Korang pernah tak fikir tak pasal perangai diri korang yang korang sangatlah alert.Maksud aku alert tu mungkin boleh menjadi satu kepantangan atau ketidak bolehan.Adalah beberapa perangai aku yang membuatkan aku terfikir daripada mana agaknya aku warisi.Perangai yang kadang-kala aku pun rasa annoying.Boleh aku annoying dengan diri sendiri?Ahh..suka hatilah kan..
Aku rasa perangai aku yang paling annoying sampai aku rasa tak boleh nak kawal bila kena berhadapan dengan perangai aku macam ni ialah
aku benci berada dalam lautan manusia.Korang faham kan maksud lautan manusia?Dengan orang yang datang daripada pelbagai tempat, entah kot-kot dia dok ada penyakit-berjangkit ke, kalau hari panas terik berpeluh tu sudah pastilahkan.Memang aku sangat-sangat tak berkenan dan paling benci menyampah bila kena mengharung lautan manusia.Boleh mengakibatkan aku rasa masa tu jugak nak meletup sambil jerit-jerit.Sebab tu masa kawan aku ajak pergi tengok show Sixth Sense dekat UNIMAS semperna Pesta Konvo 2010 aku tak pergi.Bukan aku la nak pergi join dengan manusia yang pelbagai.Baik aku duduk dekat dalam bilik layan citer korea ke jepun ke sambil makan-makan lagi heaven on earth!
Baru-baru ni aku pergi kenduri sedara.Mak aiii..wedding dia dah macam artis popular kawen you all tau!!Siap datang dengan kereta kuda, diiring motor berkuasa besar. Memang kelas la wedding sedara aku ni. Orang yang datang kau tak payah cakap laa..Beratur kereta,motor malah ada bas jugak ok sampai sesaklah sepanjang jalan rumah sedara aku tu.Siap ada RELA kena handle macam polis traffic.Masa tu aku dah mula rasa mood aku akan berubah sebab lautan manusia yang giler ramai.Dan seperti yang aku jangka masa nak ambil makanan, orang punya la berebut.Kalau beratur elok-elok tu aku memang ok je.Tapi sebab ada golongan-golongan yang penting diri, tak menyabar nak ambil lauk dok mai potong line aku tengah dok beratur, kau agak aku boleh bersabar buat bodoh kat situ?Sebelum aku sound orang yang lebih tua daripada aku, aku angkat kaki keluar daripada line beratur dan pergi berdiri jauh daripada line tu.Walau mama dok panggil aku datang beratur tepi dia, aku tak nak!!Aku bukan spesis suka potong line, buat macam orang tak akan dapat makan.Masa tu kalau ada orang ambil gambar aku, memang muka aku paling buruk dah takde makna fotogenik atau fotogedik.Semacam cuka, sepahit peria, sebasi-basinya..Memang aku sangat ketara meluahkan tak puas hati aku dengan ekspresi wajah.Bila dah clear line tu, baru aku pergi dengan hati yang lebih aman, tak ada orang nak potong barisan, boleh pilih lauk dengan lebih aman.Masa ni mama memang annoying dengan perangai aku.Tapi apa daya, aku memang spesis berperangai begitu.Sila terima dengan hati terbuka.
Perangai lain yang aku rasa mungkin boleh dikategorikan sebagai fobia ialah
aku paling benci berada dalam ruang sempit sebab aku rasa tak boleh nak bernafas.Semenjak aku menggunakan kapal terbang ni, semakin menjadi-jadi rasa tak suka ruang sempit.Kau tahu sahajalah daripada Penang nak ke Kuching tu penerbangannya 2 jam.Naik flight yang mempunyai ruang sempit memang buat aku gelisah.Dah la ruang sempit, kan dalam tu orang pun ramai.Lagilah aku tak boleh nak tahan gelodak jiwa.Lepas je flight berlepas terbang dari landasan, aku terus pejam mata tidur!Itu je yang aku boleh buat.Tak pun aku belek-belek dulu magazine yang ada baru aku lelap mata.
Lepas tu sebelum habis semester baru-baru ni, aku buat pertama kalinya pergilah melepak rumah kawan tapi dia berlainan kolej kediaman dengan aku.Bila aku nak guna toilet rumah dia, alamak aku sangatlah terkejut.Ruang untuk toilet dia memang ngam-ngam saiz badan aku!!!Gelisahlah aku dok guna toilet time tu.Aku dah rasa sesak nafas, takut semacam tau.Nasib baiklah apartment aku toiletnya bersaiz lebih besar.Memang style macam dekat rumah.Amanlah sikit aku nak berada lama dalam toilet tu kan.Sangatlah bersyukur aku ditemaptkan di Koleh Cempaka.
Dulu masa muda-muda, ketika umur masih remaja
aku memang kaki minum air Coke bila aku rasa stress yang amat atau otak aku rasa sesak sangat sebab banyak benda yang kena siapkan.Lepas minum Coke kan selalunya kita akan belahak.Itu memang terapi terbaik aku.Aku pernah menghabiskan 1.5 liter Coke botol besar tu sebab aku stress.Hebat tak?Kau pernah buat?Pernah je aku rasa kan.Aku sangatlah mengamalkan cara begini sampailah timbul kesedaran dalam diri apabila usia menjengah 20 lebih aku tak boleh buat macam ni.Badan aku bukan makin muda.Maka sekarang bila aku rasa sesak otak, serabut semacam je life aku, aku minum jus oren!Haaa..kan lebih sihat kan?Peberet jus oren aku ialah jenama Twister.Dapat minum yang tu aku rasa macam hilang segala masalah.
Perangai aku yang boleh dikategori sebagai habit keterbiasaan aku ialah
tidur meniarap.Kalau dekat rumah ni memang aku tidur meniarap.Aku tak tidur menelentang macam biasa kecuali masa-masa aku 'dikunjungi' oleh period, memang aku tidur tegak tak pusing kiri kanan macam tentera kau tau.Sekarang ni aku dah amalkan tidur meniarap dekat UNIMAS.Masa buat diploma dulu, aku tak tidur macam ni pun.Entah kenapa dekat sana aku memang nak tidur macam ni.Dan yang paling korang kena tau perangai aku bila tidur ialah
aku tak tidur atas bantal.Itu perangai aku semenjak dah meningkat dewasa ni.Aku lebih suka tidur ats tilam sahaja.Ataupun peluk bantal boster atau guna 2 biji bantal empat segi yang mama jahit sendiri.Nyenyaklah aku tidur tak sedar diri sampai esok hari.