Pages

Tuesday, August 26, 2014

Musim Rajin Memasak

          Aku dah didatangi musim rajin memasak.Kejap-kejap kang tengok resepi dalam internet nak masak itu ini.Kemudian aku berangan alangkah best bila aku dapat masak semua makanan tu.Semenjak aku tau mama ada oven tapi dia pernah guna sekali je, aku tekad nak guna oven tu sepenuhnya.Takkan nak biar je oven tu atas almari gitu je kan?Masalahnya kat rumah aku ni dah berkurang orang.Sapelah nak makan kan?Bekas kat rumah aku ni bersaiz besar.Kena cari bekas saiz kecik nanti ni.

          Masa bulan puasa haritu saja try buat cream puff.Gigih sangat okeh.Tapi tak berapa nak menjadi sebab tak dak piping bag.Rasa tu ada la ala-ala cream puff.Masa tu baru aku belajar guna oven.Haruslah adik perempuan aku tu yang tunjuk ajar.Ooooo senang rupanya guna oven ni.Main pusing-pusing ja.Yelah aku mana pernah tengok masa mama guna sekali tu.

          Maka aku nekad nak buat beef lasagna masa raya haritu.Adik-beradik aku semua ada.Time ni la nak show off skill memasak aku kan.Jangan pandang aku sebelah mata ya.Abang aku siap cakap aku salah buat lagi.Tak macam dekat kedai pun.Helloooo yang dekat kedai tu dah level professional.I ni level amatur kedek-kedek lagi ok.Haruslah step by step mengikut arahan resepi dalam internet.Takpa-takpa, dia belum nampak hasil lagi.Tunggu kau ya abang.

          Lepas dah siap, aku hidang kat abang aku tadi.Pastu dia senyap.Berpeluh aku tunggu dia komen tau.Dia tak cakap apa-apa bila aku mintak respon tapi dia mintak tambah lagi lasagna tu.Hahahahaha itu kira sedap la tu kan?Kalau tak sedap, mustahil la mintak tambah kan?Aku lupa ambil gambar.Next time jelah ye.Pastu aku cakap kat dia yang time puasa haritu aku buatkan spaghetti carbonara.Licin seperiuk adik-adik aku yang dua orang tu makan.Abang Mie aku makan jugak sampai habis sepinggan lepas tu bila mintak respon kau orang tau apa abang Mie aku balas?Dia balas macam ni "eh tak reti nak komen.tak pandailah makan makanan macam ni" dengan muka sengih-sengih.Apa makna tu?Elehhhh cover line betul jawapan abang Mie aku tu.Tak pa aku tau dorang takkan puji direct adik dorang ni.Tapi sebenarnya bangga aku masakkan untuk dorang.Hahahahaha..

          Kebetulan kakcik balik balik seminggu dekat rumah lepas dah setelkan hal-hal kerja untuk final year project dia.Dia balik dengan seorang kawan.So datang lagi mood rajin aku nak memenatkan diri sendiri memasak.Kakcik nak makan lasagna lagi.Aku mengidam nak cuba buat pizza.Godek resepi piza.Alahaiii bahan sempoi ja.Boleh kata ada dekat rumah dah bahan-bahan untuk buat doh.Cuma beli bahan-bahan topping pizza tu ja.Hari yang aku buat tu pun cikgu yang aku rapat nak singgah rumah dengan anak-anak.Elok la aku hidang pizza kan.Hahahaha..lain sikit daripada yang lain.

Pizza percubaan pertama..topping tu main suka hati la nak letak apa.Ni aku letak nenas,capsicum,isi ayam,sosej..tabur cheese sesuka hati..So aku namakan dia Pizza Kaya Topping.. 


 Lasagna kali kedua ni agak mengecewakan aku dengan kakcik.Tak sesedap masa buat kali pertama.Mungkin patut guna cheese yang aku guna masa kali pertama haritu..Sedap elok ja yang buat dulu.Tapi asal boleh dimakan,boleh la...

          Sekarang ni aku tengah berangan nak masak Shepherd's Pie dengan aiskrim.Tapi nak masak jadi kurang sebab yang tinggal cuma adik bongsu aku tu je.Dia jelah pun yang ak nak jadikan mangsa merasa masakan aku masak.

Sampai Bila-bila

        Sebelum kawan baik aku yang sorang ni datang melawat aku kat Sungai Petani, aku bagitau dekat anak cikgu aku.Dia terkejut sebab tak sangka aku masih lagi berkawan dengan kawan yang aku kenal masa diploma.Eh aku pulak yang terkejut lepas tu.Kenapa pulak aku tak berkawan dengan orang yang sebilik dengan aku sampai 3 sem?Mestilah masih berkawan walaupun jarang la kitaorg nak berjumpa.Harus berterima kasih dengan laman sosial yang menghubungkan kami.Hahahahah...

         Yeahhhhh...finally dapat jumpa dgn Sha.Last aku jumpa dia rasanya masa dia bertunang 2010.Perghhhh lama kan tak jumpa dia.Nasib baik kali ni ada rezeki nak berjumpa.Kebetulan dia ikut suami ke Sungai Petani.Hello my dear kaki buli..hehehehe..sebab apa aku panggil dia kaki buli?Sebab banyak kisah kami suatu masa dulu.Sebenarnya dia baik tapi kuat menyakat aku.Samalah dia dengan Wana tu.Kalau dorg berdua ada, mesti aku macam kena buli manja-manja.Hahahah..

          Aku pernah sebut pasal Sha sebelum ni tp tak mendalam.Aku mula kenal dengan Sha masa mendaftar untuk sambung diploma.Aku ingat lagi bilik 106 yang aku duduk daripada awal mendaftar sampailah habis belajar.3 tahun duduk bilik sama dengan ahli-ahli bilik ada yang berubah-ubah ikut semester tapi aku je macam permanent resident bilik tu.Lepas letak barang dekat hostel, aku keluar balik dengan parents pergi rumah pakcik aku dekat Ampang.Petang tu pakcik aku hantar la masuk hostel balik.Masa tu dah kenalkan nama kat dorang.1 bilik 6 orang.Aku,Sha,Wana,Putri,Tim dgn Shira.Aku kena duduk tingkat ats katil double decker.Dah la kipas syiling.Aku cukup ngeri ok!Bangun pagi kena berhati-hati sebab kang terkena bilah kipas lak.

          Banyak cerita dengan Sha ni.Aku dengan Sha ni ada 1 habit.Kitaorg suka basuh baju malam-malam.Lepas buat keja, pastu kang kitaorg dua g bilik air basuh baju pakai tangan okeh.Walaupun ada mesin basuh tapi rela basuh pakai tangan.Masa tu mula la bercerita.Kadang Wana ka Putri datang join sama.Dah jadi kitaorg membasuh beramai-ramai.Bila dah jadi senior sket dan Sha pun dah tak dok hostel, maka aku basuh pakai mesin basuh je.Kadang-kadang je basuh pakai tangan kalau Wana ke sesapa nak temankan.

          Dia pernah terlibat dengan Wana sorokkan teddy bear aku dalam loker.Aku ni balik kelas paling last masa tu.Mengantuk tak yah cakap la.Memang dah berazam balik bilik nak cari katil dulu.Sekali aku tengok teddy bear aku tak dak.Kuma-kuma aku dorang gantung dekat kipas.Aigooooo..Gigih tau aku cari teddy bear yang aku namakan Chubby tu.Alih-alih jumpa dalam loker aku sendiri.Terus aku nangis dan tidur depan loker tu.Sejak daripada haritu aku dicop budak manja.Hahahahah..tu pasal dorg senang je kenakan aku.Nasib baik aku still sayang korg.Hahahahah...

          Tim dengan Shira tak lama la stay dengan kitaorg.Dorg berhenti dekat kolej tu and tukar kolej lain.So dalam bilik tu tinggalkan kitaorg berempat.Katil memang boleh conquer sesuka hati.Loker lebih pun kitaorg gunakan jugak.1 loker tu kitaorg jadikan loker makanan.Bukak pintu loker tu memang penuh dengan simpanan makanan.Ala-ala peti ais kitaorg la.Sha ni jenis kemas orangnya.Dia suka semua benda tu teratur.Tu yang wujudnya loker makanan.Pastu Sha ni dia suka coklat.Wajib tiap minggu beli coklat dan simpan.Air berperisa pun ada pelbagai jenis dalam loker tu.Orang lain kalau datang bilik kitaorg mesti kagum kitaorg ada loker makanan.

          Dulu dekat kolej aku pukul 10.30 malam macam tu dah tak boleh lepak cafe lagi.Kedai pun dah tutup.Kau nak lepak apa.Memang tak de la nak dating-dating ni.Ada la sekali tu aku dengan Sha lepak situ sekali ketua warden datang daaaa...Aku punya cuak memang tak leh control.Sha cakap muka aku gila pucat.Balik bilik rasa macam nak nangis gila-gila.Kang kena demerit pastu takleh dok hostel lagi camner??Lepas mandi lepak r dengan Sha depan bilik.Kekonon luahan hati ke hati.Baru Sha tau aku ni budak susah langgar peraturan.Patutlah muka macam tak de darah tadi.Hahahaha..bila ingat memang gelak kaw2.

            Masa aku mula-mula kat KL dulu aku tak berani la nak naik pengangkutan awam sorang-sorang.So Sha ni la banyak teman aku.Sha jugak teman aku pergi Midvalley jumpa kawan-kawan skolah masa Anis nak fly pergi France.Bila hujung minggu nak balik rumah pakcik aku kat Ampang, nanti dia akan sama-sama dengan aku naik pengangkutan awam.Pastu bila kena berpisah sebab dia naik Putra LRT dan aku kena naik STAR LRT, dia pesan naik ni sampai Ampang baru turun.Ada 1 kisah kelakar la aku dengan dia.Masa tu aku balik KL lepas cuti mid sem.Ni kira first time balik lepas masuk mendaftar kat kolej.Dah janji dengan dia jemput aku.Jangan lambat nanti aku sorang-sorang aku takut.Ini KL aku tak biasa.Aku cakap aku turun kat Puduraya.Bila aku sampai sana dia tak dak.Dia baru on the way daripada rumah dia.Ok fine.Pastu dia call tanya aku kat mana sebab dia dah sampai Pudu.Aku ni punyalah dok mencari dia kat mana.Aku cakap aku memang dah dekat tempat orang beli tiket untuk LRT.Aku siap bagitau lagi semua benda yang aku nampak tapi aku tak nampak pun dia.Rupanya dia dekat Stesen LRT Pudu kot dan aku pulak baru nampak aku dekat Stesen Plaza Rakyat.Bila aku nampak je dia datang,aku rasa nak lari peluk dia sambil nangis.Sumpah aku cuak kalau aku tak jumpa dia.Aku bukan reti lagi masa tu pasal KL ni.Hahahaha..lepas  aku dah jadi pakar LRT dgn KTM, aku dah berani la sorang-sorang travel pun tak de hal.heheheh..

            Sha dengan aku pernah tak bercakap sebulan.Apatah kitaorg gaduh aku pun tak ingat.Tapi alih-alih rupanya tu prank nk kenakan aku.Aku stress gila sebulan rasa macam kena pulau je dalam bilik tu.Kenangan sungguh la part tu.

          Sha ni budak KL.So tiap minggu memang dia balik rumah dia la.Bila dia balik hostel,mesti mak dia bekalkan lauk-lauk best.Wana dengan Putri tu pn macam tu jugak.Dinner kitaorg hari Ahad kira mewah sikit la.Kang lepas magrib,duduk dalam bulatan,kongsi makan ramai-ramai bukak lauk-pauk tapau daripada rumah.Hari-hari lain pun akan duduk makan dalam bulatan sambil cerita gelak-gelak.Seronok dan rindu la waktu macam tu.

          Masa Sha bagitau dia nak bertunang,aku dah sambung study kat Sarawak.Kebetulan masa nak bertunang aku nak balik bercuti.So aku amek flight turun KL.Cuma time dia kawen ja aku tak leh datang.Aku kat Sarawak.Masa tu nak exam.Tengok gambar dia tunggu nak jadi pengantin aku rasa nak nangis.Bila Wana hantar video akad nikah dia,terus aku nangis.Nangis sebab aku happy untuk dia.

          InsyaAllah aku nak kawan dengan dia sampai bila-bila.Kawan baik yang sama-sama time dulu susah dan senang.Walaupun jarang berjumpa, tapi dengan media sosial ni kami still berhubung.

Tuesday, August 12, 2014

Tour Raya + BBQ Raya



            Macam aku cakap sebelum ni yang tiap kali raya, wajiblah ada tour raya dengan kawan-kawan baik kesayangan hati beta.Tour raya ni kau kena visit rumah kawan-kawan dan makan,makan dan makan.Wajib makan supaya kesungguhan tuan rumah memasak dan menjamu dihargai.Kalau ada 10 rumah kau kena pergi haritu,pepandailah kau bajet nak makan banyak mana ye.Barulah tuan rumah happy bangga.Malah untuk elakkan menu yang dihidang tu sama, kena discuss rumah kau masak apa,rumah kau hidang apa.Aku dengan kesayangan beta ni awal lagi dah bincang pasal menu.Aku siap booking yang rumah aku akan hidang laksa.Maka hidangan tu tak boleh dihidang di rumah lain masa tour raya nanti.Hahhahaa..fikirlah korang nak hidang apa untuk tetamu.Fiqah pun booking masak nasi Mandy.Nani pulak siap ada sesi eksperimen memasak.Najib pulak mee kari idaman kalbu beta.Bersungguh-sungguh nak memasak menjamu dekat kawan-kawan baik yang datang beraya.

         Kali ni aku jadi chef untuk masak.Selalunya jadi assistant chef je tolong mama sediakan bahan,potong apa yang patut,blend itu ini.Sekarang ni meh sini anakmu yang sinsing lengan baju sediakan kuah laksa.Laksa putih tu haruslah beli aje dan rebus.Rajin pulak aku nak buat kan.Ingat lagi pertama kali masak laksa masa makan-makan dekat rumah Kak Lia kat Sarawak.Yakin sangat aku memasak tanpa pemantauan mama masa tu.Alhamdulillah menjadi.Kali kedua memasak laksa tanpa mama pulak masa pergi Kelantan untuk kenduri kawan baik.Aku menginap kat rumah Ada.Dia awal-awal dah pesan dekat aku nanti masakkan laksa dekat rumah dia.Kecut perut aku dengar masa kat rumah dia yang aku kena buat kuah untuk 5kg laksa.Nasib baik laku laksa aku dekat kelantan.Hehehehhe..

          Tapi kali ni Anis dengan Dayang pulak tak ada.Anis balik beraya di Negeri Sembilan.Dayang beraya bersama suami di kampung suaminya.Maka marilah kita berlima buat agenda tour raya ni.Nak menentukan giliran rumah pun pening jugak.Punyalah berjela bercerita.Bila tiba harinya, boleh pulak tuan rumah pertama Fiqah ni buat blur kenapa rumah dia yang first.Eh bukan kita memang dah buat keputusan ka?Aiyooo..dia blur ka tak blur kita tetap serang jugak.Aku akan tunggu sampai hidangan dia tersedia.Hehehehe..Macam aku cakap awal-awal tadi, kena tentukan banyak mana nak makan sebab ada banyak rumah nak dilawati.Kang tak mampu nak terjah rumah-rumah lain pulak.

          Lepas rumah Fiqah,kita serbu rumah Nani.Dapatlah merasa Chicken Lasagna air tangan doktor ni hasil kejayaan eksperimen dia.Hehehehe...Siap bertanya resepi lagi.Aku dah cakap ada 5 orang pun riuh jugak.Kalau bertujuh aku rasa suara kami boleh dengar selorong tu.Kan?Kemudian beralih arah ke rumah aku.Eh ada ke nak jalan kaki pergi rumah aku?Konon bakar kalori la tu.Walaupun rumah aku belakang lorong rumah Nani je,tapi tengah panas ni kau orang jangan buat hal.Aku ni puteri lilin sikit.hahahahah.Terkejut sampai rumah sendiri ada tetamu.Mohon maaf lah kat korang sebab terpaksa duduk kat bawah.Janji korang dapat makan laksa air tangan aku walaupun tak seberapa rasanya.Hehehehe..

          Rumah last rumah Najib.Walaupun dalam perancangan patutnya rumah dia lepas rumah Fiqah.Rumah aku yang last.Tapi ada perkara yang tak dapat dielakkan,maka kita bertukar rancangan.Eh hidangan mee kari kat rumah Najib ni memang kebaboom sedaaaaaapppp.Sebab tu aku gelarkan mee kari idaman kalbu beta.Bertambah ye aku makan mee kari tu.Kenyang tak terkata.Mr Tummy sampai kena menjerit sudahlah kau makan,makan,makan ni.Hehehehe..ampun Mr Tummy!



Kami berlima mampu tersenyum manis sebab tummy masing-masing bahagia dengan makanan.Hehehe..

         
 Empat dara duduk di tepi sungai,duduk menjerat si ketamlah batu,manis rupa hai elok perangai,sukar dipilih yang manalah satu.(Empat Dara,Sharifah Aini)
 
           Esoknya tu pulak plan buat BBQ dan kejutan rahsia.Seperti biasa sangatlah berjela berbincang nak pilih tempat nak buat kat mana.Akhirnya mencapai persetujuan buat kat rumah Najib je.Ada laman tepi rumah dia.Najib siap offer nak bagi kolam renang anak buah dia siap dengan air terjun kalau aku nak.Hahahah..Terima kasih untuk family Najib yang sudi menerima kunjungan kami ni.Memula risau sebab Anis kata dia mungkin tak dapat join.Sebab dia balik Negeri Sembilan.Sekali bila dah sampai depan rumah Najib tengok Anis ada.Eh kau pun nak main kejutan ek Anis?Dayang tak dapat datang sebab kepenatan bekerja.

          Sampai aje kita terus mulakan sesi membakar.Aku perap ayam hasil resepi daripada Mak Lang.So kita namakan dia ayam perapan USJ.Thank you Mak Lang.Bidang membakar ni kita serahkan kepada yang lebih pakar.Aku duduk dan makan je.Pastu snap gambar sikit.Siap ada daging rusa lagi.First time merasa daging rusa.Sedap rupanya.Lepas ni kita buat daging rusa ye.

          Kejutan rahsianya ialah nak sambut birthday utk 2 boys tu.Birthday Annas dengan Anis kita sambut awal.Najib bertungkus-lumus sediakan kek tingkat warna cantik siap dengan cheese mencurah.Asalnya nak sambut birthday Annas tapi hujung-hujung tu kita buat sambut birthday Anis awal sebulan.Nanti susah nak kumpul ramai-ramai.Annas siap terpinga-pinga terkejut tengok kek pastu tanya eh birthday sapa?birthday aku ka?Hahahahah..

          Lepas berkemas,pergi 7 Eleven sebab nak makan aiskrim.Eh rajin pulak kita sekarang melawat 7 Eleven kan?Yelah..7 Eleven tu cantik sangat.Siap ada kerusi meja boleh duduk.Ngam pulak kerusi dia untuk kitaorang.Memang dah macam kedai sendiri pulak.
 





                                                Selamanya korang la kesayangan hati beta.

Cerita Raya oh Raya

         Aku belum simpan lagi cerita raya tahun ni dalam blog.Haritu nak letak semua sekali tapi kang tak dak dah modal nak cerita,so simpan dulu la.Sekarang ni mari kita bukak semula cerita raya tahun ni.Ewahhh kau orang jangan ingat raya sebagai seorang dewasa tak meriah ye.Happening je raya aku walaupun umur dewasa.Sebab definisi raya tu bagi aku dah semakin matang.Kecik-kecik dulu teruja tunggu raya sebab ada lawan kumpul duit raya sapa paling banyak.Sekarang dah besar ni lawan berapa banyak open house kau boleh pergi dalam sehari.Entah-entah bilangan open house dalam sehari yang kau pergi kalah dengan bilangan undangan kenduri kau dapat masa musim kenduri kawen.Kan?

          Rasanya daripada awal puasa lagi aku dah sibuk mengemas rumah.Mencampakkan barang yang patut kita campak.Kemas itu ini.Nasib baik ada adik-adik yang boleh harap untuk tolong.Kejap-kejap aku cakap angkat itu,angkat ni buang.Menurut perintah je adik-adik tu.Mama aku dah mula risau tengok aku membuang barang sesuka hati.Bapak aku dia lagi suka aku campak je.Hati kering sikit aku ni bila berkemas.Hahhahaha..Bapak aku pulak boleh dia buat 2 hari lagi nak raya nak cat siling rumah.Pukul 11 malam kau tau mula mengecat.Bersenam memalam bakar kalori.Buat siang kang dahaga susah pulak ye dak.Siang tu aku dah janji nak buat ketupat palas dengan tok.Sekali aku pi rumah tok, tok aku tak ada pulak.Ada tokwan aku ja.Takpalah,aku dengan kakcik kemas rumah tok dulu.Bila tok aku balik dah nak dekat Zohor, tok kata tak payah buat harinilah.Buat esok.Harini kita bukak daun dulu.

          Tiap kali raya meriah aje.Ayat cliche kan?Mana ada raya tak meriah.Masa raya kat rumah tok, tok sedara aku datang dengan 3 family anak-anak dia.Kan orang kata bila raya ni jumpa sedara mara eratkan silaturrahim dan bermaafan.Suka tokwan aku tengok rumah dia penuh dengan orang.Balik Penang la buat Mr Tummy aku happy yang amat.Memang aku simpan ruang Mr Tummy ni khas untuk menjamu selera dekat Penang.Mamu A'q aku jamu best la lauk pauk tu.Nasi beriani,ayam masak apa tah,daging lembu,daging kambing semua aku letak dalam pinggan.Tak dak istilah diet harini.Lapar punya pasal aku ni sampai tak nampak makcik aku dah sebab dok nampak makanan sedap.Menonong je jalan pergi meja lauk.Terus makcik aku panggil.Hehehehe..ampunlah Lalata.Lauk sedap haruslah hatiku berlagu riang kan.

          Rumah aku tak ada la istilah open house khas.Hari-hari pun rumah aku terbuka untuk dikunjungi.Malah masa raya ni datanglah bila-bila pun insyaAllah kita buka seluasnya pintu untuk tetamu.Sebab raya pertama dah round sakan, raya kedua biasanya duduk rumah tunggu tetamu datang.Aku tak ingat dah raya kedua masak apa.Raya ketiga rasanya aku hari aku duduk dalam dapur sesungguhnya.Sebab aku gigih masak spaghetti untuk tetamu.Memula mama nak buat mee bandung, tapi bapak cakap spaghetti jelah.Haruslah i sinsing lengan baju dan memasak.Makanan barat dalam rumah ni memang selalunya aku dengan adik perempuan rajin dok buat.(Puji diri sikit..hahahah).Bila spaghetti habis,hidang bihun goreng pula.Terima kasih tetamu-tetamu yang datang beraya.

          Tapi kan dalam meriah dok beraya tu, aku baru teringat yang tahun ni aku tak merasa pun makan rendang ayam dengan kuah kacang mama masak.Entah apalah yang sibuk sangat aku ni sampai itu pun tak sempat nak jamah.Alih-alih aku tau aku dah kena cuci periuk rendang ayam dengan kuah kacang.Acaner tu?Itulah kau pepagi raya eksyen sangat tak nak makan rendang ayam n kuah kacang tu.Kau makan nasi kacang parpu dengan sambal udang.Lepas tu simpan perut tu.Nasib baiklah kat rumah tok aku sentuh ketupat dengan rendang ayam tok masak.Sekarang ni kan dah teringat.Mama....masakkan kakak rendang ayam boleh?

          Nanti aku buat entry khas untuk tour raya dan aktiviti bbq dengan kesayangan hati beta ok.

Wednesday, August 6, 2014

Orang Jauh Pulang Beraya

          Aku memang sangat teruja bila Nani bagitau tarikh dia akan pulang.Alhamdulillah,lepas beberapa tahun tak dapat raya bersama, maka tahun ni ada peluang dan kesempatan untuk kami beraya.Haruslah gembira yang teramat sangat.Awal Februari haritu dia balik,nak raya pun dia balik.Yeayyy semua happy tunggu dia pulang.Sebab tiap kali raya ada acara tour raya daripada rumah ke rumah.Time ni la makan sampai rasa perut tu nak meletus.Heheheheh...

          Bila Nani dah sampai Malaysia,dia pun plan nak berbuka puasa bersama.Wajiblah bersua muka.Oh rindu yang amat dekat dia sebab bila berjauhan dengan kawan baik ni, rasa lain la.Macam tak lengkap sebab orang lain ada, tapi ada 1 kekosongan.Dah daripada sekolah rendah dok berkawan sampailah sekolah menengah,bila jauh macam ni aku sentiasa rasa seperti jigsaw puzzle yang tak lengkap.

          Kali ni dapat kumpul berempat.Aku,Nani,Najib & Anis beriftar dekat Secret Recipe.Jarang nak kumpul bertujuh sekali.Tak apa mungkin di lain waktu dan kesempatan nanti.





Alam Indah di Puncak Gunung Jerai

          Selalunya kalau keluar dengan kawan-kawan baik ni mesti pergi Penang untuk makan,jalan-jalan,lepak dekat pantai macam tu je.Tapi kali ni aktiviti lari daripada kebiasaan aktiviti beriadah, kami bersetuju untuk mengikut cadangan Anis dan Najib untuk meneroka keindahan alam di puncak Gunung Jerai.Sebelum ni kami pernah ke Bukit Bendera.Tapi Bukit Bendera oklah sebab naik keretapi dia.Kali ni Anis cakap kita naik kereta sendiri.Sebelum ni aku pernah pergi dengan keluarga pun sewa van yang kat bawah tu untuk bawa naik dan turun.

          Sehari sebelum bermulanya Ramadhan, semua dah bersedia ni sebab nak keluar awal pagi.Tapi berlaku kelewatan sebab Najib ada halangan.Apa pun alasan dia bagi, tetap kena protes dengan ahli rombongan sebab dia lambat.Hahahaha..kesian dia u ollsss.Sarapan pagi pun tapau kuih je.Anis jadi pemandu untuk mendaki ke puncak Gunung Jerai.Lain la pengalaman mendaki dengan van dan dengan kereta.Kalau dengan van aku rasa macam nk tercampak keluar je.Dah la aku duduk belakang sekali.Tapi dengan kereta rasa lebih relax.Taklah rasa macam naik roller coaster sangat.

          Sampai di puncak lebih kurang 20 minit macam tu,terasa kenyamanan udara yang bertiup.Rasa sangat segar daripada udara dekat bawah.Sudahlah sejuk-sejuk.Mula la perasan macam aku sedang berada di negara beriklim macam tu.Boleh nampak kabus masih bersisa lagi.Aku suka tempat yang boleh beri ketenangan.Otak rasa lebih relax apabila berada di tempat macam ni.Kami asyik bergambar dengan keindahan alam.Kat atas ni ada resort.So boleh sewa kalau nak merasa tidur di atas puncak ni.Mungkin di lain masa kalau ada kesempatan,nak cuba tidur semalam di atas puncak gunung ni.Mesti kesejukkan di waktu malam lebih terasa.Aku geram je tengok swimming pool dia.Tahan diri sebenarnya daripada nak kocak air kolam tu.Tak bawa baju ekstra.Nanti basah,satu hal pulak.

       

Kawan-kawan baik yang keluar bersama sehari sebelum puasa.Bila ada bersama diaorang ni, gelak aje.Macam-macam perangai.Ada yang suka menyakat,ada yang kena jadi mangsa usikan,ada yang tukang buat lawak,yang tukang gelak.Pendek kata kalau berkumpul tu riuh suasana.Tapi geng kumpulan tak cukup.Ada lagi dua tak dapat bersama.InsyaAllah satu hari nanti kita cuba kumpul bertujuh okeh?



          Dekat puncak Gunung Jerai ni aku sangat tertarik dengan 1 spesis bunga ni.Macam-macam warna dia ada.Sungguh menggoda.Aku memang suka bila tengok bunga lawa-lawa macam tu.Yang warna pink ni lagi la.Aduh kurenung dari jauh,kurasa geram,kumahu bawa pulang,tapi tak bisa la.Boleh la berterapi mata kejap bila tengok alam indah di puncak Gunung Jerai ni.

          Turun daripada Gunung Jerai,masing-masing dah lapar.Marilah mengisi perut.Aku memang tak daya dah ni.Bila lapar,otak lagi tak boleh berfungsi.So tidur je dalam perjalanan.Kesian Anis memandu dalam keadaan sunyi sebab ahli rombongan tak berdaya nak bercerita.Semua tu letih kan.Hehehehe..bila dah perut masing-maisng terisi,haaaa terus segar-bugar macam bunga yang kembang dekat puncak Gunung Jerai.Lepas makan tengahari,terus balik rumah.