Bercakap pasal tahun baru, teringat la pemikiran aku masa zaman kecik dulu.Dulu tiap kali malam nak sambut tahun baru je,aku akan rasa macam dunia ni bertukar.Macam ada magician yang bagi warna nampak lebih terang,aku boleh bernafas udara yang baru,pastu semua benda nampak lebih canggih.Jangan tak tau masa nak sambut tahun 2000 dlu tu, kan ke semua orang cakap zaman millennium,alaf baru la.Korang tau apa aku bayang masa malam tahun baru tu?Aku bayang nanti 1 dunia ni travel merentas masa.Masuk dalam 1 gerbang khas macam dalam citer doraemon tu.Tapi doraemon dia masuk melalui laci.Aku punya bayangan masuk melalui gerbang.Macam dalam filem-filem selalu tunjuk tu.Imaginasi aku memang terlampau kreatif sangat masa ni aku rasa.Pemikiran kanak-kanak lagi masa tu.Tu yang macam tu jadinya.Bila fikir balik sekarang aku rasa kelakar.Memang daripada aku kecik-kecik aku kelakar cara macam tu kot.Hahahahaha..
Setiap kali tahun baru jugak mesti semua orang sibuk pasang azam baru.Baguslah kalau korang berjaya capai azam korang.Aku daripada dulu berazam ada la yang tercapai dan ada juga tidak.Berazam nak kurus tak pernah pun kurang berat aku.Makin bertambah daripada setahun ke setahun adalah.Hehehehe..Pastu aku pernah target yang aku nak kawen umur 25 tahun.Nah kau sampai sekarang aku masih belum kawen.Hahhaha..bab kawen ni aku ok je dah kot.Aku rasa ada 1 tahap macam rasa nak kawen tapi sekarang perasaan tu bukanlah tak ada cuma semakin stabil.Taklah dalam terdesak sangat aku rasa.Lebih matang untuk berfikir soal-soal yang macam ni.Ehhhh gitu pulak kan..
Sempena tahun baru ni aku cuma nak meneruskan niat aku untuk kurangkan berat.Heiii dah 3 bulan aku berubah cara hidup untuk jadi lebih sihat rupanya.Alhamdulillah, aku masih survive sampai sekarang.Banyak yang aku baca,aku banyak terima sokongan..Terima kasih sangat-sangat.Kurangkan berat bukan untuk cantik.Itu mindset aku laaa.Kurangkan berat ni hanya untuk kesihatan aku semata-mata.Umur makin meningkat weh.Risiko macam-macam penyakit ni menggerunkan aku.Takkanlah dah terhantuk baru nak terngadah kan?InsyaAllah aku nak teruskan berusaha.
Boleh tak nak pesan sesuatu?Bukan untuk yang membaca sahaja tapi untuk diri sendiri jugak.Aku tulis benda yang sama dekat FB..So kongsi sini untuk sama-sama kita ingati..
"phewwww
dah 2014..moga banyak cerita menarik dan gembira untuk tahun ini..namun
andai ada duka dan kesedihan, itulah rencah melengkapkan
kehidupan..bersyukur dgn apa yg ada..maju langkah dpn..toleh sekali
sekala ke belakang..dongak langit atas..jgn lupa berpijak pada
bumi..murah rezeki kongsi..murah senyum org senang..jaga tingkah jgn
sumbang..jaga perlakuan jgn kecundang..hidup dlm kasih sayang.."
No comments:
Post a Comment