Pages

Monday, August 26, 2013

Sehingga Akhir Nafas Ini..

*Dah lama tak menulis puisi..aku bukan seorang yang hebat.Aku usaha tulis untuk mengenang kawan-kawan baik dari sekolah sampai zaman universiti yang aku anggap adik-beradik sendiri.Kalau aku sayang kau, aku sayang sampai bila-bila.


Saat aku coret bait-bait indah jadi kalam 
Untuk tatapan bersama kemudian hari
Cuba mencari definisi yang sahih untuk sebuah tujuan
Ada jawapan yang tak mampu dinafikan
Membenarkan ia membina sebuah ukhwah
Dalam sedar mahupun tidak

Dari arah mana pun kau datang
Jalan hidup ini tidak pernah sunyi
 Pengalaman telah mendewasakan pemikiran
Namun tingkah masih manja dan tenang
Biar mereka yang lain bicara tentang perbezaan
Kita senang lihat sudut persamaan

Metafora apa yang diguna
Untuk jadi perlambangan sebuah persahabatan
Mungkin tak sehebat keriuhan yang dilalui
Abstrak lukisan atas kanvas hidup
Satu nilai tiada bandingnya
Ku syukuri atas kurniaan tanpa bernokhtah

Berdiri dan jatuh tak pernah ada rasa gentar
Sebab selalu rasa yakin
Aku tak pernah sendiri
Selagi Allah SWT masih ada
Yang akan terus memelihara hubungan ini
Wujud diri ini akan terus melangkah
Bersama mereka yang sudi memberikan ruang
Berkongsi nikmat hidup 
Sehingga akhir nafas ini

I'M BACKKKK!!!

Salam..perghhh berkurun lama kutinggalkan ruang ini.Baru kini ada masa mahu menjengah seketika.Banyak kisah yang terjadi sepanjang 7 bulan yang lalu.Ada yang buat aku ketawa, ada yg buat aku menangis menahan marah.Mahu dikongsikan disini tapi macam asyik cari alasan tak nak update je.hehehehe..

So boleh tak nak buat ringkasan secara keseluruhan sahaja?Sebab kalau nak recap semuanya, aku kena hadap menulis tanpa lena la jawabnya.Tapi tak pe banyak gambar dalam simpanan.Mana yang aku rasa nak kongsi cerita nnt ak kongsikan ye.

Cuma ak nak minta doakan semoga perjalanan hidup aku selepas ini lebih baik.Yang sebelum ini dan sekarang mmg dah baik.Cuma selepas ini banyak liku-liku kehidupan harus aku hadapi.Aku boleh dikira dah habis tempoh pengajian.Now tunggu keputusan untuk grad sahaja.Semoga dapatlah aku grad bulan Nov nnt dan bawak family aku terbang ke Kuching jugak.

Lepas ni aku akan cuba untuk update.Walau tak ada yang membaca tapi itu lebih baik.Privasi sket..kononnyaaa..hahhaaha...

Untuk semua yang sentiasa ada untuk diri ini sama ada deakt mahupun jauh dimata, I LOVE YOU!