Pages

Wednesday, May 30, 2012

Gosippsss

Alhamdulillah..dah hampir ke hujung bulan 5 pun.yippy x lama lagi nak balik dah..eh lupa nak say hai2 to my dearest best friend, nani yang dah selamat mendarat lebih seminggu di malaysia ni..ehem2..balik malaysia senyap2..tp xbest la xdpt jumpa kau..eeee...geramnyaaaa!!!saat inilah pintu doraemon itu perlu ada.tak ada ke jurutera yg nk cipta pintu doraemon tu?hehe..sgt gilaaaa..

Mana tak gila..bila dh nak hujung2 semester ni la keje berduyun2..haishhh,sabar jelah mak jemah.Presiden I mulalah nak mintak report kewangan JPK,Presiden I masukkan nama I dalam team database utk merit pelajar,Presiden I buli i dgn letak gmbr lesen I dkt fb..pendek kata Presiden I mmg suka buli Bendahari yang serba blur dan naif ini..muahaha..naif ke??

Alhamdulillah, asgmt cuma tinggal lg 2 je.Oh my..cepatlah tanganku menari2 untuk siapkan kerja tu.I nak fokus dengan exam pulak ni.tapi mampukah nak fokus selagi kerja2 lain tak setel?Pengsan mak jemah!Takpe2, balik cuti nnt I cover la apa yg patut dicover..Lama gila tak tengok drama korea.Running Man pun dah lama tinggal.Eh busy sgtkah hidup ak kebelakangan ini?

Yessss, sgt busy tau sebab bulan May ada Cempaka Fest.I ni kan bendahari..tapi tak rasa macam bendahari pun..dah rasa macam Unit Kaunter Luahan Rasa.Ini akibatnya bila I lagi tua dari exco yang lain.Semuanya datang nak mengadu dgn I.Haduiii..luahan hati I siapa nak dengar?Tak mengapalah..kakak yang baik kena sentiasa ada utk dengar dan support adik2nya.Sebab walau marah macam mana pun,bising macam mana pun or diam macam mana pun I dengan adik2 exco, sy masih care tentang mereka.Sebab we are family!Congrats utk semua event In The Pink Campaign,Rumahku Surgaku,Karnival Sukan Cempaka,Cempaka Grand Bazaar,Dress for Succes, Cheers Tournament,Voice of Unimas,Seminar Perubatan Islam,Deen List VS Dean List, Minggu Apresiasi Islam utk usaha anda selama ini.

Dalam kelam kabut dok sibuk dengan event, kena jugak berperang merebut supervisor utk Final Year Project.Haduiii..dah nak final year ka?ehem2..bulan 9 ni dh third year laaa..Rasa macam baru lagi ada dkt sarawak ni.InsyaAllah setahun yang akan datang aku mahu grad.Aminnnn...Mula-mula memang rasa susah nak cari supervisor.Semua lecturer yang aku jumpa cakap penuh.Kawan-kawan pun cakap dah banyak lecturer penuh.Termasuklah Dr Rossazana, yang aku aim nak jadikan dia supervisor aku.Eh masih igt Puan Rossazana yang ajar Ekonomi masa sem 1 dulu?Now dah jadi Dr ok..mmg nak sgt dia jadi supervisor.Tapi 3 kali pergi bilik dia asyik tak ada sahaja.Maka dengan slumber time kelas Ekonometrik, keluar dari kelas pergi bilik Dr Rossazana.Alhamdulillah dia ada.Punyalah berjela aku terang dekat dia pasal tajuk dalam kepala aku ni.Dia suruh datang petang pukul 2 sebab nak tengok jurnal yang aku baca.Petang datang balik, terus dia terima.Siap dah bagi kerja dah wehhh..Oh syukur alhamdulillah..Maka, kena usaha keras.

Hei how about my dear Mr Sunshine?Hehehe..He's fine la..Still humble,cool and funny like usual.Yelah, kau nak dia berubah macam mana?Eh tapi kan si junior aku Zam tu pergi mengorek rahsia pulak.Haduiii..sudahlah budak ni pergi lepas cakap dah sebelum ni, now korek rahsia pulak.Tapi aku suka jugaklah sebab Zam cakap Mr Sunshine aku ni plan nak keje dkt semenajung after grad nnt.Eh awk nk keje mana?Penang nak?Hehehe..gatal kau Ilah..perasan yang amat..Tak apalah, asal ada dia buat aku senang hati sikit.Tak ada dia rindu menggunung.Ehem2 awak nak daki Kinabalu nanti hati2 ye.Semoga selamat...