Sekarang ni aku tak buat apa-apa.Daripada duduk saja membesarkan badan,baik aku bergerak aktif.Walaupun mula-mula tu memang berdepan dengan cabaran sebab selalu rasa malas,tapi akhirnya aku dah biasa.Sebab sesuatu benda baru yang kita buat akan mengambil masa 21 hari untuk jadi habit atau kebiasaan pada diri kita.Nak tak nak kalau dah benar-benar berazam,kena paksa diri jugak.Jangan manjakan diri itu yang selalu aku pesan untuk diri sendiri.Dah lama sangat aku manjakan diri.
Badan kita sebenarnya mampu buat apa sahaja.Tapi perkara paling penting untuk buat sesuatu perkara tu adalah yakinkan diri bahawa kita mampu sebenarnya.Yakinkan diri sendiri,kawal apa yang kita fikir dan secara automatik otak kita pun akan jadi positif dengan perkara tu.Kita akan mampu buat.Banyak benda dalam hidup aku ni yang aku rasa aku tak boleh buat tapi akhirnya aku dapat buat.Dulu aku memang tak pernah terfikir nak buat flying fox,abseiling, daki Gunung Santubong sampai ke puncak.Untuk orang lain mungkin nampak mudah je.Tapi bukan untuk aku yang selalu rasa takut,gayat,mengah mendaki.Alhamdulillah,bila kita ubah fikiran kita letak kepada yang lebih positif,otak memang akan hantar isyarat ke setiap tubuh kita bahawa kita mampu.
Dan sudah semestinya sokongan orang sekeliling itu penting.Aku sangat-sangat berterima kasih untuk mereka yang sering beri aku galakan.Nak buat aktiviti-aktiviti di atas tadi kalau tanpa galakan mereka,mungkin aku tak buat.Begitu pentingnya galakan daripada orang sekeliling terutama yang rapat dengan kita.Galakan daripada anda sangatlah berharga.Apabila orang tu dah berjaya buat,pasti dia berterima kasih dengan galakan anda.Bukan mudah untuk orang tu atasi kesukaran dia.Dorongan anda mampu memberikan makna untuk seseorang.Maka jadilah orang yang selalu mendorong impian,usaha atau keinginan orang lain.Walau anda rasa orang tu tak mampu atau mustahil untuk dia laksanakan misi dia, jangan pernah sesekali mematahkannya.
Bukan mudah untuk mencapai sesuatu matlamat.Kau kena kerja keras,kau kena disiplin,kau kena sabar.Kalau kau malas kerja keras,tapi nak kurang berat dalam masa yang singkat,kau memberikan kesan pada diri sendiri sebenarnya.Kau akan memanjakan diri dengan lebih lagi.Aku belajar dalam setiap perkara yang dilakukan disiplin itu penting.Memang ada masa kau akan rasa bersemangat dan tiba-tiba semangat tu jatuh.Takpe,paksa je diri tu.Kalau tak berdisiplin susah nak berjaya.Paling penting sabar.Dah bertahun-tahun kau usung berat yang sama dengan ditambah segala jenis makanan,jadi kau kena sabar jugak bila nak kurangkan berat ni.Nak hilangkan berat pun akan mengambil masa.Berbanggalah walau sebulan kau cuma kurang 1kg sahaja.Kena sedar bahawa apa yang kau sedang usahakan ini bukanlah mudah tapi mampu sebenarnya.
BE STRONGER THAN YOUR EXCUSES
No comments:
Post a Comment