Terlalu lama masa yang diambil untuk kembali bercerita
Terlalu banyak rasa yang ingin diluah namun tidak tahu bagaimana mahu dimulakan
Sering kali alasan juga yang aku gunakan...
(APA YANG AKU MERAPU DI ATAS NI?)
Dalam hidup ini semua orang mahu menggembirakan hidup mereka.Siapa pun tak mahu dilanda kesusahan atau berhadapan denagn masalah.Mendambakan hidup yang tenang dan mengikut segala yang dirancangkan adalah sesuatu yang mustahil.Kita hanya merancang namun Allah SWT itu maha mengetahui apa yang terbaik dan akan menguji setiap jalan yang kita tempuhi.Selangkah kita melangkah ke hadapan, kenalah persiapkan diri menghadapi sepuluh dugaan.Itulah kehidupan.
Namun, ada masanya dalam hidup ini akan sampai waktu atau keadaan yang memerlukan kita berkata TIDAK.Persoalannya berapa ramai yang sanggup berkata TIDAK?Bukankah perkataan TIDAK ini akan mengundang kecewa?Kalau TIDAK untuk perkara yang negatif, adalah diterima akal.Namun, berkata TIDAK pada perkara yang membawa kebaikan, bagaimana?Berkata TIDAK itu terlalu sukar
SITUASI 1
Bayangkan orang yang paling rapat dengan anda meminta pertolongan anda untuk menyelesaikan satu tugasan bagi pihaknya.Selalunya situasi ini berlaku dalam kerja berkumpulan macam di pejabat mahupun tugasan akademik.Anda akan terima permintaannya itu dengan rasa senang hati jika anda mempunyai kelapangan untuk menyelesaikannya.Anda tidak akan merungut jika anda tidak mempunyai bebanan lain yang harus difikirkan.Apa yang harus anda lakukan sekiranya anda mahu menolak permintaan itu disebabkan anda sudah mempunyai kerja anda sendiri.Perkataan tidak akan mengecewakan permintaan tadi.Malah mungkin anda akan dicop sebagai seorang yang sukar untuk membantu.Lebih hebat lagi andai anda sendiri akan diburu rasa bersalah kerana berkata TIDAK kepada orang yang paling rapat dengan anda.Kalau melakukannya juga, pasti kita akan berubah mood kerana kerja kita semakin bertambah.Demi nak menjaga hati orang yang rapat dengan kita, hati kita terpaksa dikorbankan.Sungguh di dalam dilema apabila situasi ini berlaku.Berkata TIDAK itu terlalu sukar!
SITUASI 2
Secara tiba-tiba salah seorang rakan anda meluahkan perasaan sukanya terhadap anda.Kira madah-madah cintanya yang selama ini dipendamkan terhadap anda.Tak ke kalut rasanya?Sesak nafas pun ada kan?Anda menganggap orang yang meluahkan perasaan ini tidak lebih daripada seorang kawan tapi yang terjadi ini benar-benar membuatkan anda kurang selesa.Bagaimana mahu menjelaskan keadaan perasaan anda padanya sekaligus menyatakan yang anda hanya mahu berkawan dengannya dan tidak mahu persahabatan itu lebih daripada itu?Alasan apa yang harus anda hidangkan agar dia menyakini dengan ketidakmahuan anda?Mengecewakan hati orang yang menaruh perasaan terhadap diri anda akan menambahkan lagi kesengsaraan sebenarnya.Ada kalanya hubungan persahabatan yang baik antara anda dan si dia akan terjejas semata-mata kerana penolakkan anda.Maka, haruskah anda menerima lamaran cinta darinya sedangangkan sebenarnya anda tidak rela?Berkata TIDAK itu terlalu sukar!
SITUASI 3
Pastinya ada dikalangan kita yang telah diaturkan arah hidupnya semenjak daripada kecil.Saya punya cerita yang pernah diceritakan oleh seseorang kepada saya tentang seorang sahabatnya.Hidup sahabatnya ini telah diatur oleh keluarganya.Ya, setiap keluarga terutama ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.Maka insan ini hanya menurut tanpa sebarang bangkangan daripada dirinya.Kerana baginya patuh terhadap permintaan ibubapa itu adalah satu kemestian baginya.Saya puji sikap insan ini yang mengutamakan kebahagiaan kedua orang tuanya.Insan ini menyambung pengajiannya dalam bidang perubatan kerana pilihan ibubapanya sedangkan nalurinya sangat mendambakan keinginan menjadi pendidik.Insan ini tetap menurut permintaan ibubapa dan akhirnya dia tamat belajar sebagai seorang doktor.Namun, akhirnya saya mengetahui dia kini menjadi seorang guru seperti yang diinginkannya.Saya terkejut kerana menyangka dia kana menjadi doktor.Saya cuba membayangkan apa yang telah menguatkan diri insan ini hingga dia berani berkata TIDAK dan mengejar impiannya setelah menunaikan harapan ibubapanya.
No comments:
Post a Comment