Pages

Thursday, October 29, 2009

SIMPATIKU UNTUK DIA...

Dalam hidup ini ada banyak perkara yang tak terduga akan melanda
Itu semua adalah kehendak Allah SWT yang telah mengaturkannya
Kita tidak pernah meminta atau menginginkannya
Andai ia terjadi jua, apa yang harus dilakukan?
Siapa yang harus bertanggungjawab?
Itu yang aku fikirkan
Bila dugaan melanda dengan begitu hebatnya
Aku,dia atau siapa jua
Tidak pernah meminta
Dan kala itu aku menangis hiba disisi dia
Sedang dia sedaya upaya rela dan redha atas ketentuan Ilahi
Hanya aku dipercayai dia
Memegang amanah hingga hujung nyawaku
Sedu aku tiada henti saat itu
Namun aku hanya mampu simpati untuk dia..

The First Big Day in My Life

Alhamdulillah, dengan penuh rendah diri aku memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke Allah SWT kerana dengan izinNya aku telah selamat bergraduasi di Dewan Seri Negeri, Kompleks Seri Negeri, Melaka pada 24 Oktober 2009 pada hari Sabtu.Akhirnya setelah 2 tahun aku bergelumang denagn segala pahit manis menuntut ilmu dalam bidang perakaunan, kini aku berjaya menggengam segulung diploma yang merupakan hadiah istimewa untuk semua yang telah mendorong aku untuk sampai ke peringkat ini.

Semua kaum keluarga aku berada di Melaka termasuklah abang yang sanggup datang dari Putrajaya untuk menyokong aku.Aku sangat menghargainya.Untuk mama n bapak serta didi n my aunty Latun, sebab buat aku sangat terharu hari itu.Nak menangis tak terluar air mata sebab ini adalah detik yang aku tunggu sekian lama.Melihat teman-teman yang turut sama memulakan pengajian dengan aku di Kolej Profesional Mara Beranang segak mengenakan jubah masing-masing, aku rasa cukup gembira.Apa pun yang telah melanda kami sepanjang perjalanan 3 tahun, hari itu kami bersama untuk naik ke pentas dan menerima hadiah daripada usaha kami.Syukur kepadamu Ya Allah.Hari ini segala pengorbanan mama dan bapak serta susah payah mereka terbalas apabila aku naik dengan bangganya ke atas pentas.Perjuangan aku adalah hasil kepercayaan mereka,doa yang tidak putus-putus serta janji aku untuk membuat mereka bahagia di hari ini.

Tahniah aku ucapkan buat senior aku, saudara Khairul Adnan yang telah dinobatkan pelajar terbaik keseluruhan.Dia membanggakan semua pihak.Ucapannya mencetuskan sendu dalam dewan yang sejuk itu.Aku mengenali Khairul Adnan ketika di awal pengajian memandangkan sama-sama terlibat dalam aktiviti surau.Dia layak untuk Anugerah Pelajar Terbaik!

Rakan-rakan yang berada didalam hidup aku selama ini, aku ucapkan terima kasih kerana memahami,mendorong,mempercayai,mengajar serta berkongsi segalanya dengan aku.Daripada rakan-rakan baik sejak dari sekolah Nani, Najib, Dayang, Syafiq kemudian rakan-rakan sebilik dari semester 1 smpai 5 Sha, Wana,Puteri, Shira,Tim,Kak Bai, Reena, Timah,Az, Ain,Kak Yani, Kak Zetty,Kak Lin, Fuza dan Jiha diikuti rakan-rakan sekelas dari semester 1 smpai 5 yang nak disenaraikan terlalu ramai, rakan-rakan dari keluarga Peers Sara,Enan,Baz,Fekri,Clah,Ejay,Kak Boo, Kak Annajah,Amy,Umra, Acap,Dyla,Boboy,Akmal Hisham,kaunselor yang banyak membantu Kak Ina, para pensyarah yang aku anggap seperti ibu serta kawan baik aku sendiri, mentor tersayang Pn Razina, adik2 mentee, serta semua yang mengenali aku, sekalung penghargaan buat anda kerana sentiasa bersabar melayan karenah dan telatah yang kadang-kala memeningkan anda.

Pesanan kalian untuk aku teruskan usaha serta mencipta kejayaan lagi di amsa akandatang akan aku teruskan kerana aku tahu kalian sentiasa ada menemani diri ini dalam suka dan duka.InsyaAllah..Dia menentukan rezekiku yang seterusnya.Moga yang terbaik menanti aku selepas ini.

PAPADOM..remind me to his sacrifices

Semasa filem ini menang anugerah dekat FFM aritu, aku memang nak sangat tengok citer ni.Nak tau la apa yang menariknya jalan cerita filem ni sampai menang banayk anugerah dekat FFM serta paling menarik dinobatkan FILEM TERBAIK even belum lagi ditayangkan kepada umum.So memandangkan aku ada dekat KL for the past 3 weeks, hujung minggu ble tah aku keluar dengan 2 sahabat baik aku merangkap merpati 2 sejoli.hehe..my dear Sara n Enan.Dowg ni awlnya plan nk teman ak cari tudung nk pakai untuk dinner convocation nnt.Then Sara lak nak cari kasut.Lepas tu membeli tudung aku dekat Jalan TAR, Sarah masih lom jmpa kasut dia.

Finally Enan bawak kami ke Times Square.Kat situ lagi banyak benda leh kami buat.Masa dalam kereta lagi Enan dah cakap nak main bowling.Katanya aku pernah berangan nak kalahkan dia ble ak turun KL (hakikatnya masa tu aku dah rasa aku yang akan kalah denagn si Enan ni.naya la aku..).Smpai je kami g bli tiket wayang.And citer pilihan aku n Sarah mestilah PAPADOM.Enan kena la menurut kata 2 wanita ni kan.hahaha..

Masa menonton citer tu, aku dapati diri aku asyik teringatkan bapak.Agaknya bapak pon susah hati sebab aku jugak kan?Yela,aku kan ank pompuan dia.Mesti bapak terfikir tentang life aku.Seorang ayah dia tak akan tunjuk cara dia ambil berat tentang anak dia macam seorang mak.Ayah kena maintain cool all time.hehe..

Walaupun banyak scene2 kelakar dan menyentuh perasaan, aku rasa mesej yg cuba disampaikan oleh Afdlin Shauki memang cukup sempurna.Cara Afdlin berkongsi rasa kasih sayang dia dengan penonton membuatkan 1 panggung terasa kesannya termasuklah aku.Kalau tak xkanlah aku nak pergi tengok citer tu lagi dnegan makjang, haziq n kwn2 makjang kan.Sebab citer tu best dan ada kualiti yang tersendiri so aku rela menonton setiap hari pon xpe.Tp kalu tiap2 hari aku p tengok citer tu, konpem mama bising kang.Xde keje len ke dok p panggung tiap ari.hahaha...

Saturday, October 3, 2009

Peringatan Dari Allah SWT..

Kejadian gempa bumi yang melanda Indonesia baru-baru ini serta beberapa gegaran susulan telah membuatkan hati aku kalut seketika.Perinagtan seterusnya daripada Allah SWT!Memang itu sahaja yang terdetik dalam hati aku.Ramai kawan-kawan dekat KL merasai gegaran berkenaan sebab duduk kat tempat tinggi.Semua cuak masa tu..

Bila tengok berita, semua tunjuk kesan kemusnahan temapt berkenaan.Bangunan semua runtuh.Dan aku rasa aku ternampak ada juga masjid atau surau yang turut runtuh.Apa yang cuba Allah sampaikan kepada kita?Kalau dulu semasa tsunami melanda Banda Acheh, masjid disitu selamat dan kukuh berdiri hingga hari ini tapi di Padang ada yang runtuh aku rasa.Tak sure sangat.Tapi aku rasa Allah nak tunjuk bahawa kita ni semakin melupakan Dia.Semakin jauh dari jalan kebenaran.Kita lupa diri dan tenggelam dalam dunia.Ya Allah..adakah aku begitu?Aku akui ak belum sempurna dalam mengingati mu Ya Allah..

Dan semestinya hati aku kerap tersentuh dnegan tangisan anak-anak kecil yang kehilangan keluarga terutama sekali ibu bapa mereka.Tangisan mereka buat aku meronta kepiluan.Inilah dugaan Yang Maha Berkuasa.Cepat-cepat aku larikan diri daripada depan televisyen supaya aku tak menangis di hadapan keluarga aku.

Masa tu aku tak tahu pulak ada 1 lagi gempa bumi yang melanda Samoa..Aku cuma tahu bile on9 dengan sahabat aku anis.Aku tanya dia ada tsunami melanda ke?Aku ingat tsunami melanda Padang tapi melanda Samoa pulak.Hurmm..sungguh pertunjuk dari Allah SWT.Ya Allah..lindungilah kami hambaMu dari segala bala bencana ini.

Untuk semua, marilah sama-sama kita sedekahkan al fatihah untuk saudara seIslam yang menyahut panggilan Ilahi dalam kejadian di Padang dan semoga kita semua terus berusaha mendekatkan diri dengannya...