Salah satu cara yang aku paling suka bila nak mencari kekuatan atau mencari diri semula adalah dengan kaedah kembali semula kepada alam.Omputih panggil back to nature gitu.Jadi kita lari kepada alam semula jadi.Kita bukan nak larikan diri daripada tekanan.TAK!Kita nak beri ruang pada diri sendiri untuk bertenang,berfikir dengan lebih waras dan rasional untuk tindakan seterusnya.Aku selalu rasa bila aku dikelilingi alam semula jadi, segala aura negatif,tekanan dan perkara-perkara yang buat aku rasa tak mampu untuk berfikir diserap oleh pepohon yang menghijau.Warna hijau daripada alam sekeliling dikatakan mampu untuk memberikan kesan ketenangan dan mengurangkan stress.
Sebenarnya nak cerita pasal Tree Top Walk Sungai Sedim, tapi terpanjang pula intro.Maka kita pendekkan dengan segera.Semalam, aku dengan kawan-kawan baik aku pergi melawat alam semula jadi.Aku memang teringin sangat nak pergi Tree Top Walk Sungai Sedim tu.Walaupun diri ni sebenarnya seorang yang penakut dengan ketinggian, tapi tiba-tiba sahaja idea tu datang hari Selasa lepas.Rasa macam mimpi bila Najib cakap "Ilah, weekend ni sila free kan masa anda.Kita nak pergi Tree Top Walk".Ehh betul ke?Sehari sebelum tu setelkan dulu hal dengan Alin,esoknya kita pergi mendekatkan diri dengan alam.
Perjalanannya aku rasa mengambil masa sejam lebih kot daripada Sungai Petani.Turun daripada kereta dah boleh dengar aliran deras air sungai.Nasib baik tak merancang nak mandi.Kita cuma rancang nak tengok alam je.Maka mari ke kaunter dapatkan tiket untuk masuk.Ketar-ketar kaki nak pijak jambatan besi tu.Walaupun besi, hati dupdapdupdap tau.Mujur ada rakan berpaut.Kalau jatuh,kita jatuh bersama ya.Hahahaha..mula-mula je rasa macam tu.Tapi lepas tu laju kita catwalk atas jambatan yang disediakan.
Dekat kaunter masuk ada disediakan pameran tentang beberapa maklumat berkenaan Tree Top Walk.Rajinkan diri membaca untuk tambah pengetahuan anda.Ada dimaklumkan untuk menjaga barang berharga anda dengan sebaiknya.Terima kasih Anis sebab tumpangkan barang berharga kami dalam backpack dia.
Tadaaaaa...mempersembahkan jambatan yang bakal dilalui oleh pengunjung Tree Top Walk.Jangan bimbang, tak bergoyang pun.Lainlah kalau korang buat larian pecut atas tu atau dok melompat tetiba,memang bergetar la.Jalan tertib-tertib ya.Nikmati kehijauan disekeliling anda dengan dilatari bunyi aliran air sungai yang deras dan bunyi unggas.Terapi kan mata anda lihat tumbuhan hijau.Perhatikan sekeliling.Apa yang boleh korang belajar dengan alam?
Korang boleh saksikan sendiri aliran deras sungai yang mengalir.Selain daripada korang boleh berjalan atas jambatan dan mandi, ada juga aktiviti lain.Kalau tak salah korang boleh water rafting dekat sini.Katanya jeram yang mencabar disini.Berani cabar diri?Silalah uji jeram di sini.Aku ni berenang pun fail,korang nak suruh redah jeram pulak.Memang taklah..
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
* Jangan lupa untuk singgah jamu mata tengok shawl labuh daripada Sisters2Sisters.Manalah tahu ada yang ingin mendapatkan shawl labuh.Baca entry terkini berkenaan shawl Sisters2Sisters kerana telah ada warna yang kehabisan stok.Andai kata ada yang mahu memilikinya,bolehlah berhubung dengan talian yang tertera.Dapatkan segera dengan harga istimewa daripada kami.