Pages

Wednesday, October 5, 2011

Drama terhebat..

Alhamdulillah akhirnya sampai juga mood aku nak menulis blog.Yelah sebab apartment aku yang abru ni tak dapat wi-fi free kolej.So terpaksalah aku tunggu masa aku free untuk keluar beli broadband.Sekarang, baru rasa dapat bernafas dengan sempurna.

Oh last post aku ada bagitau yang aku berdebar,sedih & macam-macam perasaan kan?Selalunya taklah teruk sangat macam akur asa malam terakhir tu.Rupa-rupanya memang ada sesuatu nak terjadi dan benar-benar menduga kesabaran.Sampai aku rasa nak mengamuk je dekat airport.Kan ke malam last tu aku tak tidur langsung.Memang mood aku macam bursa saham menjunam dengan teruknya.Kau buat aku tension, memang parah la kena sembur.

Nak dijadikan cerita penerbangan aku bersama syarikat tambang murah tu dijadualkan pada pukul 7.10 pagi..tapi bila masuk dalam kapal terbang, kapten bertugas buat pengunguman yang ada masalah sikit dengan kapal terbang so penerbangan terpaksa delay & kena check kerosakkan..Lepas sejam kerosakkan diperiksa, lebih kurang pukul 8.15 macam tu kami pun berlepas la.Nak dijadikan cerita, baru 5-10 minit berada diudara, kapten sekali lagi buat pengunguman yang kami terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang sebab masalah kerosakkan tu masih lagi ada.Okeh fine..time ni memang aku cuak gila!!!Siap dah mengucap panjang dengan member aku, Aida.

Bila kami mendarat, kami diarahkan supaya masuk kedalam terminal kembali dan tunggu arahan selanjutnya.Kami dimaklumkan bahawa itu kena dibaiki dulu sebab sistem hidraulik ke apa tah ada masalah.So melepaklah kami dekat terminal tu.Time ni pihak mereka katakan akan ganti dengan pesawat daripada KL dan kami akan berlepas jam 11.20 pagi.Okeh..tunggulah dengan perasaan bercampur baur.Time ni dah mesej mama cakap flight delay dan kena tunggu pukul 11.20 pulak untuk flight ganti.

Pukul 11.20 pagi, kami pun dibenarkan untuk naik pesawat kembali tapi alangkah kecewanya kami apabila kami kena menaiki pesawat yang sama kembali dan bukannya pesawat ganti seperti yang dikatakan.Sebelum naik, kapten penerbangan tadi ada menunggu kami dekat tangga.Aku sempatlah berborak dan bertanya dengan dia.Dia akta flight tu dah ok & kami boleh terbang.Dalam pesawat, kami diagihkan sebiji burger McChicken dengan air mineral.Elok je aku habis makan burger tu, kapten tu baut pengunguman bahawa pesawat tu tak boleh terbang juga sebab masalah tu tak dapat diatasi.Ahhhh..masa ni aku rasa nak mengamuk betul-betul tau.Kami kena turun ke terminal kembali,angkut beg semua.Bagasi dalam perut kapal pun dikeluarkan.Akhirnya penerbangan tu dibatalkan dan pihak mereka memberi cara lain iaitu kami ambil flight transit Penang-KL-Kuching.Kami terpaksa ambil bagasi yang berat-berat tu dan keluar ke tingkat atas kembali untuk urusan penukaran tiket.

Masalahnya, berapa bukan semua orang boleh terbang pada petang tu sebab yelah mestilah tinggal beberapa seat sahaja.Aku menyirap tahap max, call mama bagitau flight cancel.Mama & bapak yang dah ada dekat rumah, terpaksa kembali ke Penang.Dekat kaunter sales syarikat penerbangan tu memang dah kecoh sebab ramai yang tak paus hati tak dapat tiket transit.Ada yang dicadangkan balik hari sabtu.KAU GILA KE HAPE NI????Bila parents aku dah sampai, bapak aku relax lagi.Yelah, bapak aku mana boleh cemas-cemas,marah-marah.Kang dia penat balik..Mama aku je tengah tension bersama aku dekat kaunter tu.Last-last bapak aku direct je gi kaunter join orang lain sound.Barulah time tu dowg cakap akan sediakan flight khas malam ni pukul 8.55 dan semua orang boleh night flight tu.Aku dah mesej member-member dekat Sarawak & inform dowg aku masih tersadai dekat airport Penang.

Buk bak buk bak..lepas makan solat, pukul 8malam aku check-in untuk kali keduanya.Dalam gate 14 tu memang dah ramai yang menunggu & suasana pun macam pelarian jugaklah.Pihak mereka sediakan 1 set McChicken tanpa fries tapi dengan air coke.Ok fine..amek hati ke?Aku mula rasa pelik bila tengok jam dah pukul 8.45 tapi kitaorg tak disuruh beratur lagi.So salah seorang penumpang ni tanya la dekat akak kaunter tu bila boleh masuk, dia akta kejap lagi.Elok je 10 minit macam tu, dengar pengunguman suruh kami ke gate no 12 sebab penerbangan kami DIBATALKAN!!!OH DANGGGG!!!APAKAH INI?GILA BETUL...

Masa ni memang semua orang dah hangin.Mana taknya daripada pepagi hari kami sampai kat airport, macam-macam janji yang ditabur oleh pihak berkenaan dan akhirnya kau senang-senang je cakap batalkan penerbangan sebab tak ada flight dengan cabin crew.Helllo..petang tadi kau yang beria-ria berjanji kan malam ni ada flight?Now what the hell laaaa wehhh??Aku memang hilang sabar terus call mama n korang tau apa mama aku buat.Mama aku menjerit terkejut.Bapak aku cakap okeh xpe..sekarang jugak bapak aku panggil reporter.Aku rasa sejam lebih juga kami bertikam lidah, suasana panas je, polis siap turun,3 orang pekerja company tu memang kena sound.Ada sorang laki ni berjiwa lembut sikit.Dia kena sound depan-depan muka n aku napak dia dah bergenang air mata.Terus dia lari keluar dan aku tak nampak dia dah.Aku pulak boleh teremosi dengan pegawai syarikat tu sampai nangis-nangis.Wa memang dah tak tahan der.Wa dah letih tunggu & dengar janji-janji manismu itu.Ahhh..menyampah seyh!!!

Pihak mereka sediakan penginapan dekat Citybayview Hotel.Kalau dia bagi hotel syarikat dia tu, memang wa sembur cukup-cukup.Dan sekali lagi mereka berjanji akan bawa kami terbang esok, pukul 7.10pagi...Okeh janji lagi weh!!!Masa ni memang aku berdoa ajelah moga janji ditepati kalau ta memang aku hangin lagi laa..Masa keluar nak ke bas yang nak bawak kami ke hotel tu, reporter yang bapak aku call dah menunggu.Artis pulak aku rasa masa tu bila keluar daripada arrival kena amek gambar kan.Hehehe...

Alhamdulilah..esok paginya aku dapat terbang kembali ke Kuching dan tiba jam 9 lebih juga.Terus amek teksi balik hostel sebab nak setelkan hal-hal lain lagi.Kan dah tertangguh plan kerja aku.Haihhhh..hangin je wa der!!!



Aku capture gambar ni daripada dalam pesawat masa kami delay pukul 7.10 pagi


Muka redha tunggu flight pukul 11.20 pagi...

No comments:

Post a Comment