Pages

Friday, July 13, 2012

Alkisah Ketiga Agam Minda Siri 2:Santubong

See..Min pn sampai dkt puncak ok..
Kemana sahaja kami tetap berdua..
  I tak pasti tu sungai apa..tapi scenary ni memang terbaik

 Wajah ini berada di puncak Santubong..
I tak tau wajah ini diukir atau hasil pembentukan semulajadi
Tapi buat i terkejut je masa sampai dekat puncak..nasib baik tak melatah
Kalau tak jatuh saham i

 Ini Achis, classmate i yang sentiasa ceria tak kira masa

 Subhanallah..bumi ciptaan Allah SWT itu indah

 Team pendakian..

Hujung tu kira dah tebing la..


 Team Kolej Cempaka di puncak Gunung Santubong

 Ni masa nak turun dah..

 Cantik sekali..

    Fahmy, jurugambar pendakian..
merangkap atlet sukan kolej
teman and support i mendaki

Alkisah Kedua Agam Minda Siri 2:Santubong

    Halluuuuu...ok lepas dah beberapa hari i biar u all semua merasai debaran untuk bahagian kedua (ahhh macam ramai je yg baca blog i), now i hidangkan bahagian kedua program pendakian Gunung Santubong di bawah Program Agam Minda.Eh Agam Minda tu apa?Itu idea presiden i la, Nik Mohd Fazli.Dia kata agam tu macam pergi beriadah.I ni dengar je macam nice jugaklah Agam Minda.Macam bagi orang curious nak tau kan?Itu teknik kalau nak tarik penglibatan pelajar.

    So lepas dah sampai, i selaku ketua ni briefing la sikit.Lepas tu buat regangan atau bahasa jawanya stretching.Pendakian ni kena bergerak mengikut abrisan yang telah ditetapkan dengan pelajar perempuan di bahagian tengah barisan.Ketua pendakian mestilah Azra dgn Achis yang dah pernah mendaki menggunakan trek berkenaan.I dekat mana?Ketua kenalah duduk belakang dgn bendahari i Min,adik manja i Mirul and few others AJK.

    Mula-mula mendaki pun i dah rasa kesemputan.Walaupun sebelum pendakian memang i dah pergi jogging, tapi sebab trek pendakian ni sloping, so kau memang kena berhati-hati.Hehe..dah la beg berat.Tapi kan, sampai dekat satu tempat rest tu, Azra tolong bawakkan.Alahaii kesian Timbalan Pengarah kena buli lagi.Hehehe..tapi lepas tu dia suruh Chandra dgn Jin Ting tolong bwk jugak.Yelah ak bawak 3 botol air mineral besar,siap biskut,tshirt extra,kain sembahyang.Mana tak berat kan?Terima kasih wahai jejaka-jejaka berjasa.

    Tapi pendakian semakin mencabar fizikal dan mental bila dah berjumpa tangga bertali yang pertama.Oh mummy, help me!!!Masa tu aku terfikir Min.Sebab kitaorg dua yang paling besar dalam pendakian.Dah la dowg ni laju kemain mendaki.Excited nak sampai atas la tu kan.Masa sampai dekat mana tah, adik i Mirul tu cakap dia dah tak mampu nak naik.Dia nak turun dengan seorang lagi AJK yang mengalami kekejangan kaki.Min pulak naik ditemani dengan sokongan Presiden JPK Cempaka dan Exco Kebajikan Cempaka, Fatin.Thank you korang teman Min n support dia sampai atas.

    Memang semakin lama semakin mencabar.Tangga bertali semakin membuat aku rasa nak turun bawah semula.Biarlah yang lain je naik.Tapi rasa rugi jugak sebab inilah peluang yang aku ada nak tawan Gunung Santubong.Lagipun bila felo i, Miss Diana cakap pengarah program kenalah sampai puncak, i semangat berkobar-kobar kembali la.Walau rasa seram dengan tangga bertali menegak tu, i redah je.Tangan i memang tak kuat bab memanjat ni.Thank you untuk Dylan jugak yang support i menerusi walkie-talkie.Micheal siap janji nak belanja McD dekat Min kalau dia sampai atas.Pandai korang ye.

    So korang layankan gambar-gambar sepanjang pendakian.Kalau korang rasa tengok gambar pun dah ngeri, inikan kitaorg yang merasa sendiri.Tapi inilah kenangan terbaik.Once in a lifetime la kata orang.
 Awal pendakian..tepi tu tebing tau..kalau jatuh,kau tahu kan apa jadi?
 
See..korang tak percaya ada tebing kan?Berani?

Yang berbaju biru tu felo baru i, Miss Diana Tracy Delim
Walaupun baru,steady je follow kitaorg mendaki gunung
Nanti akan ada story khas pasal Miss Diana

Nampak tak dowg tgh buat apa tu?ye..itu tangga bertali..

Berhenti rehat seketika akibat kepenatan...
Baju coklat kt depan tu Exco Publisiti JPK Cempaka, Nisa

Kepayan mendaki di sebalik batuan apabila hampir tiba ke puncak
Ibarat kepayahan mencari ilmu,perjuangan tetap perlu diteruskan

Baju oren tu Julius, jurugambar i
Tengah beratur nak panjat tangga bertali

I dah kepenatan..dekat sinilah i rasa nak give up dan dekat sinilah i dicabar
Nak tau kenapa?Kejap lagi i tunjuk gambar tangga bertali
*Jejaka sebelah itu bukan team i..pendaki luar..

Amboiii ceria muka Miss D panajt gunung..i love her because she's very positive

Oh ada gambar menarik semasa di awal pendakian..awal-awal daki dah boleh nampak scenery macam ni kan?



Nak tau kan tangga bertali yang buat i hampir-hampir give up tu.Lepas tangga bertali ni, memang i bertambah ingatkan diri i, walau susah macam mana sekalipun,orang kutuk ke,benci ke,cuba nak jatuhkan aku,atau memfitnah aku, ak kena sentiasa hadapi dgn kuat.Sebab itu dugaan..macam daki gunung ni jugaklah..

Taraaaa...


Saturday, July 7, 2012

Alkisah Pertama Agam Minda Siri 2:Santubong

   Assalammualaikum..alahmdulillah dah nak dekat sebulan tinggal blog kan.Yelah memberi ruang dan fokus pada exam serta kemalangan yang menimpa tokwan and tok.Alhamdulillah,semuanya telah kembali kepada normal.Tokwan & tok pun dah getting better.Maka bolehlah hamba meneruskan kisah yang tergantung dalam blog lepas.
   Still igt gmbr tu?Pandai-pandai rujuk gamabr blog lepas.Bila nak kena menceritakan balik kisah program Agam Minda Siri 2:Santubong ni, it will give lots of pressure and nightmares to me actually.Haihh..xpa,org kata itulah kenangan yang akan disimpan.Aku pun tak tahu sejak bila aku gemar aktiviti pendakian ni.Dulu time ada kem apa-apa, memang selalulah meredah hutan kan.Tapi serius aku cakap Gunung Santubong sangatlah mencabar fizikal dan mental.
   Gunung Santubong merupakan salah sebuah gunung yang terletak di negeri Sarawak.Jarak Gunung Santubong dengan UNIMAS hanyalah sejam perjalanan dengan menggunakan bas.Kira taklah jauh sangat kan?Kalau cuaca elok,memang boleh nampak Gunung Santubong ni daripada Kota Samarahan.Eh itu pun aku baru tau yang gunung aku dok nampak tu Gunung Santubong tau.Nasib baiklah ada kawan berasal daripada Sarawak kan?
   Maka idea untuk mendaki Gunung Santubong ni datangnya daripada aku dengan PA tersayang Min.Untuk memastikan aku dapat info sebenar, maka aku telah melantik rakan sekelas, Azra yang dah berpengalaman daki Gunung Santubong ni sebagai Timbalan Pengarah.Segala benda untuk persiapan pendakian dan gambaran trek memang aku rujuk dengan Azra.Kalau siri pertama Agam Minda ke Gunung Gading tu, no hal sebab aku dah biasa daki.Dua kali dah pun pergi Gunung Gading.
   Selepas kertas kerja diluluskan,maka aku pun mula la menggerakkan team aku.Team AJK aku terdiri daripada orang-orang yang sangat aku percaya dan sentiasa memberikan yang terbaik.Most of them is my classmates+adik2 JPK kesayangan aku+few AJK baru yang aku rasa seronok kerja dengan mereka which is Fahmy,Julius,Amar,Ariff,Jabbar..Fahmy tu dah biasa kerja dengan aku masa pergi Gading,sebab tu offer dia pergi Santubong.Yang lain tu memang first time aku kerja dengan diaorang and terima kasih kerana sentiasa support aku.
   Sebelum pergi pun aku berdepan dengan beberapa cabaran.Cabaran pertama untuk menetapan tarikh.Haihh pening kepala la nak tentukan tarikh.Tarikh asal 30 Mac tapi ramai yang cakap ada midterm.Ingatkan peserta,rupa-rupanya AJK aku sekali daaa..Maka aku nak tukar 1 April, hari Ahad.Tapi hari Ahad kan yang beragama Kristian pergi church.So aku da stress sorang ni.Sampai bad mood dgn Min.Bila aku rujuk Azra (sbb dia Kristian..so dia lebih arif), dia pun bagi opinion dia.Akhirnya aku tukar ke tarikh 1 April lepas dah mempertimbangkan segalanya.
   Cabaran kedua masalah cuaca.Masa bulan Mac tu hujan sentiasa mencurah-curah membasahi bumi.Aku ni sentiasalah berdoa semoga janganlah hujan pada hari pendakian.Kalau hujan,aku nak batalkan ke program?Peserta dah bayar duit,makanan dah tempah.Fuhh..tau je la kalau aku ni dah panik, segala benda aku fikir.Selalunya aku ni cepat je ada plan B.Tapi untuk program ni, aku tak ada langsung plan B.Sebab kepala aku memang fikir nak sampai ke puncak Santubong je.
   Cabaran ketiga adalah cabaran paling utama dan hampir terbatal program ni.Kitaorang dah mintak bas seminggu sebelum macam tu.Mula-mula confirm kitaorg dapat bas.Sekali hari Rabu iaitu 3 hari sebelum program, aku dapat tau bas  tak dapat.Arghhh..stress i.Dah la tengah dalam kelas.Kelas habis je,jalan laju-laju balik kolej kediaman & terus pergi ofis.AJK pengangkutan i, Zam dah ada dkt situ.Finally kitaorg decide nak pergi merayu dkt unit pengangkutan.Maka, call Azra untuk suruh dia guna kereta dia bawak kitaorg pergi unit pengangkutan dekat kampus timur UNIMAS.Aku biarkan aku Zam yang turun seorang untuk bincang sebab aku sentiasa percaya dengan AJK aku.Nak2 pulak Zam ni kalau bab merayu, mmg orang kesian.Dia kan Aaron Aziz Cempaka.Lepas 15 minit macam tu, Zam datang.Aku neves je la nak dengar dia cakap.Sekali dia cakap macam ni "Hari Ahad ni semua orang kena turun pukul 5 pagi.Kalau tak Zam yang kena"..Hahaha..legaa..Zam,ayat apa kau bagi dekat pegawai unit pengangkutan tu ha?hehe..
   Maka 1 April tepat jam 5 pagi, para peserta dah mula berkumpul di Dataran Kolej Cempaka.Kitaorg pergi 2 buah bas dan diiringi oleh seorang felo perempuan, Miss Diana Tracy Delim.Tapi sebenarnya pukul 3.30 pagi macam tu aku dah mandi bersiap then turun ke dataran.Pengarah program turun check makanan laa.Nak pulak Min tu jadi bendahari.S dia nak membayar makanan kan.Bila tengok peserta dah sampai,aku lega..Ingatkan tak ada orang nak bangun or risau jugak takut ada yang terlajak tidur.
   Cabaran datang sekali lagi apabila bas yang sepatutnya datang pukul 6pagi, boleh pulak lewat.Haihhh risau dah i tau.Yang datang pulak tu sebuah je.Eh?Lagi sebuah mana?Nak call pakcik bas yang lagi satu tu, ak dimaklumkan pakcik tu tak pakai handphone.Ah sudahhh..pakcik terlajak tidur ke?Pukul 6.30pagi baru pakcik bas satu lagi tu muncul.Fuhh..lega.Rupanya pakcik tu ingat kitaorg nak bertolak pukul 6.30pagi.Eh tersalah info ek pakcik?Takpe..asalkan pakcik datang, i dah lega..Maka Kitaorang pun bergeraklah..Sebelum Sampai dekat tapk permulaan pendakian, berhenti sekejap dekat balai polis bagitau yang kami ni nak memanjat.
    Dah panjang la i celoteh..sambung Alkisah Kedua pulak ok.Tapi u all enjoy dengan gambar-gambar berikut ok?

 Itu dia Gunung Santubong yang mahu ditawan
Masih dalam bas ketika ini..
 Gaya seorang pengarah program
Baju baru,seluar tracksuit baru
Yang dekat tangan tu bukan handphone,itu walkie-talkie

 Taraaa..buktinya
I memang nak daki Gunung Santubong

 Itu trek pendakian kami..kami masuk guna trek ini..



 2 AJK yang sudah bersiap sedia

 Sebahagian daripada peserta + AJK


They are my team members..
Dari kiri:Zam,Fadhil,Wan