di kampus barat masih lagi dijalankan.FEP kini berada di peringkat akhir dan insyaAllah bakal siap bulan Oktober 2010 dan boleh digunakan semester hadapan.

Maka dengan itu, setiap pelajar FEP dan FSS harus menggunakan bas yang disediakan untuk ke kampus timur jika mereka menetap di kolej kediaman di kampus barat.Kampus timur hanya menempatkan Kolej Seroja dan Kolej Kenanga yang dikhaskan untuk pelajar yang menyertai PALAPES Udara, Darat dan SUKSIS.Konsep kampus timur sangat ,menarik perhatian kerana bercirikan resort.Memang terasa macam pergi tempat peranginan sebab bilik kuliah dibina daripada kayu macam pergi chalet.Dihiasi dengan lanskap menarik serta 3 buah tasik di bahagian hadapan pintu masuk kampus timur.Kafeteria di kampus timur menghadap tasik.

Lebih menarik lagi kerana setiap pelajar dibahagikan mengikut sistem mentor-mentee.Hehehe..nak tau siapa mentorku yang baru?Mentorku adalah Prof Madya Dr Anthony James Wilson atau lebih mesra disapa Dr Tony Wilson.Seorang pensyarah bidang komunikasi perniagaan dan merupakan warga Scotland.Lepas ni memang bertambah mantap la komunikasi diri ini sebab dapat mentor bahagian komunikasi.Kalau semakin banyak saya cakap, jangan marah okeh!

Turut diadakan pertandingan untuk memilih wakil setiap kolej sempena Malam Rumpun Budaya.Memandangkan hanya ada dua kategori dipertandingkan iaitu kategori sidang pleno dan tarian sahaja, maka saya dengan sukarela pilih sidang pleno.Sebab?Nak mengelakkan diri daripada kena menari.TAK NAKKK!!!Baik bercakap daripada kena menari.Saya ni kan sangat keras bab menari.Menyanyi boleh laa..hahahah..

Alhamdulilah saya terpilih untuk mewakili Kolej Cempaka untuk sidang pleno bersama dengan 2 lagi sahabat baru yang sangat baik dan berbakat iaitu Maran dan Becca.Bahasa Melayu mereka sangat mengkagumkan saya serta penyampaian mereka juga sangat baik.Maran seorang yang bijak berkias dan dia menarik perhatian audiens.Sebenarnya masa malam pertama di UNIMAS lagi Maran sudah popular kerana dijemput kehadapan oleh L.O.Semasa sesi saringan wakil kolej, pemenang diberikakan hadiah pasu sarawak.Haiyaaa...macam mana mau bawa balik semenanjung nih?

Untuk sesi saringan antara kolej pula yang berlangsung pada hari Khamis jam 10 malam selepas sesi Majlis Angkat Sumpah, kami telah dibimbing oleh 3 orang wakil debat Kolej Cempaka iaitu Abang Khairi,Abang Jonathan dan Akak Venessa.Masa sesi latihan,saya mengalami tekanan yang amat sangat serta kesakitan yang paling melemahkan.Memang tak boleh nak fokus dan saya memaksa diri untuk bertahan.Akhirnya saya telah diberikan ubat oleh Akak Venessa dan sakit itu berkurangan.Malam itu sangat mendebarkan kerana saingan kami hebat-hebat daripada kolej-kolej lain.Akhirnya kami bersyukur Bunga Cempaka dan Putera Cempaka berjaya ke peringkat akhir.Keseronokkan tidak terhingga dikongsi bersama dengan Abang Jonathan dan Akak Venessa.Sampai lewat malam kami bercerita dan mencari idea untuk peringkat akhir.

Malam Rumpun Budaya yang diadakan pada sebelah malam hari Jumaat telah membautkan pasukan kami sekali lagi berdebar.Harapan sangat diletakkan oleh warga Cempaka ke atas kami.Malam itu hujan turun dengan leabt di UNIMAS.Sejak datang Sarawak, memang saya perasan hujan kerap berlaku dengan tiba-tiba sahaja.Itu lumrah biasa di UNIMAS.Oleh kerana hujan lebat, semua pelajar terpaksa diangkut dengan bas ke Dataran Universiti.Tapi saya,Maran, Abang Jonathan dan Akak Venessa telah diberi keutamaan untuk naik kereta yang dihantar oleh salah seorang L.O yang saya terlupa nama dia.Tapi L.O inilah yang buat lawak masa saya mula-mula mendaftarkan diri di Kolej Cempaka.Siap dipayungkan lagi oleh abang L.O ni.

Masa menunggu belakang pentas, memang tekanan betul.Tiba-tiba terlupa semau teks dan rasa blur.Nasib baik aku ditemani seorang L.O Fezal dan kami ditenangkan.Macam nak pergi perang je rasanya.Sebelum naik pentas, sempat jumpa dengan Ketua Kolej dan diberi nasihat lagi.Tenangkan diri dan jangan takut berhadapan dengan orang ramai.Atas pentas semakin cuak.Dah la kami peserta terakhir.Namun pengacaranya bijak bermain dengan kata-kata sampai terlupa seketika tekanan.Ketika nama aku dipanggil, aku melangkah bagai nak rebah namun ingat pesanan akak Venessa, senyum!!!

Dihadapan lebih 2000 pelajar dan Timbalan Naib Canselor serta warga UNIMAS yang lain, aku memukau semua orang dengan sedikit nyanyian.Ini idea L.O kolej saya sebab dowg asyik tengok saya menyanyi je masa siapkan teks.Walaupun hanya satu sahaja perkataan aku nyanyikan, seluruh dataran universiti terpaku.TAK SEDAP KE AKU NYANYI?hahahaha...lantaklah, yang penting syarahan yang saya sampaikan mendapat perhatian.Giliran Maran pula lebih menggamatkan suasana.Seperti yang dikatakan dia bijak mengambil hati audiens dengan usikannya.Dan lebih membanggakan lagi Maran merupakan satu-satunya pelajar bukan Bumiputera yang mengambil bahagian.Barisan Majlis Perwakilan Pelajar pun tertarik dengan persembahan Maran.

Lepas habis sidang pleno, ada persembahan tarian.Memang terasa berada di Sarawak sebab tarian yang dipersembahkan memang etnik kretif habis.Saya dapat tengok dengan lebih dekat pakaian masyarakat Sarawak.Siap ada yang panjat-panjat lagi.Memang terbaik laa..Walaupun cuma dapat berlatih 2 hari tapi persembahan mereka sangat mantap.

Ketika mahu diumumkan pemenang, pasukan kami sangat berdebar.Saya dengan Maran sudah bersiap di tepi pentas.Sebaik sahaja mereka mengumumkan pemenang tempat kedua aadlaah Kolej Seroja, maka kami di Kolej Cempaka bersorak sakan kerana sah kami juara.Saya terus berlari memeluk akak Venessa dan berpeluk sakan.Abang Jonathan pun sangat gembira.Tak lupa juga buat fasilitator kumpulan Republic Of Cempaka, kak Mei.Bagai nak gila kami semua bersorak.Abang Jonathan cakap kami kena raikan dengan karaoke di K-BOX UNIMAS dan makan dekat Kuching.Hahaha..bile tu???

MAP yang dilalui walaupun memenatkan dan meletihkan namun seronok sebab disinilah bermulanya perkenalan saya dengan rakan sebilik Fatin, rakan sekuliah Jaslina@kaklong dan Mimi serta Cony yang sanagt kurus tinggi macam model.Terima kasih juga untuk semua L.O yang telah bekerja keras sepanjang MAP dan saya tahu kesukaran yang mereka hadapi.Untuk kak Mei,kak Venessa,abang Jonathan,abang Khairi,abang Fezal serta yang telah memberikan sumbangan idea untuk kemenangan CEMPAKA, terima kasih daun keladi,.Budi dan jasa anda dikenang abadi.Maran, walaupun kau kena pindah ke Kolej Seroja atas sebab kehendak kursus kau tapi jangan hentikan usaha menjadi pendebat.

CEMPAKA...AUMMM!! CEMPAKA...AUMMM!!! CEMPAKA...AUMMM,AUMMM,AUMMM!!!

Sunday, July 11, 2010

SARAWAK..kehidupanku bermula kembali! bahagian 1

Akhirnya tarikh 3 Julai yang ditunggu menjelang.Seawal jam 4 pagi satu rumah dah bangun sebab hari ini jam 7.10 pagi aku akan memulakan perjalanan ke SARAWAK..haihh, perasaan masa tu sangat berdebar sebab pergi sendirian tanpa ditemani sesiapa.First time nak naik flight.

Keluar rumah pukul 4.45pagi.Sejuk tak terkata tapi hati sayu sangat2 nak tinggalkan rumah.Yelah sebelum ni, masa hidupku hanyalah dirumah.Sebagai tukang masak profesional.Hahaha..Selamat tinggal rumahku.Bapak pun drive kereta terus ke Penang.Aku hanya mampu berzikir untuk tenangkan perasaan.Sebelum ke airport, kami singgah rumah makcikku Latun.Kemudian kami gerak ke airport.

Masuk airport sejuk giler pepagi nih.Menggeletar rasa satu badan.Lepas dh check-in, tunggu dekat ruang legar domestik.Masa tu hati dah sayu.Bapk bagi tunjuk ajar apa patut aku buat.Tapi otak memang tak dapat nak terima apa-apa.Sedih dah masa tu...

Tepat jam 6.30 pagi, dah kena masuk kaunter pemeriksaan.Masa tu salam ngan bapak.Aku dah menitik air mata.Then bapak lari pergi berdiri belakang didi.Salam ngan mama sampai tak boleh nak lepaskan.Aku genggam tangan mama berharap agar mama dapat halang aku pergi.Memang air mata aku terlalu laju masa tu.Tak peduli dah orang lain.Didi pun muka sedih sebab dia dah hilang kawan baik.Latun pun suruh aku bersabar dan kuatkan semangat.

Lepas masuk kaunter domestik tu untuk check badan, aku masih nampak keluargaku dan aku melambai untuk kali terakhir.Lagi 2 bulan untuk berjumpa mereka.Sedihnyaaa!!!Mampukah aku melakukannya??Aku pasrah dan redha.Andai ini yang ditentukan Yang Maha Esa, pasti ini yang terbaik untukku kerna Dia Maha Mengetahui segala-galanya.

Flight Penang-KL agak mendebarkan.Sebab?Haihh..flight ni kecik sket.Terasa panas.Sesak nafas.May be sebab aku terasa sempit.Turun KL lepak dulu kat waiting area.Seb baik bawak laptop.Sempat online.Haahahaha...Then sempat call mama.Aku nangis lagi.Aku cakap "mama, kakak nak balik".Mama terkejut n mama cakap aku tak boleh buat macam tu.Nanti bapak aku keluarkan ayat keramat dia macam masa aku wat diploma dulu.Mama suruh selawat banyak-banyak.

Flight KL-Kuching lebih lancar.Pramugara pun ok.Hahahha..makan best!!!murtabak ayam nyum2...tapi masa tengah makan tu teringat mama n family.Waaaa, hampir aku menitiskan airmata.Aku tahan.Sebab orang sebelah aku pun dia nak pergi UNIMAS.

Turun je dekat Kuching, warga UNIMAS bersedia di hadapan pintu keluar dengan banner dan kad tertera UNIMAS.Aku jumpa mereka dan maklumkan yang aku takkan naik bas yang disediakan.Sebab adik kawan paklang, kak CT nak tolong hantar aku ke UNIMAS.Thanks kak CT.Even dia keje kul 1.30 aritu masih bermurah hati bantu aku.

Aku mendaftar di kolej kediaman ku.Apa nama kolejku?Hehe..Kolej Cempaka.The best college in UNIMAS.Cempaka adalah kolej terbaru UNIMAS dan kedudukannya adalah di atas kawasan bertanah tinggi.Berhadapan dengan tasik dan paling dekat dengan kebanyakkan fakulti di sebelah barat.Namun fakulti aku di sebelah timur yang terletak kira-kira 5 min menaiki bas.So lebih kurang beberapa kilometer jugak laa.Ni kalau berjalan sudah tentu aku kurus!!!Hahahaha...

Kolej kediamanku berkonsepkan apartment.Setiap apartment ada 5 bilik.2 bilik untuk dihuni seorang pelajar manakala 3 bilik untuk dihuni dua pelajar.Aku dapat bilik dua pelajar dan rakan sebilikku adalah Siti Jahnatul Fatin daripada Sabah.Huhuhu..lepas ni aku kena beljar cakap Sarawak & Sabah jugak laaa...

Lepas sampai bilik, call mama n menangis lagi.Berapa banyak air mata yang dah mengalir pun aku tak tau laaa..takpe, aku meluahkan kesedihan dan tidak menyimpannya.

So, next blog aku ceritakan apa yang terjadi sepanjang Minggu Aluan Pelajar atau menurut Pengarah Kolej Cempaka Minggu Aku Penat.Hahaha..Pengarah kolej aku memang kelakar dan sanagt menyenangkan.