Pages

Wednesday, July 29, 2009

antara perkara yang paling manusia mudah lupa...

semalam terbaca satu kajian menarik tentnag sikap manusia yang mudah lupa.dan info ini dipetik dari akhbar UTUSAN MALAYSIA, 27 JULAI 2009..

antara perkara yang manusia suka lupa..dan adakah aku juga mengalaminya??

1.Membiarkan secawan teh sehingga sejuk

KOMEN:rasanya blom pernah lagi aku terlupa tentang teh.sebab teh adalah peberetku dan minum waktu paans2 adalah satu terapi ketenangan buat aku.yehaa..

2.Di mana anda letakkan kunci

KOMEN:owh..yg ni pn blom lagi..sebab kat umah ada tempat khas untuk letak kunci.so senang semau orang nak cari dan nak amek kunci..

3.Untuk apa anda ke kedai

KOMEN:huhu..sebab tu kalu nak beli banyak sangat groceries..aku buat list ok!kang tah pape yang aku bli lak.kekadang aku baut list tu siap denagn bajet harga barang tu lagi.takut2 over expenses lak.

4.Pakaian basah di dalam mesin basuh

KOMEN:aiyoh...ni pn blom lagi.pas mesin stop kena trs sidai laa..kalu tak nanti mama marah lak.hahah...agknya sebab tu kot tak pernah lupa baju dlm mesin basuh.

5.Mengecas telefon bimbit / iPod

KOMEN:haa...ni memang aku mengalaminya tapi bukan selalu.kalau aku charge handphone kekadang leh sampai 4/5 jam gak sebab pas charge tu terus xigt handphone.uh..macam skrg laa...aku dah 3 jam charge handphone.bila wat menda ni br trinagat handphone aku.owhh...rosak la macam ni hp ak tu...

6.Di mana anda letakkan kenderaan

KOMEN:aku jarang memandu..so blum mengalaminya..hehe

7.Menyiram pokok bunga

KOMEN:bleh x aku jujur mengakui bahawa aku paling tak suka menyiram pokok bunga?aku boleh biar je pokok2 tu..kejamkah?sejak dlu ag itu la keje yg plng ak xmau buat.napa ya?

8.Umur sendiri

KOMEN:hahah...tak pernah lupa umur lagi buat masa ini sebab tiap tahun de je orang yang akn igtkn aku tentang peningkatan umur ku.n de yang siap call aku makcik lagi.heh..keje kwn baik aku..makcik najib.wakakka...

9.Membeli susu

KOMEN:tidak termasuk dalam perkara yang aku perlu lakukan...

10.Mengunci kereta

KOMEN:pun tidak pernah...sebolehnya jadi rutin tetap b4 left the car..tengok keadaan keta dh kunci blom.

11.Di mana anda letakkan dompet

KOMEN:yup..agree2!!!sejak stay kat umah dah jarang gak kuar2 umah g jenjalan.so kekadang seminggu dok umah.then ble nk kuar umah je,ak msti ckp ayt ni kt adik2 aku "korang de nampak purse akak x?" or "mama...purse kakak kt mana ek?"

bersediakah aku?!

tadi tetibe teringat nak relpy mesej makjang 2 hari lepas.memandangkan handphone aku takde kedit jadi aku pkai handphone mama je.makjang tny sal bapak aku whether dah ok ke dr operation dia tu.so aku pn ckp la semua dh ok and bapak pun dah keje balik.alhamdulilah...

pastu aku iron baju skolah adik laki ak nih.memang tak perasan la bunyi handphone aku bunyi sebab aku letak kat meja makan.then tetibe dengar bunyi phone rumah lak berdering2.aik?sapa lak call mlm2 ni?aku punya la berkejaran last2 call tu end up cmtu jer.xpe..ak tunggu la kot2 orang tu nak call balik.betul tekaan aku..orang tu call balik.orang tu makjang la sebab dia call handphone aku tapi aku tak jawab.

then makjang cakap makjang nak call handphone aku.aku pn ok je la.nak dijadikan citer makjang tetiba cakap yang dia dah tanya ngan kawan dia sal keje kosong.erk?jantung aku berdebar2 denagn sendirinya masa tu.

"ok macam ni..nanti kawan makjang tu bagi no fon ofis dia,kakak call la tanya macam mana.kalau nak kena interview kakak set up la date dia.then stay umah makjang je,"ujar makjang.

"ha ok2.t kakak tanya bapak n mama dulu,"balas aku.

"ofis kawan makjang ni kat mines jer.opposite to ktm serdang.kalau ko nak pergi keje nanti pkai je kete satria makjang tu,"slumber je makjang bagi offer kat aku.

"ha?satria tu manual kan?nak kena praktis balik la ni.hehe.."ak gelak n makjang aksi ceramah dekat aku sebab katanya kena la tera bawak auto n manual.heheh..

pas letak fon,aku terpikir sendiri.ermm..bersediakah aku nak keje ni?xke macam ttbe jer?aduhaii..tu la dah berbulan lamanya aku duduk memanjakan diri kat umah.tapi pape pn adakah parents aku akan mengizinkan aku berhijrah ke KL?mencari rezeki disana?hurmm...aku akan mencuba untuk melakukan perubahan dan sedia utnuk belajar sesuatu yang baru.kalau aku dapat keje ni amknanya aku dah kena belajar berdikari even aku akan tinggal dengan makjang n pakjang aku kt KL.aku kena belajar jadi lebih dewasa lah kn?owhhh...boleh ke aku buat ni?

no matter what...aku kena berusaha juga.sampai bila nak berada di comfort zone jer.sampai masanya aku perlu melakukan kelainan dalam hidup aku.bukan ke aku nak berjaya.kalau aku tak memulakan langkah pertama sampai bila pun aku tak akan kemana-mana.hopefully parents aku akan mempercayai aku dan memberi izin pada aku.dan harapnya keje aku tu nanti bukanlah akan menambahkan tekanan padaku seperti pengalaman aku bekerja sebelum ini.

Monday, July 27, 2009

Kisah orang tak tahu berbahasa..


Hari ni aku dan kawan baik aku, cik nani serta kakak dia kak yana plan menghabiskan masa kami dengan main bowling.So tengah hari tu dlm kul 12 cik nani datang la amek aku ngan keta dan kami pun melungsur laju la nak mengisi perut dulu.Pas makan baru kami gerak g pusat bowling yang tak berapa ramai sangat la orang.Agaknya sebab ramai yang kerja kot arini.

So takpe la..kami pun dok bergembira di game pertama dengan aksi-aksi menarik.hehe..yang bestnya aku dapat buat strike!cik nani dan kak yana melihat aku melompat kat lane dengan penuh gembira..itu sebab ak nak memotong markah cik nani yang harini sungguh hebat pula dia bermain.

Dan permainan diteruskan untuk set yang kedua dan kali ini cik nani benar-benar mahu menang.Tapi kebangkitan kak yana dengan balingan yang menarik membuatkan aku dan cik nani tercabar.Tak senang duduk dibuatnya dan yang paling kelakar cik nani cuba memandrem akaknya sendiri.jeles la tu kan?hahahaha...

Tengah seronok main, tetiba je muncul la seorang insan yang sungguh tak disangka dan dengan slumber dia amek bola kitaorng.ciss...sungguh kurang sopan!kak yana pn trs bangun dengan tiba-tiba dan aku takut seketika kalau2 kak yana menyerang si lelaki tadi.tapi kak yana blah dari lane kitaorng n g cari ball baru but tak dapat.Hati aku n cik nani dah panas dh.konsentrasi terganggu,emosi marah dan geram melanda kami bertiga.tak lama lepas tu, de la pulak sorg ag mamat nih dtg kat lane kami dan amek ball kami lagi.adoii...sengal alam betol!sungguh menguji kesabaran.

Masalah aku disini ialah napa la dowg ni tak mintak izin dulu sebelum nak amek ball tu?Bukannya susah nak cakap "boleh saya amek ball ni?" dan bukannya kami tak bagi kalau dia mintak dengan cara yang elok.ni tak..main amek jer.tak pasal2 menaikkan darah orang n free2 je aku dok beremosi kat situ.sangat menjengkelkan la perangai manusia spesis macam ni.uh..tension aku.apala gunanya kerajaan buat kempen BUDI BAHASA BUDAYA KITA sedangkan masih ramai lagi manusia2 yang tak tahu nak berbudi bahasa.

Kalau ikut hati aku yang dah hilang pertimbangan ni, nak je lepas main tu aku baling ball yang ada kat kami kena sekor2 yang curik ball tu.biar berbenjol kepala kau supaya next time kau ingat sikit untuk berbudi bahasa dengan orang.dah la kau amek ball size 7 and 8.malu la sket aku ni leh angkat ball size 12 takkan la ko nak amek ball size 7 and 8?sangat sadis la.dah la yang geng laki yang mula2 amek ball kami tu baling bola cam main bowling kelapa.len kali bawa kelapa la jadi ball kau.eishh...geramnya aku!!!

Balik rumah jer aku citer kat adik lelaki aku dan adik lelaki aku pun naik geram sama.dia cakap napa la aku tak lawan balik?kalau dia ada kat situ nahas la laki tu kena dengan dia.adik laki aku ni memang pantang kalu ada sesapa yang dok menyakitkan hati kakak dia.

Huh...harap next time main aku takkan jumpa lagi dengan manusia2 spesis macam ni dan aku takkan jumpa lagi dengan insan2 tadi tu.arghhhh....

seorang insan bernama Yasmin Ahmad


If you go away on this summer's day,

Then you might as well take the sun away
All the birds that flew in the summer sky
When our love was new and our hearts
were high
When the day was young and the nights w
ere long
And the moon stood still for the night bird'
s song
If you go away, if you go away, if you go a
way.
(Ne Me Quitte Pas by Jacques Brel)

Salah satu lagu dari filem MUKHSIN...

Aku sangat terkejut bila tengah online semalam aku mendapat perkhabaran bahawa seorang pengarah filem yang sentiasa terkenal dengan hasil kerja yang menarik serta memberikan impak baru dalam dunia perfileman, Yasmin Ahmad telah meninggal dunia.Aku sangat bersedih namun aku perlu sedar bahawa dari DIA kita semua datang dan keapda DIA kita semua akan pulang.Cuma kali ini DIA menjemput Yasmin terlebih dahulu.Saat mendengar berita tentang dia rebah di Sri Pentas, aku sentiasa berdoa agar dia kembali sembuh.Namun DIA lebih sayangkan Yasmin.

Aku mula mengenali karya-karya beliau setelah mendengar kehebatan yang kelainan yang ditonjolkannya dalam RABUN.Masa tu cuma mendengar sahaja nama insan ini dan apabila filem SEPET ditayangkan, aku menonton filem itu.Mulanya aku tidak faham dengana ap yang cuba disampaikan oleh pengarah ini namun setelah aku sering menontonnya aku mula memahami maksudnya.Dan seterusnya aku menjadi ketagih dengan karya-karya beliau.GUBRA, MUKHSIN dan TALENTIME memberi warna-warna kasih sayang serta norma sebenar hidup ini.

Kehilangan Yasmin akan membuat aku merindui iklan-iklan hebatnya dengan Petronas.Pasti akan dirindui!

Semoga rohnya dicucuri rahmat...Al Fatihah


Thursday, July 16, 2009

ha?macam xpercaya jer...


Again...as usual pagi2 selak surat khabar.Dan hari ni dapat satu lagi kajian yang telah dijalankan..Oh..masa baca artikel nih rasa macam xbetul je kajian yang dowg wat.Ada ke seorang perempuan itu dikatakan menghabiskan masanya hampir setahun dari seluruh hidup mereka semata-mata nak pilih baju.aduhh...bikin pusing aku aja!!!

So ni petikan itu...

WANITA kebiasaannya akan menghabiskan masa hampir setahun daripada kehidupan mereka untuk membuat keputusan dalam memilih pakaian.

Kajian mendapati memilih pakaian untuk bekerja, keluar makan malam, berjalan-jalan, bersenam dan sebagainya akan membabitkan masa sehingga 287 hari untuk wanita berada di hadapan almari pakaian mereka.

Masa paling banyak dihabiskan ialah ketika memilih pakaian untuk menghadiri majlis sosial pada malam Sabtu atau minggu dan juga memilih pakaian bercuti.

Pakar mendapati secara purata wanita akan menghabiskan sebanyak 16 minit setiap hari biasa untuk membuat keputusan memilih pakaian dan 14 minit ketika hari pagi Sabtu atau Ahad.

Pengeluar pakaian Matalan menjalankan kajian ke atas 2,491 wanita dan memilih wanita berumur dari 16 hingga 60 tahun sebagai sampel kajian.

SUMBER:UTUSAN MALAYSIA,15 JULAI 2009 (KHAMIS)

Tapi bila aku fikir-fikir balik memang ada logiknya.Aku sendiri kalu nak kuar mau tercegat depan almari dok tengok nak pakai baju apa.Kalau aku malas nak pakai baju ala2 ladies (ladies kerr??) nak grab sehelai t-shirt biasa pown ak leh pilih lama.Nak tengok kaler baju la,tudung yang sesuai la..aduss..mmg hmpir 15 min gak kot.

Tapi lembap2 ak pilih baju pown ak cepat siap ok!Rasanya blom ada lagi yang kena tunggu aku kalau bab2 bersiap ni.Bukan nak bangga diri tapi hasil kajian ni macam ya pulak kalau aku tengok balik kat kawan2 ak.

hoho..perempuan aje ker yg mcm tu?laki agaknya bape lama lak ek kalu nak pilih pakaian?nape laa kajian ni xbuat skali kat laki.bukan untuk tujuan membandingkan sekadar mahu tambah pengetahuan...

Terpikir lak aku cam mana dowg wat kajian nih?Kalau pakai borang soal selidik, mau seksa nak analisa 2491 orang punya jawapan.Oh teringat lak zaman2 aku and the geng kena wat borang soal selidik.Nasib baik kami kena wat ke atas 50 responden jer..tu pun jenuh dok kira...kalau 2000 lebih nih mau sakit kepala..

Tuesday, July 14, 2009

NATRAH..sebuah kisah kesepian dan kerinduan

Natrah bersama ibu angkatnya Che Aminah Mohamed


Kisah wanita ini mula menjadi bualan hangat sekitar tahun 1950 apabila berlaku perebutan hak penjagaan seorang remaja perempuan, Maria Bertha Hertogh atau nama Islam yang diberikan oleh keluarga angkatnya Natrah Ma'arof.Pelbagai konflik yang berlaku hingga mencetuskan satu rusuhan pada 12 Disember 1950 dan dinamakn sebagai Rusuhan Natrah.

Aku sendiri masih baru mengenali akan wanita yang sebenarnya memberikan impak sejarah yang amat penting tidak kira lah dari sudut undang-undang mahupun adat budaya.Aku tidaklah bagus bab-bab sejarah ni namun hati aku mula tertarik untuk mengikuti kisah dan mengetahui latar belakang Natrah.

Nama Natrah mula aku kenal ketika dalam kelas Kenegaraan Malaysia yang aku ikuti semester lepas.Masa tu aku kurang pasti bagaimana pensyarah aku, Puan Zaida boleh memulakan kisah tentang Natrah.Namun apa yang diceritakan oleh Puan Zaida benar-benar menarik perhatian aku.Sejak itu aku mula mencari bahan-bahan yang boleh aku abca tentang Natrah.Semuanya dari internet ketika itu.

Namun pada 8 Julai lalu...ketika aku menatap akhbar aku terkejut saat menatap satu berita tentang Natrah yang telah meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen,Belanda.Aku tersentak kerana aku seperti baru sahaja membaca kisah-kisah hiudp wanita ini.

Tengah hari tadi juga aku menonton rancangan Wanita Hari Ini kat TV3.Kisah hidup Natrah diceritakan oleh seorang penulis Datin Fatini Yaacob dan seorang wanita dalam bidang perundangan dari UIAM yang aku tak ingat pulak nama dia..

Mendengar dan membaca kisah Natrah ini membuatkan aku sedar betapa hebatnya cinta Natrah.Natrah sangat cintakan agama Islam hingga masih bertanya soal masjid,sejadah serta arah kiblat ketika dia mula-mula sampai di kediamannya di Bergen Op Zoom malah tidak lupa sembahyang 5 kali sehari.Cinta Natrah pada seorang lelaki yang dikahwininya ketika dia berusia 13 tahun, Mansor Adabi tidak pernah padam dari jiwa Natrah.Malah melalui pembacaan aku Natrah dan Mansor Adabi pernah berutus surat beberapa kali.Kasih sayang Natrah tidak pernah hilang buat keluarganya yang berada di Terengganu hingga membawa kepada kepulangan beliau ke Terengganu pada 1997.

Pada aku generasi muda seharusnya mendalami kisah Natrah ini sebagai satu panduan dan contoh.Mungkin selama hayat Natrah dia hidup dalam kesepian dan kerinduan.Natrah sepi setelah dia dipisahkan dengan keluarga angkatnya.Natrah sepi apabila dia meninggalkan Tanah Melayu ketika itu untuk pulang kepada keluarga kandungnya di Belanda.Natrah sepi apabila melalui hari-hari yang mendatang tanpa orang-orang yang disayanginya...

Dan kerana kesepian itu Natrah menanggung rindu yang teramat sangat.Mungkin benar tajuk perbincangan WHI betapa Natrah itu menderita akibat dua dunia.Bagi aku dua dunia ini telah memberikan satu tekanan pada diri Natrah sendiri.Dua dunia yang sepatutnya boleh menjadi satu dan memberikan erti sebuah kebahagiaan buat dirinya jika tidak wujud jurang yang membezakan dua dunia ini..

Walau apa pun akhirnya,kisah Natrah ada pengajaran yang tersendiri.Aku mengambil iktibar dari kisah kesepian dan kerinduan wanita ini...

Monday, July 13, 2009

Lelaki...9 perkara yang tidak akan terlepas


Arini macam biasa pagi2 ku diisi dengan menyelak Utusan Malaysia sambil minum milo panas buatan sndri.Then terpandang la satu artikel menarik ni dan membuatkan aku menilai kebenaran atau ia sekadar satu mitos kepercayaan sahaja...

Aku menilai berdasarkan pengalaman sendiri...dan ia sekadar menambahkan ilmu aku sahaja.

Well..here it is...

1.LELAKI SELALUNYA BETUL
Menakjubkan! Bagaimana lelaki tidak pernah melakukan sebarang kesalahan? Padahal wanita akan menyalahkan diri sendiri apabila daging tidak cukup masak atau tertinggal kunci rumah di pintu dan lelaki selalunya akan mencari seseorang atau apa sahaja untuk dipersalahkan.

KOMEN:huhu..kurasakan betul juga nih sbb tgk kalau laki nak parking dia mesti park dengan betul dan hanya sekali sahaja percubaan.tapi kalu perempuan...terpaksa kuar masuk petak parking sbb nk betulkn kedudukan kereta yang senget...aku lah tu!!!

2.LELAKI AKAN MEMBERIKAN NASIHAT SEDANGKAN ANDA MAHU MEREKA MENJADI PENDENGAR
Lelaki selalunya gagal memahami wanita. Wanita tidak semestinya mencari jalan penyelesaian untuk setiap masalah, mereka hanya mahu meluahkan tetapi lelaki mahu mencari jawapan atau penyelesaian terhadap setiap masalah yang dihadapi oleh wanita.

KOMEN:
erm...yang ni cam xpasti lak..sbb rsnya ak blom lagi meluahkan apa2 masalah pada lelaki.selalunya aku yang bagi nasihat kt lelaki bila dowg de mslh even dowg just nk ak dgr je..habit ak tu xdpt dielakkan!

3.
LELAKI MENGAMBIL KESEMPATAN APABILA STOKIN BERSIH MEREKA BERTAMBAH DENGAN TIBA-TIBA
Realitinya, seorang lelaki menjadi pakar memasukkan sesuatu barangan ke dalam bakul. Misalnya mereka mampu membuat balingan jarak jauh untuk memasukkan sesuatu barang ke dalam bakul dan diikuti dengan jeritan goal! Tetapi mereka gagal apabila melakukan kerja-kerja seperti memindahkan baju yang telah dibasuh dari mesin basuh ke dalam pengering atau bakul. Jika boleh mereka inginkan almari mereka dipenuhi baju-baju bersih dengan sendirinya.

KOMEN:ahahah...tersangatlan tepat perkara ini.tak ammpu ku elak lagi..gelak besar aku membaca menda ni dan buat aku teringat aksi adik laki ak tiap kali balik skolah.

4.MEREKA TIDAK MAMPU MENGIKUT WALAU HANYA SENARAI EMMBELI BELAH YANG MUDAH
Sama ada mereka akan menelefon anda semula untuk bertanyakan senarai barangan tersebut ataupun mereka pulang dengan membawa dua kilogram keju.

KOMEN:yezzaa...seperti adik laki ku aje fakta nih..kalau disuruh kekedai pasti berpuluh kali dia tny nk beli apa!aduhh..poning pale akak!!

5.LELAKI INI MISTERI
Walaupun mereka ini tidak mengaku, mereka percaya pada prinsip bahawa wanita sepatutnya mempunyai hak dan peluang dalam hal undang-undang, politik, sosial, ekonomi dan sebagainya.

KOMEN:hehe..lelaki sukar nak mengaku hal ini ya?nnt ak nk tny ngan kwn2 laki ku..siap la korg..wakakka...

6.LELAKI LEBIH SUKA SESAT DARIPADA BERTANYAKAN ARAH
Jarang lelaki mahu berhenti dan bertanya orang apabila tidak menemui arah yang dituju.

KOMEN:BENAR!!!owhh..mengapa ya mereka tak suka bertanya kalau sesat?aku pernah ikut member laki nih dan kami konpius jalan mana nak ikut..kwn laki ak yg sorg ni ckp ko ikut sign board je..nnt ak igt jln ak bg taw..adehh...seb bek bkn ak yg drive ms tu..

7.MEREKA SELALU INGINKAN KEMENANGAN BERADA DI PIHAK MEREKA
Ini termasuk apabila mereka bermain dengan anak-anak. Tetapi tidak bagi seorang ibu, mereka akan membiarkan anak-anak mereka membuat pertimbangan yang sewajarnya.

KOMEN:dlu penah men frisbee...huh..mmg kwn2 laki ak ni xnk kalah.sakit ak dibuatnya.tapi dowg always fight till the end.bgsnyaa...pastu ak gak yg letih

8.LELAKI MAMPU MENGHADAPI SAAT-SAAT KESUKARAN
Ini merupakan satu kenyataan yang betul tentang lelaki. Mereka sanggup menahan kesakitan dan hanya meminta ubat bius sekiranya tidak lagi mampu menahan kesakitan yang melampau.

KOMEN:owhh..sangat macam acap!acap, ko kalu sakit makan ubat la..dok tahan sakit tu watpe.seksa badan taw ko nih..

9.MEREKA PERLU MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA SUATU PERKARA PADA SUATU MASA
Mereka definisikan sebagai memberi tumpuan dan mementingkan kualiti. Bila anda menyampuk, mereka akan marahkan anda. Sebaliknya wanita pada satu-satu masa mampu melakukan 10 perkara sekali gus.

KOMEN:should i say anything bout this one??i just can laugh...

Dan aku sangat tertarik dengan penutup artikel ni yang begitu baik...

Biar apa pun alasan, pro atau kontra, manusia tidak boleh menidakkan hakikat bahawa lelaki dan wanita sememang saling memerlukan antara satu sama.Hidup tidak akan sempurna atau lengkap tanpa ada salah seorang daripadanya. Malah dalam Islam, Allah SWT telah berfirman bahawa manusia itu diciptakan berpasang-pasangan.Jadi tidak perlulah mengubah fitrah alam hanya atas alasan sains dan teknologi.

Lembaran Baru...

Salam..first word utk blog ni n first word yang membawaku kedunia blog..semoga akn ada byk word lagi lepas ni..

hurmm..actually ak dh de blog kt tmpt lain tp kenapa ya harus ak bertamu di blogger ni jugak?xpew..ada sesetengah perkara tu kita lakukan tanpa perlukan alasan atau sebab mengapa ia perlu terjadi.kadang-kala itu yang terbaik daripada melakukan sesuatu itu dengan beralasan...owh...that's me!

EMANSIPASI...unik dan tersendiri..masa ak made up my mind nk start blog nih nama ni trs bermain dlm otak aku.aku sndri xtaw kenapa (sering terjadi tanpa alasan) ilham itu datang secara tiba-tiba.bila aku check meaning EMANSIPASI aku sangat terkejut + teruja!!!

EMANSIPASI=kebebasan wanita...
1.aku menganggap EMANSIPASI sebagai kebebasan dari sudut yang positif ok!!
2.kebebasan untuk aku bersuara dan berkongsi cerita tentang apa sahaja yang aku fikirkan mampu menjadi sesuatu yang harus diteladani kita semua.
3.aku sentiasa percaya bahawa setiap orang itu mahu memiliki kebebasannya sendiri dan aku hanya mohon ruang kebebasan itu.

EMANSIPASI INSPIRASI LIBERALISASI TANPA KONSPIRASI