Pages

Tuesday, September 16, 2014

Mana Hilangnya Nilai Menghormati?

          Dalam kita sibuk kejar apa yang dunia hidangkan, kadang kita lupa nilai-nilai murni yang sepatutnya kita amalkan.Tak tahu mana silapnya perkara seperti penghayatan nilai murni ini seperti semakin terhakis.Bukan untuk mencari salah siapa tapi aku cukup marah dengan apa yang di alami sehingga membuatkan aku hilang kawalan terhadap diri sendiri.

          Walaupun bukan aku yang disebut, tapi selaku kawan baik kepada yang mengalami, sedikit sebanyak aku terasa tempiasnya.Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula kawan baik yang aku sayang.Mungkin sebab perangai aku yang "kalau kau sentuh orang aku sayang,nahas kau dengan aku" membuatkan aku sendiri tak mampu kawal diri.Sudah lah usia baru setahun jagung dan aku pasti masih di bangku sekolah rendah tetapi apa yang mereka katakan terlalu sukar untuk aku terima.Sememangnya aku akui aku silap sound budak-budak setahun jagung tu dengan lontaran vokal tetapi kalau dah sampai tahap berani datang ikut belakang ketika kami menjauh,dapatlah habuan lontaran vokal aku.

          Perkara yang macam inilah yang selalu buat aku malas nak bersukan dan beriadah.Kalau setakat kau cakap si gemuk berlari,anak gajah menggempakan bumi, aku masih boleh terima dengan akal waras.Ini kau sebut pasal ruang peribadi seorang wanita,kau memang melampau.Bukan sekali dua.Berulang kali kau sebut.Mana aku tka panas hati.Tak bolehkah hormat orang tua ni?Kau terpengaruh dengan siapa ni?Benda yang kau cakap tu tak elok tahu!Itu yang dipandang mereka.Haihhh..gerammmmmmmmmmmmmm!!!!!!!!

          Usia yang masih mentah sebegitu sudah boleh mengeluarkan kata-kata sedemikian, bagaimana apabila mereka meningkat dewasa kelak?Kata-kata mereka berbaur gangguan terhadap seorang wanita membuatkan aku tak mampu sabar.Aku pernah alami situasi yang sama dengan kawan baik aku tu dan benda yang sama juga disebut.Ini bukan lagi penghinaan biasa-biasa.Kalaulah masih ada masa, memang aku dapatkan budak-budak tu kasi tazkirah!Sungguh kurang adab kata-kata kau!Mana hilang nilai menghormati?Mana kau belajar sebut perkataan macam tu terhadap perempuan yang jauh lebih berusia daripada kau?Berani sungguh kau berkata-kata demikian.

          Aku terfikir apa akan jadi kalau perkara macam ni tak dibendung?Mereka terlalu mentah aku rasa.Generasi muda seperti ini yang nak diharapkan untuk menjadi pemimpin negara?Sudahlah tak tahu menghormati orang yang lebih tua, fikiran pula disogokkan dengan perkara yang sangat negatif yang pada aku tidak wajar bagi kanak-kanak seperti mereka.Bukanlah aku cukup baik tapi hormatlah orang yang lebih tua ni kalau kau tak mampu faham untuk hormat kaum wanita.Kalau daripada kecik macam tu dah terdedah dengan perkara sebegini,apabila meningkat remaja kelak lebih banyak lagi masalah yang akan berlaku.

         Sungguh aku yang jadi malu jika generasi sebegini yang bakal dibesarkan!
         

No comments:

Post a Comment