Pages

Thursday, February 16, 2012

Debat Diraja 2012

Pasukan Debat Bahasa Melayu Utama UM dijulang sebagai johan

Persembahan Boria USM

Kumpulan Mamu berjenaka sebelum persembahan boria..sakit perut dok bergelak

USM sebagai pihak kerajaan di sebelah kiri manakala barisan jejaka UM sebagai pembangkang di sebelah kanan..pendebat UM semuanya pelajar undang-undang.


Pasukan Debat UNIMAS..semuanya pelajar sains..

Alhamdulillah..Debat Diraja 2012 telah berakhir.Semua pemenang setiap kategori telah pun diketahui.Semalam adalah hari terakhir pertandingan dan malam tu selepas majlis aku balik rumah.Hehehe..rumah dah dekat dengan Penang, takkan nak tunggu lagi kan?Tahniah keapda semua pemenang..

Bahasa Melayu Utama
Johan:UM
Naib Johan:USM

Bahasa Melayu Muda
Johan:UMP
Naib Johan:UKM

Bahasa Arab
Johan:UIAM
Naib Johan:USIM

Kategori Bahasa Inggeris kalau tak salah di ungguli oleh pasukan daripada UiTM untuk kedua-dua kategori Utama dan Muda.Tak berapa nak pasti sangat sebab kategori Bahasa Inggeris dilangsungkan di USM kampus Nibong Tebal.

Walaupun aku hanyalah pendebat simpanan, namun banyak sangat perkara lain yang aku pelajari sepanjang debat ini dilangsungkan.InsyaAllah apa yang telah aku pelajari akan digunakan untuk membentuk pasukan debat Cempaka dan debat UNIMAS apabila pulang nanti.Kami mahu nama UNIMAS terus digeruni memandangkan kali ini prestasi pasukan debat UNIMAS semakin meningkat naik.

Walaupun aku tak lah hebat dan ramai lagi otai-otai debat UNIMAS, namun aku mahu kongsi apa yang aku miliki dan aku pelajari dengan bakal pendebat UNIMAS.Pendebat tidak semestinya mempunyai hujah yang mantap sahaja malah harus bijak untuk memanipulasi pihak lawan.Itu kunci utama.

2 comments: