Pages

Monday, March 19, 2012

Meroyan..

Kalau kita bagus jangan meroyan macam orang tak berpelajaran
Kalau kita hebat jangan kecoh macam orang tiada pedoman
Kalau kita kebal jangan melatah bila diberi kritikan
Kalau kita pemimpin jangan angkuh dan bangga diri
Kalau kita banyak pengalaman jangan kedekut berkongsi
Kalau kita rasa sempurna sila kembali kepada fitrah manusia

Apa fitrah manusia?

Manusia itu sentiasa lalai bila tidak diingatkan
Manusia itu sentiasa lupa bila tidak diingatkan
Manusia itu sentiasa leka bila tidak diingatkan
Manusia itu sentiasa alpa bila tidak diingatkan
Maka...
Sentiasalah mengingatkan
Sentiasalah menasihatkan
Sentiasalah bersabar
Sentiasalah tenang
Jangan sekali..
Meroyan macam orang tidak berpelajaran..
Sedih!!!

No comments:

Post a Comment