Pages

Thursday, January 2, 2014

Inspirasi motivasi

          Bila aku dah nekad nak kurangkan berat September lepas, aku rasa aku perlukan motivasi.Aku perlukan dorongan dan kekuatan dalam diri sendiri yang aku mesti lakukannya.Sebab aku tak nak berkobar-kobar pada awalnya tapi nanti sampai satu tahap bila aku rasa bosan, aku tinggalkan apa yang aku nekad usahakan.Dengan kecanggihan teknologi harini aku banyak menghabiskan masa dengan membaca artikel-artikel berkaitan kesihatan,mengurangkan berat,risiko penyakit,apa yang patut dibuat untuk jalani kehidupan yang lebih baik.

          Daripada apa yang aku baca, barulah terbuka minda aku dengan banyak perkara.Mungkin sebab itu orang selalu cakap membaca jambatan ilmu.Kira macam buat research jugaklah.Itu ini aku baca pasal kecergasan,pasal pemakanan sihat,pasal pengurangan berat.Alhamdulillah, semangat aku mula terbina disitu.Sebab aku ni jenis penakut sebenarnya.Heiii aku baca pasal risiko penyakit segala bagai tu korang ingat aku boleh ok ke?Tahun lepas kena amek darah untuk ujian pn aku punya takut sampai kakak kt lab tu terpaksa sembang-sembang dan tenangkan aku.Nampak tak ak ni harap badan besar tapi hati sangat kecik?Hehehheeh..

          Motivasi aku semakin meningkat bila aku tengok rancangan Extreme Makeover Weight Loss Edition(EMWLE).Rancangan ni memang truly inspiring la aku cakap.Biggest Loser pun aku tengok tapi bila tengok EMWLE ni memang bagi kesan mendalam buat aku.Tengok Biggest Loser aku tak nangis tapi EMWLE ni memang berjujuran air mata la.Tiap episod dia memang tunjuk kesungguhan peserta nak capai keinginan mereka dalam tempoh setahun.Dari situ aku dah belajar untuk bersabar kalau nak capai cita-cita.Bagi diri aku tempoh setahun untuk berusaha.Walaupun dalam rancangan tu peserta tu akan jalani pembedahan sebab nak buang lebihan kulit,tapi aku memang kagum la bila mereka berusaha keras.

          Paling sentuh hati EMWLE Season 2 Episode 1!!!Yang ni memang memotivasikan aku sangat-sangat sebab Tony,peserta untuk episod tu memang pejuang untuk diri dia.Dia tau apa dia nak capai walaupun dia banyak kali diuji.Dia jadi homeless,tunang dia tak support dia untuk jadi lebih sihat,anak lelaki dia yang kurang keupayaan meninggal dunia dalam pada dia berusaha nak kurangkan berat,dia tak kisah bila jadikan kereta dia sebagai rumah.Dia tetap dengan rutin untuk lari dan lari dan lari.Masa dia pi untuk majlis memperingati anak lelaki dia kut baru dia bagitau bekas isteri dia dan anak lelaki dia yang sorang lagi bahawa dia homeless tapi dia akan berusaha untuk bangkit semula.Nasib baik dia jumpa kekasih baru yang memahami dan menyokong.Bekas isteri dan anak lelaki yang sorang tu pn tetap sokong dia.Memang aku menangis tak terkata la.Dan ada juga episod peserta dia kurang keupayaan tangan tapi still fight.

          Background dekat skrin laptop pun aku selalu tukar dengan perkara yang boleh meningkatkan motivasi aku.Tiap kali tengok aku sebenarnya meyakinkan diri sendiri.Orang lain memang akan bagi sokongan tapi kalau diri sendiri tak percaya dan tak nak usaha,susah juga tu.Aku nak latih otak ni untuk percaya yang insyaAllah one day aku nak ada BMI yang normal.Bila otak dah percaya yang aku mampu secara automatiknya otak akan hantar mesej kepada bahagian-bahagian badan yang lain.Kan?Perkara positif ransang minda untuk positif.Haaaaa..dah macam penceramah motivasi pulak.Doakan motivasi semakin berterusan.

          Thank you Mr Google and others for your truly inspiring images!


 Tiap kali pergi jogging,aku selalu bagitau diri aku mungkin aku tak sehebat orang lain boleh lari laju tapi sekurang-kurangnya aku berlari lebih laju daripada orang yang duduk saja tapi komplen itu ini,kritik itu ini pandai pulak.

 Yang ni aku suka sebab aku tengah mencari kasut baru.Sekali terserempak yang ni.Fulamakkkk cun la warna dia kan.Kata-kata inspirasi dia tu kira pakej lengkap dengan warna kasut yang cun tu.Ahhh aku dah mula suka warna-warna begini.

 Ni pun aku suka sebab aku percaya semua orang sama.Semua orang bagus,semua orang hebat,semua orang cantik,semua orang kacak,semua orang kuat.Yang bezanya cuma sama ada macam mana kita nak buktikan yang kita bagus,hebat,cantik,kacak,kuat.Usaha tu penting.Kalau setakat berharap je tak mampulah.

Currently this is my new background for my laptop.

Semangat 2014

Alhamdulillah...berakhir sudah 2013 dan kini semua seronok sambut 2014.Aku tak teruja sangat masuk tahun baru sebab fikir cabaran yang akan dihadapi.Rasa berdebar-debar nak tunggu apa cabaran untuk tahun ni.Lagi rasa berdebar sebab umur semakin bertambah la.Debaran semakin kencang sebab berusaha nak cari pekerjaan yang halal.Sekarang ni persaingan memang banyak.Kena bijak atur strategi.

Bercakap pasal tahun baru, teringat la pemikiran aku masa zaman kecik dulu.Dulu tiap kali malam nak sambut tahun baru je,aku akan rasa macam dunia ni bertukar.Macam ada magician yang bagi warna nampak lebih terang,aku boleh bernafas udara yang baru,pastu semua benda nampak lebih canggih.Jangan tak tau masa nak sambut tahun 2000 dlu tu, kan ke semua orang cakap zaman millennium,alaf baru la.Korang tau apa aku bayang masa malam tahun baru tu?Aku bayang nanti 1 dunia ni travel merentas masa.Masuk dalam 1 gerbang khas macam dalam citer doraemon tu.Tapi doraemon dia masuk melalui laci.Aku punya bayangan masuk melalui gerbang.Macam dalam filem-filem selalu tunjuk tu.Imaginasi aku memang terlampau kreatif sangat masa ni aku rasa.Pemikiran kanak-kanak lagi masa tu.Tu yang macam tu jadinya.Bila fikir balik sekarang aku rasa kelakar.Memang daripada aku kecik-kecik aku kelakar cara macam tu kot.Hahahahaha..

Setiap kali tahun baru jugak mesti semua orang sibuk pasang azam baru.Baguslah kalau korang berjaya capai azam korang.Aku daripada dulu berazam ada la yang tercapai dan ada juga tidak.Berazam nak kurus tak pernah pun kurang berat aku.Makin bertambah daripada setahun ke setahun adalah.Hehehehe..Pastu aku pernah target yang aku nak kawen umur 25 tahun.Nah kau sampai sekarang aku masih belum kawen.Hahhaha..bab kawen ni aku ok je dah kot.Aku rasa ada 1 tahap macam rasa nak kawen tapi sekarang perasaan tu bukanlah tak ada cuma semakin stabil.Taklah dalam terdesak sangat aku rasa.Lebih matang untuk berfikir soal-soal yang macam ni.Ehhhh gitu pulak kan..

Sempena tahun baru ni aku cuma nak meneruskan niat aku untuk kurangkan berat.Heiii dah 3 bulan aku berubah cara hidup untuk jadi lebih sihat rupanya.Alhamdulillah, aku masih survive sampai sekarang.Banyak yang aku baca,aku banyak terima sokongan..Terima kasih sangat-sangat.Kurangkan berat bukan untuk cantik.Itu mindset aku laaa.Kurangkan berat ni hanya untuk kesihatan aku semata-mata.Umur makin meningkat weh.Risiko macam-macam penyakit ni menggerunkan aku.Takkanlah dah terhantuk baru nak terngadah kan?InsyaAllah aku nak teruskan berusaha.

Boleh tak nak pesan sesuatu?Bukan untuk yang membaca sahaja tapi untuk diri sendiri jugak.Aku tulis benda yang sama dekat FB..So kongsi sini untuk sama-sama kita ingati..

"phewwww dah 2014..moga banyak cerita menarik dan gembira untuk tahun ini..namun andai ada duka dan kesedihan, itulah rencah melengkapkan kehidupan..bersyukur dgn apa yg ada..maju langkah dpn..toleh sekali sekala ke belakang..dongak langit atas..jgn lupa berpijak pada bumi..murah rezeki kongsi..murah senyum org senang..jaga tingkah jgn sumbang..jaga perlakuan jgn kecundang..hidup dlm kasih sayang.."