Pages

Wednesday, October 2, 2013

Minumlah Air untuk Kesihatan yang Lebih Baik

Assalammualaikum...homaiii baca tajuk kat atas macam doktor-doktor bagi nasihat pulak kan.Yelah sekarang ni musim hujan lepas tu tiba-tiba panas.Badan terkejut kot tu yang ramai jatuh sakit.Lepas tu ramailah yang ke klinik.Rasanya sekarang ni mesti ramai pesakit yang jumpa doktor mengadu selsema,demam dan sakit tekak.Lepas tu bila update status demam dekat Facebook dengan Twitter atau share gambar dkt Instagram mesti akan ada sorang dua pesan "minum air banyak2".Betul tak?Kan kan kan..kenapa orang suruh minum air banyak2?


Sebab air masak atau air putih atau air mati atau apa-apa jelah yang korang panggil untuk air minum yang berwarna putih tanpa rasa itu sebenarnya mempunyai banyak kebaikan.Tapi ramai yang tak tahu akan kebaikan minum air masak atau pun dorang tahu tapi selalu cari alasan tak nak minum air masak banyak-banyak.Macam aku sendirilah.Memang kurang nak minum air masak sbb bila duduk dekat hostel masak air bila rasa nak minum je atau masak maggi.Hahahahah...time lain rasanya macam membeli je air dekat kafe.

Macam aku cakap dalam tulisan sebelum ni, mungkin faktor peningkatan usia dah buat aku banyak fikir lebih kearah kesihatan kot.Sebab utama ialah kebelakangan ni aku rasa macam cepat pulak aku rasa pening la nak demam la.Masa aku balik Sarawak awal September haritu, tiba-tiba hari kedua mcm tu ak dh rasa sakit tekak.Dok esoknya aku terus demam.Menggigil badan okeh.Lepas tu baru je minggu lepas aku rasa nak demam balik.Aku kalau nak demam dia mesti start sakit tekak kemudian selsema baru demam sampai pening kepala tak boleh nak bangun.

Memandangkan sekarang ni aku sedang berusaha untuk diet kurangkan berat badan, maka aku memang banyak minum air.Yelah orang cakap minum air masak banyak-banyak boleh membantu mengurangkan berat badan.So masa hari yang aku rasa start sakit tekak tu, aku nekad tak nak makan ubat.Bahaya jugak biasakan diri telan ubat kan?Aku minum air masak banyak-banyak.Adalah 5 liter air rasanya aku telan haritu.Dan akhirnya memang terbukti pesanan orang suruh minum air banyak-banyak tu berbaloi.Esoknya aku dah kurang rasa sakit tekak dan tak selsema.Pening kepala pun hilang entah kemana.

Nak tau kenapa sakit-sakit tu boleh hilang?Sebab air ni membantu mengawal suhu badan.Fikir macam bila api marak dalam kebakaran kita siram air kan.Lepas tu api dah padam.So macam tu jugak tubuh badan kita.Sekaligus mempertingkatkan sistem pertahanan dalam badan kita.Malah hasil daripada pembacaan aku jugak baru aku tahu bahawa air ni mampu mengurangkan risiko kanser.Whoaaaa...best tak?

Tak nak cakap banyak sebab korang mesti cakap aku temberang kan?Tak apa, meh nak bagi korang tengok beberapa gambar yang aku amek daripada Google.



Haaaa...tudia punyalah banyak kebaikan minum air ni sebenarnya.Cuma kita je selalu mencari alasan tak nak minum dengan lebih kerap sedangkan air tu sangat bagus dan penting untuk kesihatan yang lebih baik.Kena sayang badan.Dan untuk mereka yang selalu berhadapan dengan masalah nak mulakan minum air masak ni, aku ada tips yang aku sendiri gunakan.Aku bila dah nekad memang slow pun tak apalah.Janji buat.Orang kata pelan-pelan kayuh.

1.Gunakan mug/cawan/bekas minuman yang paling disukai.
2.Cuba minum segelas untuk setiap sejam/dua jam.
3.Kalau gunakan bekas minuman, sentiasa pastikan bekas minuman itu ada dengan anda.Minum dengan motivasi "aku nak habiskan air ni sebab nak tambah air lagi".Serius aku sampai paksa diri macam tu tau.
4.Buat catatan berapa jumlah air yang dah diminum.Kalau botol korang tu 1 liter then korang dah catat 4 kali minum, tak ke dah 4 liter tu?
5.Sentiasa bangga dengan pencapaian diri.Macam aku bila berjaya minum lebih daripada 3 liter haritu aku terus tulis.Bila kita beri motivasi yang positif pada diri, kan bagus tu.Otak pun akan berazam esok nak buat lagi.
6.Masa mula-mula nak start minum air dengan jumlah banyak ni time tu aku mula nak diet dengan Najib.So tok aku bagi satu petua.Dia kata letak limau dalam air masak tu.At least adalah rasa kan?Nanti bila dah biasa minum, kau langgah je air masak tu macam biasa.Kannnn??

Memang tak susah pun sebenarnya.Cuma kadang-kadang ni kita suka memberi alasan dan mencari alasan.Sampai bila nak macam tu kan?Kena berubah untuk kesihatan yang lebih baik.Air masak je kot.Nak sihat tak susah..cuma minum air untuk kesihatan yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment