Pages

Thursday, October 10, 2013

Tamparan Kesedaran!

          Wahhh gitu tajuk kali ni.Tapi serius kali ni macam datang kesedaran ibarat orang tampar pipi bangun daripada lena yang panjang.Kelas tak peribahasa aku guna?Haaaa gitulah hendaknya keinsafan yang datang menerjah diri ini.Selama ni aku macam ok je.Tak ada hal sangatlah.Saat kena "tamparan kesedaran" tu, terus aku rasa membuak-buak semangat berkobar nak laksanakan misi aku.

          Sebelum aku masuk universiti dlu, berat aku ni 85kg.Nampaknya 3 tahun dekat universiti aku telah berjaya meningkatkan berat kepada 95kg!!!Haaaaa hamek kau..ni kalau tak tersedar daripada mimpi indah aku tak taulah.Sebab balik daripada Kuching haritu aku timbang berat la.Homaiiiii mau pengsan rasa tengok angka dekat penimbang aku tu.Patutlah aku rasa macam baju-baju aku kecik dah.Rasa tak selesa nak pakai.Rupanya dah sampai 95kg kauuuuu!!!!Sikit lagi nak 100kg der.Jangan main-main.Sekarang muda lagi.Tak kan nak sakit baru nak jaga kesihatan.

          Tamparan kesedaran ni datang bila aku ambil gambar dekat airport kuching haritu.Aku nampak kebulatan sangat muka aku.And guess what??Double chin aku sangat kelihatan.Tiba-tiba aku rasa kurang gojes dah.Hilang terus photogenic skill aku (hahaha...photogenic is a skill to me?apa2 jelah).Lepas tu bila masuk kapal terbang haritu, kena lalu la dulu dekat sone business class.Ak rasa pintu depan business class tu ngam-ngam badan aku.Aku pusing cakap dekat khalid.Gelak je weh sebab aku rasa lawak masa tu.Tapi bila sampai Sungai Petani aku terfikir balik situasi tu.

         Bulan Disember ni pulak kawan baik aku Dayang tu nak kawen. Haruslah kena nampak kecik sikit sebab Dayang kata nak suruh kwn2 jadi pengiring pengantin.Lagipun aku dah janji dengan kawan-kawan baik aku dekat Kuching yang aku nak datang konvo nanti aku nak kurangkan berat.Sebab dah janji kenalah tunaikan.Depa pun pakat support aku jugak.Thank you korang sebab bagi semangat dekat aku.Tak lupa jugak pakar rujuk aku untuk setiap benda Najib sebab dengan dia selalu share macam-macam la.Lucu ok dia sanggup bawak aku pi Tesco nak tengok jenis green tea yang lain.

         Sebenarnya start 23 September haritu aku dah stop makan nasi.Aku gantikan dengan roti,makan salad,buat half boil egg.Tapi hujung minggu hari Sabtu aku jadikan cheat day aku.Maknanya bolehlah aku makan nasi lemak ka,nasi beriani ka.Ada la turun 2kg berat aku.Lepas tu dah kawal makan kenalah pi bersenam jugak.Sekarang ni aku tengok cuaca pun cerah cantik ja kan.Rugilah terperap dalam rumah.Pukul 5.30 petang aku akan jalan-jalan dekat lorong belakang rumah.Nak p jauh-jauh aku takut kena kejar dengan anjing,kena usik dengan mat lepak.Kalau ada partner aku berani la.

        So doakanlah aku dapat hilangkan berat sebelum aku konvo bulan depan.Ada lagi sebulan la.Tak apa pelan-pelan kita kayuh.Nak laju-laju pi mana.Slow and steady ja cukup.Nanti bulan depan aku update kalau-kalau berat aku ni dah berkurang.

No comments:

Post a Comment