Tuesday, February 21, 2012
Pulang Kembali
Assalammualaikum.. insyaAllah pagi ini tepat jam 7am aku akn terbang kembali ke tmpt aku menuntut ilmu.Tiap kali kena balik sana memang hati sangat pilu.Mana ada orang suka tinggal rumah kn?Sejauh mana kita berlari,rumahlah tempat kita kembali.Bukan semata-mata kerana keselesaan tapi kerana kasih sayang dan kenangan yang memenuhi setiap pelusuk rumah.Kita jadi diri sendiri dan keluarga sentiasa terima kita seadanya.Sebab tu RUMAHKU SYURGAKU...
Thursday, February 16, 2012
Debat Diraja 2012
USM sebagai pihak kerajaan di sebelah kiri manakala barisan jejaka UM sebagai pembangkang di sebelah kanan..pendebat UM semuanya pelajar undang-undang.
Pasukan Debat UNIMAS..semuanya pelajar sains..
Alhamdulillah..Debat Diraja 2012 telah berakhir.Semua pemenang setiap kategori telah pun diketahui.Semalam adalah hari terakhir pertandingan dan malam tu selepas majlis aku balik rumah.Hehehe..rumah dah dekat dengan Penang, takkan nak tunggu lagi kan?Tahniah keapda semua pemenang..
Bahasa Melayu Utama
Johan:UM
Naib Johan:USM
Bahasa Melayu Muda
Johan:UMP
Naib Johan:UKM
Bahasa Arab
Johan:UIAM
Naib Johan:USIM
Kategori Bahasa Inggeris kalau tak salah di ungguli oleh pasukan daripada UiTM untuk kedua-dua kategori Utama dan Muda.Tak berapa nak pasti sangat sebab kategori Bahasa Inggeris dilangsungkan di USM kampus Nibong Tebal.
Walaupun aku hanyalah pendebat simpanan, namun banyak sangat perkara lain yang aku pelajari sepanjang debat ini dilangsungkan.InsyaAllah apa yang telah aku pelajari akan digunakan untuk membentuk pasukan debat Cempaka dan debat UNIMAS apabila pulang nanti.Kami mahu nama UNIMAS terus digeruni memandangkan kali ini prestasi pasukan debat UNIMAS semakin meningkat naik.
Walaupun aku tak lah hebat dan ramai lagi otai-otai debat UNIMAS, namun aku mahu kongsi apa yang aku miliki dan aku pelajari dengan bakal pendebat UNIMAS.Pendebat tidak semestinya mempunyai hujah yang mantap sahaja malah harus bijak untuk memanipulasi pihak lawan.Itu kunci utama.
Thursday, February 9, 2012
Panggilan Misteri..
Hari last Januari aku dapat satu panggilan daripada nombor yang tak dikenali.Lebih kurang nombor msiteri.Tapi bila tengok nombor tu macam nombor daripada Sarawak.Hahaha..misteri lah sangat.Okeh orang Sarawak yang nak call aku hanyalah UNIMAS atau Kaklong aku jer.
Dan tepatlah jangkaan aku bahawa yang telefon aku tengahari tu ialah salah seorang pegawai UNIMAS.Korang tau kenapa?Pegawai tu inform dengan aku bahawa nama aku telah dimasukkan dalam senarai pembahas untuk Debat Diraja IPT yang bakal berlangsung dekat USM..maka beliau bertanya jiak aku bersetuju atau tidak.Alahaiii sape yang bagi nama aku ni?Barulah aku ingat peristiwa terserempak dengan Aidil, Presiden De'Orator UNIMAS sebelum cuti haritu.Dia pesan suruh bawa balik kasut hitam sebab dah hantar nama aku untuk masuk pasukan debat UNIMAS.Ahhh pengsan wa der!!Wa tak hebat lah..
Rupa-rupanya dalang kepada pemberian nama aku tu ialah si Kery.Ciss..akhirnya terpaksa aku korbankan masa cuti untuk luangkan masa membaca serta cancel program aku ke Kelantan.Tak ke sadis tu?Alamakk..apa aku nak bidas nanti ni?Aku tak de pengalaman la wakil untuk debat diraja.Boleh terdiam aku nanti.Oh tidakkkkk...jangan memalukan diri.Tidak bolehkah aku belajar daripada mula?Sudah terlambat bak kata Kery..
Now hari-hari Kery post dekat wall FB info yang aku perlu tau,kena baca dan wajib ambil tahu.Paksa aku yang agak malas bab membaca time cuti ni untuk cari seberapa banyak fakta.Suka tak suka, aku redha lagi pasrah baca jelah senah oiii..Sebab masih teringat TNC Prof Dr Fadzil masa final Debat Piala TNC UNIMAS bahawa beliau nak tengok pendebat-pendebat UNIMAS berada di peringkat akhir dan muncul JUARA.Huhuhu..berat punya kerja ni..Aku tak mahu menjanjikan kemenangan sebab lawan semua hebat-hebat.Cuma aku nak bagi yang terbaik sahaja.Biarlah orang cakap walaupun aku sertai debat ni pertama kali, tapi aku mampu pikul tanggungjawab yang diberi.
Setakat ni aku langsung tak bersedia mental mahupun fizikal.Sebab otak aku sangatlah blank!!!Bila dah ada dalam situasi tu, barulah aku mampu berfikir dengan lebih rasional apa yang patut aku buat.Aku kan manusia yang suka last minute kalau bab-bab yang macam ni.Rancang awal-awal nanti aku tak boleh dapat suspens game yang bakal aku sertai.Muahaha...
InsyaAllah nanti aku cerita kisah perjalanan Debat Diraja IPT tu ye.Doakan kami...

Subscribe to:
Posts (Atom)