Pages

Monday, August 26, 2013

Sehingga Akhir Nafas Ini..

*Dah lama tak menulis puisi..aku bukan seorang yang hebat.Aku usaha tulis untuk mengenang kawan-kawan baik dari sekolah sampai zaman universiti yang aku anggap adik-beradik sendiri.Kalau aku sayang kau, aku sayang sampai bila-bila.


Saat aku coret bait-bait indah jadi kalam 
Untuk tatapan bersama kemudian hari
Cuba mencari definisi yang sahih untuk sebuah tujuan
Ada jawapan yang tak mampu dinafikan
Membenarkan ia membina sebuah ukhwah
Dalam sedar mahupun tidak

Dari arah mana pun kau datang
Jalan hidup ini tidak pernah sunyi
 Pengalaman telah mendewasakan pemikiran
Namun tingkah masih manja dan tenang
Biar mereka yang lain bicara tentang perbezaan
Kita senang lihat sudut persamaan

Metafora apa yang diguna
Untuk jadi perlambangan sebuah persahabatan
Mungkin tak sehebat keriuhan yang dilalui
Abstrak lukisan atas kanvas hidup
Satu nilai tiada bandingnya
Ku syukuri atas kurniaan tanpa bernokhtah

Berdiri dan jatuh tak pernah ada rasa gentar
Sebab selalu rasa yakin
Aku tak pernah sendiri
Selagi Allah SWT masih ada
Yang akan terus memelihara hubungan ini
Wujud diri ini akan terus melangkah
Bersama mereka yang sudi memberikan ruang
Berkongsi nikmat hidup 
Sehingga akhir nafas ini

No comments:

Post a Comment