Assalamualaikum..Alhamdulillah setelah sekian lama menanti, 9 November lalu adalah harinya.Segala penat lelah menangis ketawa berbayar.Dewan besar itu memang jadi saksi untuk usaha 3 tahun di bumi UNIMAS.Maka kiranya aku telah membuat mama gembira melihat aku melangkah atas pentas itu.Syukur untuk peluang yang diberikan.Walau bapak tak terbang bersama untuk melihat aku, namun aku sangat berterima kasih padanya.Syukur untuk nikmat hidup ini.Syukur untuk semua yang sentiasa mendoakan dan menyokong perjuangan ini.
Bukan mudah untuk aku berkelana sendiri di bumi asing.Ya,asing sekali kerana aku tiada saudara-mara disini.Jauh aku rentas Laut China Selatan demi ilmu.Jauh aku tinggalkan keluarga dan rakan-rakan di tempat aku bermastautin.Belajarlah aku untuk mencari kawan baru.Belajarlah aku menimba pengalaman di tempat orang.Walau aku punya seorang kawan lelaki yang aku kenali sejak daripada peringkat diploma dahulu,tapi takkanlah aku nak bergantung harap dengan dia sahaja.Maka aku redah juga walau rasa kurang yakin.
Alhamdulillah, Allah SWT sentiasa mempertemukan aku dengan orang-orang yang sangat baik,sentiasa membantu aku dan menerima aku seadanya.Disanalah aku bina sebuah keluarga lain.Aku punya kakak,aku punya abang,aku punya adik yang memeriahkan hari-hari aku sepanjang pengajian.Pada merekalah aku meluahkan cerita,pada merekalah aku berkongsi duka.Dan ada masa kadang-kadang dengan merekalah aku terlepas marah,dengan merekalah aku merajuk lara.Untuk kalian yang menjadi keluarga aku di sana, ketahuilah bahawa kasih dan sayang diri ini insyaAllah akan berterusan.
Perjuangan 3 tahun ini ada pasang surutnya.Aku tak sentiasa berada di atas.Aku tak sentiasa hidup bahagia.Bila saat aku diduga,bila saat aku jadi lemah tidak bermaya aku tidak pernah terfikir untuk berhenti melangkah.Kerana aku tahu jalan ini yang aku pilih.Kalau menyerah bermakna aku mengalah sebelum mencuba.Mereka di sekeliling aku benar-benar memberikan sokongan tanpa henti.Aku sangat menghargai jasa mereka mengangkat aku bangun bila aku jatuh terduduk.
Akhir sekali, aku mendedikasikan hari indah ini untuk semua yang telah sama-sama dengan aku selama 25 tahun ini tak kira keluarga tersayang,rakan-rakan baik di Kedah,rakan-rakan baik ketika diploma dan keluarga kesayangan hati beta di Kuching.Kamu tahu diri ini adalah kosong tanpa kehadiran kamu.Diri ini tidak akan berdiri segembira ini tanpa kamu di sisi.Terima kasih.
Terima kasih sangat-sangat Miss Diana Tracy aka Kak D yang merupakan felo kolej kediaman yang sangat kaya dengan senyuman dan sering berkongsi waktu bersama untuk gambar diluar jangkaan ini.Orang lain berarak masuk penuh tertib,aku terus sengih excited sebab nampak Kak D di tepi.
No comments:
Post a Comment