Kejadian gempa bumi yang melanda Indonesia baru-baru ini serta beberapa gegaran susulan telah membuatkan hati aku kalut seketika.Perinagtan seterusnya daripada Allah SWT!Memang itu sahaja yang terdetik dalam hati aku.Ramai kawan-kawan dekat KL merasai gegaran berkenaan sebab duduk kat tempat tinggi.Semua cuak masa tu..
Bila tengok berita, semua tunjuk kesan kemusnahan temapt berkenaan.Bangunan semua runtuh.Dan aku rasa aku ternampak ada juga masjid atau surau yang turut runtuh.Apa yang cuba Allah sampaikan kepada kita?Kalau dulu semasa tsunami melanda Banda Acheh, masjid disitu selamat dan kukuh berdiri hingga hari ini tapi di Padang ada yang runtuh aku rasa.Tak sure sangat.Tapi aku rasa Allah nak tunjuk bahawa kita ni semakin melupakan Dia.Semakin jauh dari jalan kebenaran.Kita lupa diri dan tenggelam dalam dunia.Ya Allah..adakah aku begitu?Aku akui ak belum sempurna dalam mengingati mu Ya Allah..
Dan semestinya hati aku kerap tersentuh dnegan tangisan anak-anak kecil yang kehilangan keluarga terutama sekali ibu bapa mereka.Tangisan mereka buat aku meronta kepiluan.Inilah dugaan Yang Maha Berkuasa.Cepat-cepat aku larikan diri daripada depan televisyen supaya aku tak menangis di hadapan keluarga aku.
Masa tu aku tak tahu pulak ada 1 lagi gempa bumi yang melanda Samoa..Aku cuma tahu bile on9 dengan sahabat aku anis.Aku tanya dia ada tsunami melanda ke?Aku ingat tsunami melanda Padang tapi melanda Samoa pulak.Hurmm..sungguh pertunjuk dari Allah SWT.Ya Allah..lindungilah kami hambaMu dari segala bala bencana ini.
Untuk semua, marilah sama-sama kita sedekahkan al fatihah untuk saudara seIslam yang menyahut panggilan Ilahi dalam kejadian di Padang dan semoga kita semua terus berusaha mendekatkan diri dengannya...
No comments:
Post a Comment