Pages

Friday, September 7, 2012

Alkisah Keempat Agam Minda Siri 2:Santubong

Assalammualaikum..walawehhh sudah lama tak menulis.Kisah lalu pun tergantung macam tu shja kan?Almaklumlah, i busy berpuasa.Haippp..ada yang tak puasa ka?Eish..Eh selamat hari raya maaf zahir batin ye.Sangat lambat la i wish kan.Takpa, janji i sentiasa maafkan semua org dan harap orang pun maafkan i.Hehehe..

Meh nak sambung cerita Gunung Santubong yang tergantung hampir 2 bulan tu.Tapi biarlah i cerita ringkas dan padat ye.Taklah bosan nak membaca sebab cerita dah basi kan.Heheh..masa nak turun dari puncak tu, i nak menyatakan bahawa kami semau turun serentak tepat jam 2.00 petang.I, Min,Zam,Azra dengan Achis adalah 5 orang yang terakhir turun.Memang tak ada yang tinggal nak menikmati pemandangan lagi ye.

Nak dijadikan cerita, adalah kejadian tak diingini berlaku.Masa tengah menuruni satu kawasan curam, Azra dengan Achis jalan dekat depan sikit lah.Dowg tak dapat nak tunggu sebab kawasan curam.Dan ketika itu I dah dengar bunyi guruh dan kemudian hujan turun.Ketika inilah 1 tragedi tak diduga berlaku.Min jatuh tergolek dan kaki dia terseliuh.Sebagai kawan yang rapat dengan Min, kau bayangkan kesedihan i masa tu.Tapi tak boleh nangis sebab nanti semua orang lemah.So i dengan Zam ni cuba bantu Min nak berjalan.

Bila sampai dekat 1 tempat, nampaklah orang berbaju hijau jalan ke arah i.I nampak Achis dan inform dia yang Min jatuh.Lepas tu Achis berlari nak amek first aid kit dekat Azra.Boleh pulak time tu Azra datang berpayung dalam hutan.Disebabkan Min cedera, kami jalan slow la nak turun.memang ambil masa yang lama.Kawan-kawan yang dekat bawah pun ada yang dah sampai dan risau kitaorg tak sampai lagi.Akhir sekali, Presiden i buat report minta bantuan untuk membolehkan kami ni turun dengan selamat.Yelah dah malam okeh.Tau pukul berapa sampai dekat tempat permulaan?Lebih kurang pukul 9 la.

Masa dalam hutan tengah tunggu diselamatkan tu, dah dapat call from my felo.Serius i dah rasa bersalah,menyesal.Haiahh..entahlah.Susah nak cerita perasaan masa tu.Dah la kawan baik sendiri cedera.Macam pergi menempah nahas je kan?Takpalah..takdir orang kata.

Dah sampai dekat bawah tu,Min dapat rawatan awal.Kaki dia dah start bengkak.Terus bawak pergi hospital.Dalam ambulans, i dah nangis teruk.Segala tangisan yang ditahan dari dalam hutan tadi, keluar time tu jugak.Dah sampai hospital, kitaorg main lari-lari daripada insan berkamera yang menunggu dekat pintu kecemasan.Hoihh dah macam paparazzi pulak dah.Alhamdulillah Min ok.Scan semua la.Thank you dekat Dylan dengan Mimi yang datang hospital.Dowg dah balik sebab bwk pelajar yang lain.

Tapi yang tak bestnya bila tersebar cerita kurang enak kononnya kami sesat.Dan paling menarik menurut 1 akhbar ni ada 10 pelajar sesat sebab menikmati pemandangan.Hamboiii..sedapnya buat cerita.Dahlah mana ada kau temuramah pun, buat cerita, reka nama student yang konon jadi responden kau ye.Tak pasal-pasal 1 keje haku nak menjawab dengan Admin kolej.Dushh...nasib baik Admin terima penjelasan i.Kalau tak, tak pasal nama i kena black list daripada organize event.Mencik tauuu..

Dah, itu je nak cerita.Kesimpulannya pendakian Gunung Santubong memberikan 1 kenangan untuk diabadikan.At least next time bawak anak ke datang Sarawak, boleh la bagitau "Mama dah pernah sampai puncak Santubong"..Hehehe..