Pages

Monday, June 9, 2014

Epal Hijau untuk Kesihatan

          Bila tulis tajuk tu,terbayang suara Doraemon bila dia keluarkan alat ajaib daripada poket dia.Rasa macam penuh bersemangat Doraemon nak bantu Nobita.Samalah macam aku sekarang.Tengah semangat nak menulis semula.Hahahahah...Lama dah nak tulis pasal epal hijau tapi asyik mood tu tak tentu hala.Bila datang rasa tak nak update tu,memang biar je luahan hati terpendam di kalbu.Cewahhhh..madah kau ya.Marilah sambung meluahkan kisah untuk bacaan bersama dan peringatan untuk diri sendiri jugak.

          Sejak bermula keazaman nak baiki tahap kesihatan diri ni, aku selalu banyakkan membaca pasal pemakanan.Selalunya aku boleh duduk berjam-jam membaca tentang kesihatan.Sebab dah banyak membaca itu yang boleh tersedar.Sebelum tu tak sedar dan tak kisah sangat pun.Itulah orang kata ilmu pengetahuan ni memang buat kita maju dalam hidup setapak ke hadapan.Lagi banyak kita mencari ilmu,rupanya lagi banyak ilmu yang kita tak tahu.Aku bukan doktor mahu pun golongan yang mempunyai kelayakkan nak bercakap pasal kesihatan,pemakanan yang terbaik untuk diri.Aku sendiri belajar.Tapi apa yang kita tahu kita kongsi.

          Epal ni sangat bagus.Carta no 1 buah kegemaran aku adalah epal hijau.Epal hijau rasa lebih rangup.Bila kita gigit epal hijau,bunyi dia best je dengar.Dulu tak berapa suka tapi itulah orang tua-tua kata jangan tak suka nanti boleh jatuh cinta.Ewahhhh..kemain kau bercinta dengan epal hijau kan.

          Dalam buah epal tu kalau tak salah aku mengandungi vitamin C seharusnya,vitamin A,fiber,anti oksiden dan banyak lagi.Epal hijau mampu membantu golongan yang mengalami masalah sembelit.Cubalah korang kisarkan sebiji epal hijau dengan saleri dan minum sebelum sarapan pagi.Lepas tu epal hijau ni mampu membantu mengurangkan berat badan.Hahahaha..punca utama aku sentiasa pastikan peti ais rumah ada epal hijau.Sapa tak nak kuruskan?Punca kedua epal hijau jadi pilihan hati ialah kebolehan dia mengurangkan risiko untuk berhadapan beberapa penyakit seperti Alzheimer,kanser kulit dan diabetes.

          Kalau kau nak kekal awet muda, epal hijau mampu membantu.Melalui apa yang aku baca, epal hijau ni boleh kawal dan menghalang kemunculan jerawat yang selalu jadi igauan ngeri kaum hawa terutamanya.Malah epal hijau ni adalah agen anti penuaan.Selain itu dikatakan turut membantu menghilangkan dark circles bawah mata.Tapi pastikanlah korang dapatkan tidur yang secukupnya.Kalau tak macam mana nak berkurang kan?

       Sebenarnya ada banyak kebaikan dalam buah-buahan termasuklah epal hijau.Nak tulis nanti panjang sangat mesti korang malas nak baca ayat berjela-jela.Aku faham tu sebab ada setengah orang ni dia lebih suka ilustrasi gambar sebab lebih berkesan untuk diri dia.Ayat-ayat ni payah nak dihadam minda ye tak?Hahahhahaahah...Pergi google images untuk kebaikan epal hijau.Mesti akan lebih teruja untuk leihat senarai kebaikannya.Aku letak satu je gambar kebaikan epal hijau ihsan daripada google images ni.



          Pernah dengar "an apple a day keeps the doctor away"?Mesti pernah kan.Lepas tu ada pulak sambungan daripada ayat tu "an apple a day keeps the doctor away but if the doctor is cute,forget the fruit".Ok kelakar sangat ayat tu.Bab bagi alasan cepat je korang kan.Aku rasa doktor cute & kacak mesti suka tengok patient dia sihat.Sebab bila sihat,baru terserlah kecantikan kan?Lepas tu barulah kau boleh tackle doktor kacak bila pergi buat pemeriksaan kesihatan.Mesti dia terpegun tengok kau mempunyai kulit yang cantik berseri kan?Bila doktor tanya apa rahsia,jawab dengan senyuman paling manis "Epal hijau untuk kesihatan".Hahahaha..jangan lupa makan epal hijau dan buah-buahan lain jugak untuk tahap kesihatan yang lebih baik daripada semalam.

2 comments:

  1. salam semua nk kongsi boleh jika ada sakit darah tinggi atau masalah saraf atau kanser tahap 1 2 3 dan 4 atau lain2 penyakit cuba berubat dengan mohd zuhairi bin noordin 017 4687570..Insya Allah mujarab dan mmpu milik dah bnyk testimoni2 yang dah sembuh tahap 4 dan penyakit2 lain.pengasas gunakan pokok2 herba yang terpilih yang penting harga mmpu milik

    ReplyDelete