Pages

Thursday, July 3, 2014

Ahlan Wasahlan Ramadhan

          Alhamdulillah..hari ni dah masuk hari ke-4 umat Islam berpuasa.Syukur kerana tahun ni masih diberi peluang untuk bernafas dan meraikan kedatangan bulan mulia Ramadhan.Bulan yang penuh dengan keberkatan dan pengampunan ni tak wajarlah kita sia- sia kan.Haruslah kita sama-sama melipat gandakan usaha untuk mencari keredhaanNya.Ibarat macam boss nak bagi bonus besar.Takkan tak nak rebut peluang depan mata kan?Macam tu jugak dengan Ramadhan.Allah SWT nak bagi banyak ganjaran kepada hambaNya.So kau orang still tak excited nak merebut peluang ke?

          Kalau dulu masa kecik memang rasa tekanan je aku ni kena puasa.Tak boleh makan dan tak boleh minum.Malah aku sangkakan bila puasa ni kau tak boleh pergi toilet juga.Kau orang bayangkanlah aku punya menahan keinginan sakit perut tu.Bila cakap dengan mak,mak aku gelak.Mak aku cakap boleh je la pergi toilet.Terus aku berdesup ke toilet.Innocent sungguh fikiran berpuasa aku zaman kanak-kanak.Tapi ada jugak akal aku banyak bercabang.Hahahaha..kau orang jangan tak mengaku pernah buat perangai duduk dalam bilik air mandi lama-lama ek.Aku pasti ramai buat perangai macam tu.Bukan aku sorang je kan?Sampai kena ketuk pintu bilik air suruh keluar.Duduk dalam bilik mandi tu banyak la agenda kan.Kau orang pun boleh recall apa agenda korang zaman kanak-kanak berpuasa.Mak ayah kau tengok perangai kau pun dia dah boleh syak apa kau buat duduk dalam bilik air lama-lama.Mak ayah makan garam banyak lagi daripada kau ya.Jangan nak banyak akal sangat.Hahahahaha..

          Bila dah besar,cerdik sikitlah.Ilmu di dada pun semakin bertambah sebab belajar kan.So persepsi pasal puasa ni semakin berubah.Baru tahu pasal perkara-perkara yang membatalkan puasa.Kalau tak asyik ingat tak boleh makan dengan minum je.Tapi bila dah belajar baru tau ada perkara-perkara lain yang membatalkan puasa.Dulu masa zaman awal berpuasa, tak tau pun rupanya ada ganjaran hebat untuk orang-orang yang berpuasa.Aku ingatkan ganjaran dia kau akan dapat duit raya banyak je masa raya.Siapa puasa penuh,banyaklah duit raya kau dapat.Kalau kau puasa yang yang yok,tengahari bukak periuk memang kau dapat separuh ja.Tapi bila semakin besar,barulah tahu bahawa Allah SWT memberikan banyak ganjaran untuk orang-orang berpuasa.

          Itulah bagusnya menimba ilmu.Pengetahuan sentiasa bertambah.Aku pernah dengar kalau air di lautan dijadikan dakwat untuk menulis ilmu,nescaya tidak akan cukup.Betapa banyaknya perkara yang kita tak tahu.Kadang tu kita rasa kita dah cukup tahu pasal sesuatu perkara, tapi hakikatnya makin kau kaji perkara tu,makin banyak perkara yang kau tak tahu sebenarnya.Bulan Ramadhan ni pun gunakan sebaiknya untuk menuntut ilmu.Bacalah buku-buku yang memberikan impak baik pada diri.Rohani pun perlu diberikan makanan kan?Kalau malas nak baca,kau pasang je video-video ceramah,dengar je.

           Sebab Allah SWT nak bagi ganjaran yang lebih sikit, so rajinkan diri berusaha.Bulan puasa ni syaitan semua dah kena ikat.Nak lawan nafsu je.Sebab tu jangan biar nafsu jadi raja.Binasa diri.Biar akal yang waras bertakhta,barulah awesome.Bulatkan dalam diri masing-masing, kita kena berusaha jadi lebih baik daripada semalam.Itu yang pasti.Ahlan Wasahlan Ramadhan.

No comments:

Post a Comment