Pages

Tuesday, August 12, 2014

Cerita Raya oh Raya

         Aku belum simpan lagi cerita raya tahun ni dalam blog.Haritu nak letak semua sekali tapi kang tak dak dah modal nak cerita,so simpan dulu la.Sekarang ni mari kita bukak semula cerita raya tahun ni.Ewahhh kau orang jangan ingat raya sebagai seorang dewasa tak meriah ye.Happening je raya aku walaupun umur dewasa.Sebab definisi raya tu bagi aku dah semakin matang.Kecik-kecik dulu teruja tunggu raya sebab ada lawan kumpul duit raya sapa paling banyak.Sekarang dah besar ni lawan berapa banyak open house kau boleh pergi dalam sehari.Entah-entah bilangan open house dalam sehari yang kau pergi kalah dengan bilangan undangan kenduri kau dapat masa musim kenduri kawen.Kan?

          Rasanya daripada awal puasa lagi aku dah sibuk mengemas rumah.Mencampakkan barang yang patut kita campak.Kemas itu ini.Nasib baik ada adik-adik yang boleh harap untuk tolong.Kejap-kejap aku cakap angkat itu,angkat ni buang.Menurut perintah je adik-adik tu.Mama aku dah mula risau tengok aku membuang barang sesuka hati.Bapak aku dia lagi suka aku campak je.Hati kering sikit aku ni bila berkemas.Hahhahaha..Bapak aku pulak boleh dia buat 2 hari lagi nak raya nak cat siling rumah.Pukul 11 malam kau tau mula mengecat.Bersenam memalam bakar kalori.Buat siang kang dahaga susah pulak ye dak.Siang tu aku dah janji nak buat ketupat palas dengan tok.Sekali aku pi rumah tok, tok aku tak ada pulak.Ada tokwan aku ja.Takpalah,aku dengan kakcik kemas rumah tok dulu.Bila tok aku balik dah nak dekat Zohor, tok kata tak payah buat harinilah.Buat esok.Harini kita bukak daun dulu.

          Tiap kali raya meriah aje.Ayat cliche kan?Mana ada raya tak meriah.Masa raya kat rumah tok, tok sedara aku datang dengan 3 family anak-anak dia.Kan orang kata bila raya ni jumpa sedara mara eratkan silaturrahim dan bermaafan.Suka tokwan aku tengok rumah dia penuh dengan orang.Balik Penang la buat Mr Tummy aku happy yang amat.Memang aku simpan ruang Mr Tummy ni khas untuk menjamu selera dekat Penang.Mamu A'q aku jamu best la lauk pauk tu.Nasi beriani,ayam masak apa tah,daging lembu,daging kambing semua aku letak dalam pinggan.Tak dak istilah diet harini.Lapar punya pasal aku ni sampai tak nampak makcik aku dah sebab dok nampak makanan sedap.Menonong je jalan pergi meja lauk.Terus makcik aku panggil.Hehehehe..ampunlah Lalata.Lauk sedap haruslah hatiku berlagu riang kan.

          Rumah aku tak ada la istilah open house khas.Hari-hari pun rumah aku terbuka untuk dikunjungi.Malah masa raya ni datanglah bila-bila pun insyaAllah kita buka seluasnya pintu untuk tetamu.Sebab raya pertama dah round sakan, raya kedua biasanya duduk rumah tunggu tetamu datang.Aku tak ingat dah raya kedua masak apa.Raya ketiga rasanya aku hari aku duduk dalam dapur sesungguhnya.Sebab aku gigih masak spaghetti untuk tetamu.Memula mama nak buat mee bandung, tapi bapak cakap spaghetti jelah.Haruslah i sinsing lengan baju dan memasak.Makanan barat dalam rumah ni memang selalunya aku dengan adik perempuan rajin dok buat.(Puji diri sikit..hahahah).Bila spaghetti habis,hidang bihun goreng pula.Terima kasih tetamu-tetamu yang datang beraya.

          Tapi kan dalam meriah dok beraya tu, aku baru teringat yang tahun ni aku tak merasa pun makan rendang ayam dengan kuah kacang mama masak.Entah apalah yang sibuk sangat aku ni sampai itu pun tak sempat nak jamah.Alih-alih aku tau aku dah kena cuci periuk rendang ayam dengan kuah kacang.Acaner tu?Itulah kau pepagi raya eksyen sangat tak nak makan rendang ayam n kuah kacang tu.Kau makan nasi kacang parpu dengan sambal udang.Lepas tu simpan perut tu.Nasib baiklah kat rumah tok aku sentuh ketupat dengan rendang ayam tok masak.Sekarang ni kan dah teringat.Mama....masakkan kakak rendang ayam boleh?

          Nanti aku buat entry khas untuk tour raya dan aktiviti bbq dengan kesayangan hati beta ok.

No comments:

Post a Comment