Pages

Monday, July 27, 2009

seorang insan bernama Yasmin Ahmad


If you go away on this summer's day,

Then you might as well take the sun away
All the birds that flew in the summer sky
When our love was new and our hearts
were high
When the day was young and the nights w
ere long
And the moon stood still for the night bird'
s song
If you go away, if you go away, if you go a
way.
(Ne Me Quitte Pas by Jacques Brel)

Salah satu lagu dari filem MUKHSIN...

Aku sangat terkejut bila tengah online semalam aku mendapat perkhabaran bahawa seorang pengarah filem yang sentiasa terkenal dengan hasil kerja yang menarik serta memberikan impak baru dalam dunia perfileman, Yasmin Ahmad telah meninggal dunia.Aku sangat bersedih namun aku perlu sedar bahawa dari DIA kita semua datang dan keapda DIA kita semua akan pulang.Cuma kali ini DIA menjemput Yasmin terlebih dahulu.Saat mendengar berita tentang dia rebah di Sri Pentas, aku sentiasa berdoa agar dia kembali sembuh.Namun DIA lebih sayangkan Yasmin.

Aku mula mengenali karya-karya beliau setelah mendengar kehebatan yang kelainan yang ditonjolkannya dalam RABUN.Masa tu cuma mendengar sahaja nama insan ini dan apabila filem SEPET ditayangkan, aku menonton filem itu.Mulanya aku tidak faham dengana ap yang cuba disampaikan oleh pengarah ini namun setelah aku sering menontonnya aku mula memahami maksudnya.Dan seterusnya aku menjadi ketagih dengan karya-karya beliau.GUBRA, MUKHSIN dan TALENTIME memberi warna-warna kasih sayang serta norma sebenar hidup ini.

Kehilangan Yasmin akan membuat aku merindui iklan-iklan hebatnya dengan Petronas.Pasti akan dirindui!

Semoga rohnya dicucuri rahmat...Al Fatihah


No comments:

Post a Comment