Pages

Friday, August 21, 2009




Biarlah cinta itu hadir dengan izinNya
Tak perlu dipaksa, dicari dengan sepenuh daya
Percayalah pada janji Yang Maha Kuasa
Setiap insan itu telah ditetapkan jodohnya sejak azali lagi

Andai ada yang menyapa hatiku saat ini
Aku mahu diamkan sahaja
Tak perlu aku bercerita pada sesiapa
Sesungguhnya aku berserah pada Yang Maha Mengetahui
Akan seluruh kejadian dan takdir ini
Cintaku milik hakiki Penciptaku...

Usah ditanya lagi segala soalan hati
Kerana jawapannya belum pasti
Aku merendahkan diri pada Ilahi
Saat dia hadir nanti
Biarlah semuanya berakhir dengan kebahagiaan...

No comments:

Post a Comment