Pages

Thursday, November 21, 2013

Merajuk Si Penimbang Berat

Sejak daripada 23 September lagi aku dah berazam yang aku mesti kurangkan berat aku.Korang pun tau kan tamparan kesedaran yang datang secara tiba-tiba tu benar-benar buat aku insaf.So aku start exercise,pergi jogging,pergi jalan,minum air masak banyak-banyak,minum green tea semata-mata untuk memastikan berat aku kurang.Aku kurangkan berat ni bukanlah semata-mata untuk nampak cantik tapi untuk kesihatan jugak.

Dalam keluarga aku ada yang menghidap darah tinggi,kencing manis.Keluarga aku memang besar-besar.Aku tengok sendiri macam mana dorang kena telan ubat,masuk hospital akibat sakit.Dan masalah ini dah mula beri kesan pada kesihatan aku sendiri.Aku masih muda so kenapa tak nak elakkan?Kenapa aku perlu tunggu sampai dah jadi teruk baru nak ambil tindakan kan?Kan orang cakap mencegah itu lebih baik daripada mengubati.Nekad aku untuk jadi lebih sihat.Itu sahaja.

Tapi penimbang berat dekat rumah aku ni seolah-olah memberikan kesan psikologi yang sangat tinggi pada aku.Setiap hari aku timbang berat macam tak nampak sebarang perubahan pun.Aku mulalah rasa menyampah dengan penimbang berat tu.Aku merajuk dengan penimbang berat aku.Masa tu berat aku cuma berkurang 2 kg sahaja padahal aku kerja keras dengan berdisiplin.Sedih betul aku rasa.Tapi aku tak tinggal senaman aku.Aku merajuk dengan penimbang berat je.Hehehehe...

So masa balik Kuching hari tu ramai yang cakap aku nampak lain.Akak dekat ofis kolej cakap aku nampak lebih berseri.Hehehe..itu seri nak konvo kot.Aku nampak je penimbang berat dekat ofis.Aku tak berani naik takut merajuk aku bertambah-tambah lagi.Tapi ramai yang aku jumpa ada yang cakap aku nampak berkurang berat.Aku sedapkan hati mungkin sebab dah lama dorang tak tengok aku.

Hari Jumaat,8 November aku kena pergi amek jubah,lepas tu ada rehearsal.Rehearsal habis awal.Aku lapar.Tekak rasa nak makan McD.Duduk dekat sana haritu memang aku cheat day jelah.Aku teringat janji dengan Ina nak makan McD dengan dia.Mujur dia tak buat apa-apa haritu terus pergi McD berdua.Aku rasa dah berbulan lamanya aku tak makan McD.Sampai aku tak ingat bila last aku makan McD.Last aku makan KFC time praktikal bulan 8 haritu.Mungkin last aku makan McD bulan 6 kot.Perghhh..lamanya..Padanlah aku mengigil je bila orang sebut McD.

Balik daripada makan,aku melangkah berani dekatkan diri dengan penimbang berat dekat ofis.Diam-diam je aku naik.Mata tak nak tengok penimbang.Berdebar-debar ok.Dah tu sapa nk tolong tengokkan angka dekat penimbang ni?Ok fine bukak mata tengok sendiri.Pastu aku terkejut.Rasa mata aku ni salah tengok ke apa.dia tunjuk angka 90kg.Terus aku jerit 1 ofis..Hoyeahhhh berjaya kurangkan 5kg.Haaaa berkat merajuk dengan penimbang beratlah ni.Makan hati dengan penimbang berat pun boleh buat berat turun.

Bila balik rumah aku gunalah balik penimbang berat aku tu.Hehhhh dia tunjuk angka 92kg lak.Maka aku syak penimbang berat aku ni dah tak memberikan kerjasama yang baik dengan aku.Ada sapa-sapa murah hati nak taja penimbang elektronik dekat aku tak?Jasa kalian amatlah dihargai..hahahahah...melawak je ok.Aku akan usaha dengan lebih berdisiplin lagi demi memastikan aku dapat kurangkan berat aku lagi.Bulan depan majlis kawen kawan baik.Harus gojes okeh!

No comments:

Post a Comment