Ampun maaf maaf dipinta sebab dah lama sangat tak update blog.Huwaaa...korang pun tau hidup dekat hostel semester ni kurang best disebabkan oleh wireless depan bilik yang aku banggakan dulu tu meragam la pulak.Memang susah nak update..kena pergi bertamu dekat library macam sekarang ni..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Kembali kepada cerita berkurun lama yang terjadi tentang Konvoi Sarawak sempena cuti pertengahan semester.Kitaorang planning memang sekejap je tapi sangat memuaskan hati bila apa yang dirancang tu dapat dilaksanakan.Mula-mula ingatkan cuma kawan-kawan rapat je yang akan join tapi akhirnya kami berjaya mengumpulkan 19 orang!!!Aku rasa ni adalah konvoi teramai yang pernah aku join.Rombongan sekolah dulu-dulu tu lain yer..
Tapi biasalah dugaan bila nak memulakan perjalanan ni tetap ada.Janji dengan Encik Pemberi Sewa keta pukul 7 pagi.Dok tunggu dia sampai ke pukul 7.40 tak mai2 juga.Hangin2..rupa-rupanya baru bangun tidur.Ada seorang lagi Cik Pemberi Sewa (seorang perempuan) tak angkat telefon langsung bila kami call.Hangin2..Kami sewa 4 buah kereta daripada 3 orang berbeza.Macam-macam hal la di pagi hari..Akhirnya semua masalah selesai dan kami bertolak kelaur dari UNIMAS pukul 8.45 pagi!!!Hangin tak?!Takpe janji dapat bergerak ke destinasi..
Memula pergi rumah kakak salah seorang ahli konvoi sebab kami mintak tolong kakak dia masakkan bihun goreng untuk kami.Kami merancang untuk berkelah dekat air terjun Matang..Maka setelah mengambil bihun, bermulalah pengembaran Sarawak kami.Tempat pertama yang ingin kami tuju ialah Gua Angin.Kaklong ada cerita gua ni bila masuk memang bleh rasa nagin menghembus-hembus ke wajahmu.Ecewahhh..ayat drama aku dah keluar.Sebab tulah namanya Gua Angin.Entah dari mana datangnya angin itu tidaklah dapt dipastikan sebab bayangkanlah dalam gua yang gelap dan kelap rasa angin berhembus.Tak seram ker?
Alangkah sedihnya hati apabila dimaklumkan oleh pegawai yang bertugas di pejabat Gua Angin yang kami tak boleh masuk.Sebab??Gua Angin under maintenance selepas dilanda banjir akibat hujan lebat yang melanda Sarawak.Akibat berpatah hati, Marcel mencadangkan kitaorang gerak ke Gua Pari-pari atau nama omputihnya Fairy Cave.Bila sampai je semua tergamam tanpa kata.Sebab?Sila lihat gambar dibawah.
Nah..ambik kau!Nak sangat kan masuk gua.So nampak menara yang tinggi tu?Nak masuk Fairy Cave kena panjat tangga tu dulu untuk sampai ke muka pintu gua.Dah masuk dalam gua tu pun kena panjat tangga yang tak la tinggi tapi agak sempit juga (muat-muat je aku naik tangga tu).Apa pun lepas dah panjat tu suasana dalam gua tu sangat cantik.Kena tengok dengan mata sendiri baru boleh tau betapa terpegunnya kami dengan ciptaan Allah SWT.
Fairy Cave kami bergerak ke Tasik Biru.Menurut cerita yang disampaikan Marcel, pernah ada sebuah abs terjatuh ke dalam tasik ini.Tapi takde siapa yang selamat.Marcel kata tasik ini mengandungi kandungan asid pe tah yang sangat kuat.Sempatlah pekena sandwich sardin yang dibuat semalam masa gotong royong memasak dekat rumah aku.(kalau budak cempaka baca blog ni sila diam2 je.kang kantoi ngan pengetua rumah aku de barang elektrik terlarang.Pengetua..kitaorang masak skali tu jer)
Lepas dah menggila dengan gambar dekat Tasik Biru kami nak bergerak ke Matang pulak.Kali ni nak ke Matang Wildlife Centre sebab nak tengok orang utan.Dalam perjalanan kami singgah dekat masjid menunaikan solat asar dulu.Dekat Matang Wildlife Centre ni memang boleh nampak orang utan yang lain sket.Muka dia besar okeh.Relax je dia lepak tengok kitaorang datang melawat dia.Ada seekor orang utan tu siap nak try ngorat Aida lagi.Hahah...jangan tersangkut ye Cik Aida.
Jam pun dah pukul 3 petang maka kami pun bergegas nak ke Matang Family Park.Mulanya plan nak ke Kubah Park untuk amndi air terjun dekat situ tapi kami dinasihat oelh pegawai dekat Kubah Park supaya ke Matang Family Park yang terletak dekat bahagian bawah sebab kalau nak ke air terjun Kubah tu kena mendaki 1 jam 30 min!!!Oh tidak..dengan bekalan makanan yang sangat banyak, jangan harap la semua orang rela nak mendaki.Lagipun hari dah petang sangat.Bahaya pulak nanti..
Maka kami melepak makan dan mandi dekat Matang Family Park.Air dia memang sejuk beku macam air.Nasib baik dah makan so ada juga la tenaga kan.Menu kami?Bihun goreng,sosej goreng (aku dengan adik roommate goreng malam sebelum tu), sandwich sardin istimewa (hasil kerja min,mimi,wani n nia),keropok2 tu biasalahkan dengan air berkarbonat sampai 5 botal.Memang terbaik punya!!!
*sorry gambar mandi manda tak dapatlah nak share...