Pages

Tuesday, July 14, 2009

NATRAH..sebuah kisah kesepian dan kerinduan

Natrah bersama ibu angkatnya Che Aminah Mohamed


Kisah wanita ini mula menjadi bualan hangat sekitar tahun 1950 apabila berlaku perebutan hak penjagaan seorang remaja perempuan, Maria Bertha Hertogh atau nama Islam yang diberikan oleh keluarga angkatnya Natrah Ma'arof.Pelbagai konflik yang berlaku hingga mencetuskan satu rusuhan pada 12 Disember 1950 dan dinamakn sebagai Rusuhan Natrah.

Aku sendiri masih baru mengenali akan wanita yang sebenarnya memberikan impak sejarah yang amat penting tidak kira lah dari sudut undang-undang mahupun adat budaya.Aku tidaklah bagus bab-bab sejarah ni namun hati aku mula tertarik untuk mengikuti kisah dan mengetahui latar belakang Natrah.

Nama Natrah mula aku kenal ketika dalam kelas Kenegaraan Malaysia yang aku ikuti semester lepas.Masa tu aku kurang pasti bagaimana pensyarah aku, Puan Zaida boleh memulakan kisah tentang Natrah.Namun apa yang diceritakan oleh Puan Zaida benar-benar menarik perhatian aku.Sejak itu aku mula mencari bahan-bahan yang boleh aku abca tentang Natrah.Semuanya dari internet ketika itu.

Namun pada 8 Julai lalu...ketika aku menatap akhbar aku terkejut saat menatap satu berita tentang Natrah yang telah meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen,Belanda.Aku tersentak kerana aku seperti baru sahaja membaca kisah-kisah hiudp wanita ini.

Tengah hari tadi juga aku menonton rancangan Wanita Hari Ini kat TV3.Kisah hidup Natrah diceritakan oleh seorang penulis Datin Fatini Yaacob dan seorang wanita dalam bidang perundangan dari UIAM yang aku tak ingat pulak nama dia..

Mendengar dan membaca kisah Natrah ini membuatkan aku sedar betapa hebatnya cinta Natrah.Natrah sangat cintakan agama Islam hingga masih bertanya soal masjid,sejadah serta arah kiblat ketika dia mula-mula sampai di kediamannya di Bergen Op Zoom malah tidak lupa sembahyang 5 kali sehari.Cinta Natrah pada seorang lelaki yang dikahwininya ketika dia berusia 13 tahun, Mansor Adabi tidak pernah padam dari jiwa Natrah.Malah melalui pembacaan aku Natrah dan Mansor Adabi pernah berutus surat beberapa kali.Kasih sayang Natrah tidak pernah hilang buat keluarganya yang berada di Terengganu hingga membawa kepada kepulangan beliau ke Terengganu pada 1997.

Pada aku generasi muda seharusnya mendalami kisah Natrah ini sebagai satu panduan dan contoh.Mungkin selama hayat Natrah dia hidup dalam kesepian dan kerinduan.Natrah sepi setelah dia dipisahkan dengan keluarga angkatnya.Natrah sepi apabila dia meninggalkan Tanah Melayu ketika itu untuk pulang kepada keluarga kandungnya di Belanda.Natrah sepi apabila melalui hari-hari yang mendatang tanpa orang-orang yang disayanginya...

Dan kerana kesepian itu Natrah menanggung rindu yang teramat sangat.Mungkin benar tajuk perbincangan WHI betapa Natrah itu menderita akibat dua dunia.Bagi aku dua dunia ini telah memberikan satu tekanan pada diri Natrah sendiri.Dua dunia yang sepatutnya boleh menjadi satu dan memberikan erti sebuah kebahagiaan buat dirinya jika tidak wujud jurang yang membezakan dua dunia ini..

Walau apa pun akhirnya,kisah Natrah ada pengajaran yang tersendiri.Aku mengambil iktibar dari kisah kesepian dan kerinduan wanita ini...

No comments:

Post a Comment