Pages

Thursday, October 29, 2009

The First Big Day in My Life

Alhamdulillah, dengan penuh rendah diri aku memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke Allah SWT kerana dengan izinNya aku telah selamat bergraduasi di Dewan Seri Negeri, Kompleks Seri Negeri, Melaka pada 24 Oktober 2009 pada hari Sabtu.Akhirnya setelah 2 tahun aku bergelumang denagn segala pahit manis menuntut ilmu dalam bidang perakaunan, kini aku berjaya menggengam segulung diploma yang merupakan hadiah istimewa untuk semua yang telah mendorong aku untuk sampai ke peringkat ini.

Semua kaum keluarga aku berada di Melaka termasuklah abang yang sanggup datang dari Putrajaya untuk menyokong aku.Aku sangat menghargainya.Untuk mama n bapak serta didi n my aunty Latun, sebab buat aku sangat terharu hari itu.Nak menangis tak terluar air mata sebab ini adalah detik yang aku tunggu sekian lama.Melihat teman-teman yang turut sama memulakan pengajian dengan aku di Kolej Profesional Mara Beranang segak mengenakan jubah masing-masing, aku rasa cukup gembira.Apa pun yang telah melanda kami sepanjang perjalanan 3 tahun, hari itu kami bersama untuk naik ke pentas dan menerima hadiah daripada usaha kami.Syukur kepadamu Ya Allah.Hari ini segala pengorbanan mama dan bapak serta susah payah mereka terbalas apabila aku naik dengan bangganya ke atas pentas.Perjuangan aku adalah hasil kepercayaan mereka,doa yang tidak putus-putus serta janji aku untuk membuat mereka bahagia di hari ini.

Tahniah aku ucapkan buat senior aku, saudara Khairul Adnan yang telah dinobatkan pelajar terbaik keseluruhan.Dia membanggakan semua pihak.Ucapannya mencetuskan sendu dalam dewan yang sejuk itu.Aku mengenali Khairul Adnan ketika di awal pengajian memandangkan sama-sama terlibat dalam aktiviti surau.Dia layak untuk Anugerah Pelajar Terbaik!

Rakan-rakan yang berada didalam hidup aku selama ini, aku ucapkan terima kasih kerana memahami,mendorong,mempercayai,mengajar serta berkongsi segalanya dengan aku.Daripada rakan-rakan baik sejak dari sekolah Nani, Najib, Dayang, Syafiq kemudian rakan-rakan sebilik dari semester 1 smpai 5 Sha, Wana,Puteri, Shira,Tim,Kak Bai, Reena, Timah,Az, Ain,Kak Yani, Kak Zetty,Kak Lin, Fuza dan Jiha diikuti rakan-rakan sekelas dari semester 1 smpai 5 yang nak disenaraikan terlalu ramai, rakan-rakan dari keluarga Peers Sara,Enan,Baz,Fekri,Clah,Ejay,Kak Boo, Kak Annajah,Amy,Umra, Acap,Dyla,Boboy,Akmal Hisham,kaunselor yang banyak membantu Kak Ina, para pensyarah yang aku anggap seperti ibu serta kawan baik aku sendiri, mentor tersayang Pn Razina, adik2 mentee, serta semua yang mengenali aku, sekalung penghargaan buat anda kerana sentiasa bersabar melayan karenah dan telatah yang kadang-kala memeningkan anda.

Pesanan kalian untuk aku teruskan usaha serta mencipta kejayaan lagi di amsa akandatang akan aku teruskan kerana aku tahu kalian sentiasa ada menemani diri ini dalam suka dan duka.InsyaAllah..Dia menentukan rezekiku yang seterusnya.Moga yang terbaik menanti aku selepas ini.

No comments:

Post a Comment