Pages

Sunday, January 31, 2010

Congrats Kakcik!


Kakcik, in her gold baju kurung

Alhamdulillah..hari ini berlangsung majlis pertunangan kakcik, kakak tu my Najib Ajumma.Seawal jam 11 pagi lagi aku dah terpacak kat rumah Najib.hehe..orang lain pun belum sampai lagi.Excited sungguh aku ni ek.Sebab sampai awal, semapt la aku tengok kakcik bermekap.Then aku tolong kakcik pakaikan tudung.Aku tolong sematkan pin je (aku nak ambil berkat.Mana taw kot2 lepas ni aku pulak.Hahaha..)

Dalam pukul 12 lebih,rombongan pihak lelaki dah sampai.Jauh rombongan ni datang.Dari Sabah nun di bawah bayu.Lepas dah wat sesi menyarung cincin, maka makan-makanlah kami semua.Majlis yang sederhana tapi penuh meriah dengan kehadiran sanak-saudara,jiran-jiran serta aku sendiri.Heheh..

Dulang hantaran pihak perempuan

Yang bestnyer harini aku & Najib makan dengan sangat banyak sekali.Haihh..bukan tak ingat beratku yang mencanak naik itu, tapi godaan makanan terlalu hebat.Mana taknya aku nampak sambal udang tu sungguh menyelerakan.Lepas dah makan nasi rasa pulak laksa.Laksa kali ni dimasak khas oleh mak kakak ipar Najib.Pehh..terangkat habis.Kalau tak takde la 2 mangkuk ak bedal.Tupun sebab dah penuh dengan nasi.Kalau tak berkali-kali aku tambah.

Hari ni seronok melayan telatah anak buah Najib,Iyzz & Danish.Danish sangat baik dengan Cik Ilah hari ini sampai Najib pun hairan kenapa Danish boleh baik sangat denagn Cik Ilah (Najib..jeles ka?haha).


From left..Iyzz & Danish

Petang Najib hantar aku balik.Aku rasa sangat sedih sebab nak berjauhan dengan Najib.Aku akan setia menanti Najib balik bulan April ni.Masa aku memberi akta-kata akhir aku, tetiba je air mata mengalir daripada mataku.Yelah, terasa sangat sebab kali ni kami banyak menghabiskan masa bersama.Sunyi baliklah hidup aku nanti.Huhu..tapi Danish telah membuatkan aku kembali ceria.He kissed me!!!Danish..thank you coz you heal all my sorrows & sadness.Cik Ilah sayang Danish!!!

MUAHH CIK ILAH!

Friday, January 29, 2010

ohhh...berat badan ku!

APA PATUT AKU BUAT DENGAN BERAT BADANKU INI??!!!

Nak kata aku tak bersenam, habis dah lagu-lagu Korea tu menjadi teman sejati aku untuk aku lakukan aerobik.Nak kata aku makan banyak, dah aku ikut apa yang disarankan Najib dalam jadual pemakanan yang dia buat khas untuk aku.Nak kata aku kurang minum air, bergelen-gelen air aku teguk sehari.Nak kata aku ambil makanan atau minuman bergula, aku dah hentikan semua itu dan mengawal diri daripada minum minuman bergas.Akhirnya, aku dah tak tau nak kata apa lagi sebab tak terkata rasanya melihat berat aku macam tak berubah.

Haiyaa..macam mana nak nampak macam supermodel look ni?Berat pun tak mau turun.Sedihnyaa..Aku nak nampak kurus sebelum kenduri kawen abg sepupu aku bulan Mei ni.Kalau tak kurang jugak berat badan aku ni, nanti ramai la makcik-makcik aku yang menegur.TAK SUKA!!!Lagipun, aku tak dapat nak pakai baju yang cantik-cantik dekat mall tu.Memang la ada saiz yang besar tapi bila aku tengok dalam cermin, wah gemuknya aku!TIDAKK!!!

Tadi aku cuba baju yang aku nak pakai untuk majlis pertunangan kakak Najib,Kakcik esok.Baju tu aku beli awal Januari hari tu.Bila aku pakai memang nampak ok.Tapi bila aku duduk, OH MY GOD!I look pretty fat in the mirror.Suddenly I can't accept it.Mulalah aku on lagu Korea aku & menari selama setengah jam.Malam ni pun aku tak makan lagi sebab petang tadi dah makan roti.Huhuhu..apa patut aku buat?Berat terkini aku...92kg!!Beratkan?!

Aku kena giatkan lagi usaha nak kurangkan berat aku.Target aku hujung bulan 2 ni berat aku kena 88kg.Aku kena baut kerja rumah dengan lebih gigih,naik turun tangga,berjalan dalam rumah kesana kemari,minum lebih banyak air, makan buah epal hijau macam Najib cadangkan,kurangkan lagi pengambilan gula dalam makanan aku.Aku kena buat semua tu!

Thursday, January 28, 2010

LOVE MAKE YOU FEEL GOOD!


This is a special art work by Najib Ajumma

Words nothing but words
For me to show
How much my love for you unfolds
Through trouble and fears
This love feels so real
And I need you to know
Even though we're far apart
You're right beside me in my heart

(My Love Is Here by Erik Santos)

Awal pagi tadi dalam pukul 1.00 pagi adalah momen indah buat aku sebab dapat buat conference dengan Nani yang ada dekat UK bersama-sama dengan Najib.Itulah kali pertama kami bertiga dapat berbual setelah hampir 5 bulan Nani balik ke UK.How I feel??I feel great cause I can feel their love as I always love them with all of my heart.I will never get such a good friend like Nani,Najib,Dayang & Syafiq as all five of us become like siblings.Itu yang Najib selalu cakap.But itu tidak bermakna rakan-rakan lain tidak aku sayang.Aku sayang semua rakan-rakan aku kerana merekalah yang sentiasa mengangkat aku bila aku rebah dan mempercayai aku bila aku hilang harapan.Muahh...

Kemudian, pukul 10 pagi pulak aku keluar lagi dengan Najib hari ini.Urusan penting kami ialah nak ambil sirih dekat rumah tok ( sebab sabtu ni kakcik, kakak Najib nak bertunang) dan pergi pejabat pos (aku nak pos surat-surat UPU & USM).Masa dalam perjalanan nak ke rumah tok, kami ternampak seorang lelaki yang kurang siuman sedang cuba melintas jalan.Najib perlahankan kenderaan sebab takut terlanggar.Dah selesai urusan kami di kampung dan di pejabat pos, Najib suggest pergi jalan-jalan dekat Village Mall.Huhu..we bought some doughnuts!!Sebenarnya kami dua dok craving nak makan donut yang ala2 Big Apple,Dunkin Donuts ngan Krispy Kreme.Tapi kat SP ni belum ada lagi cawangan kedai donut berkenaan.Yang kami jumpa Nash Donuts & Bakery.How it taste??Yummy..kalu tak tak ada la aku memborong sampai 6 biji & Najib 2 biji.Masuk dalam kereta terus bedal (kami share2 ye donut) sampai 3 biji.Lapar ker?

Mau tak lapar.Dah dekat pukul 1 tengah hari ni.Patutlah perut aku sedang berkonsert sakan.Najib bawak pergi beli laksa & cendol dekat belakang CS.Ni kira first time la aku beli dekat sini sebab selalu beli depan masjid.Kita try tempat baru.Masa nak hantar aku, Najib pulak singgah beli ikan bakar sebagai makanan tengah hari family dia.Huhuhu..sungguh banyak makanan yang kami beli hari ini.Makan la kami sampai kenyang nanti yer.

Tengah duduk lepak-lepak setelah perut tembun makan laksa & cendol, Najib telefon.Aik?Kenapa pulak ni?Nak tanya pasal keenakkan laksa tu ker?

NAJIB:Makcik, awak buat apa?

ILAH:Tengah tengok JK POP hits dekat channel 714.Why?

NAJIB:Jom keluar.Pergi jalan-jalan.Teman saya pi pekan nak?

ILAH:Hah, menarik.Lepas makan jalan-jalan.Baru bakar kalori kan?Pukul berapa nak keluar ni?

NAJIB:Pandai pun.Pukul 3.20 sat g saya pi amek awak tau.K see you makcik!

Dah selesai Najib telefon, teruslah pergi bersiap.Masa tu pukul 2.40 dah.Masuk toilet & mandi sikit2 bagi segar & wangi2 then tunggu Najib.Sebelum nak pergi menunaikan misi kali kedua kami keluar kali ini, kami singgah la beli pinang,gambir dan kapur.Masa tu la aku nampak 2 lagi lelaki kurang siuman.Kenapa hari ini banyak pula lelaki kurang siuman yang aku jumpa.Aku cakap dekat Najib population rakyat Malaysia yang menghidap penyakit berkaitan dengan psikologi ni semakin meningkat.Najib pun cakap pensyarah dia kata kehidupan rakyat Jepun penuh dnegan tekanan sebab kos sara hidup mereka paling tinggi.Kemudian aku terfikir, adakah mereka kurang kasih sayang?Mana keluarga mereka?Tentu mereka kesunyian sebab hidup tanpa sesiapa yang mereka kenal.Aku bersyukur hingga ke hari ini aku dilimpahkan dengan kasih sayang yang amat sangat daripada keluarga dan rakan-rakan.Sekali lagi.Muahh..

Kami pergi ambil baju then pergi beli tudung Najib dekat Lagenda Heights.Ternampaklah pulak orang jual rojak, kecurlah air liur.Beli jugak rojak even perut dok kenyang lagi.Heheh..Kami masuk dalam kereta baru makan sampai habis then PEDAS!!!Pecut kereta pi Tesco yang tak jauh tu beli air.Hahah..yang kelakarnya Najib dok berpusing dengan penuh confident nak masuk ke jalan Tesco sekali dia dok pusing tempat sama.Masa aku tanya betul ke jalan ni, dia pun kata betul la.Padahal aku dah nampak signboard JALAN SEHALA!!!Tak apa aku biarkan sebab Najib kata dia biasa lalu jalan tu.Akhirnya kembali ke jalan yang sama.Memang teruk la kena dengan aku.Aku jugak kasi tau jalan mana patut dia ikut.Haihh..makcik oii.Memang sah2 la aku gelakkan Najib dengan sesungguh hati.Pukul 5.25 kami pi ambil kakcik balik kerja.

Wednesday, January 27, 2010

Spaghetti Meatball Bolognese..

NAJIB:Hello boleh cakap dengan Fazilah?

ILAH:Ye, saya bercakap.Siapa ni? (padahal aku dah taw suara tu milik ajumma)

NAJIB:Erm..saya daripada jabatan errr..aaa..hurmm.. (ajumma sedang berfikir nama jabatan yang dia nak kelentong dekat aku)

ILAH:Owh saya tahu.Awak ni daripada jabatan nikah kawen kan? (amek ko ajumma.nak sgt main2 ngan aku.heheh..)

NAJIB:Haa..tahu pun awak! (lepas tu gelak besar bersama)

ILAH:Eleh..sudah la.Ada hati nak kelentong saya.Ingat saya tak cam suara awak.

NAJIB:Makcik, awak ada kat rumah ka? (apa soalan dia tanya dekat aku ni?dah la memang sah2 ajumma ni call rumah aku.confirm2 la aku de kat rumah)

ILAH:Laa..dekat rumah la.Dah namanya awak telefon nombor rumah saya.Takkan la saya ada dekat luar pulak.Buat lawak la awak ni.

NAJIB:Mana taw awak bawak telefon rumah keluar.Eh kejap lagi saya nak singgah rumah awak kejap.Nak bagi something.Awak tunggu taw.Dalam pukul 3.30 sat g saya sampai.

ILAH:Baik makcik.I tunggu you datang...

Tapi tidaklah 3.30 makcik Najib aku tu sampai.Pukul 4.00 jugak baru dia ting tong loceng rumah.Haihh..taw sangat dah kawan aku yang sorang ni.Masa nak buka pintu tu, Najib sengih sampai ketelinga.Heran sungguh tengok dia sengih macam tu sebab kalau dia sengih amcam tu ada la tu kan.

Dah siap bukak pintu, Najib pun hulurkan satu bungkusan.Ha?Apa ni?Aku terpinga-pinga.Aku pun sambut la.

ILAH:Awak lambat la.Kata pukul 3.30 ni pukul 4 dah.

NAJIB:Eish, awak tak nampak dalam kereta tu ada budak kecik tu.Tu yang lambat.

ILAH:Ni apa pulak?

NAJIB:Awak rasa la.Saya tak tau sedap ke tak.Bahan-bahan tak berapa cukup.

ILAH:Spaghetti ker? (aku dah gembira didalam hati.najib pernah cakap nak masakkan aku spaghetti meatball bolognese)

NAJIB:Rasa tau.Tak sedap jangan marah. (sambil ketawa dan kami beriringan jalan ke keretanya yang berada diluar rumah aku)

Mak Najib pun ada sama.Aku salam dengan mak Najib & Danish, anak saudara Najib yang comel.Najib pulang sahaja, aku terus masuk rumah dan rasa spaghetti masakannya.Wah, terangkatlah!!!I love it!!!!Boleh buka kedai macam ni

NAJIB...jutaan terima kasih kerana sudi memberi saya peluang merasa masakkan istimewa awak.Awak dah tunaikan impian saya nak makan spaghetti yang dimasak sendiri.Saya sungguh terharu dan berbesar hati.Awak dah banyak membantu saya.Kali ni awak membantu saya menambah makanan kegemaran saya.Heheh..lepas ni rajin-rajin masak untuk saya lagi.Hahahaha..saya sayang awak!!!

Tuesday, January 26, 2010

Ajumma & Unni..tiada nokhtahnya

Alhamdulilah..hari ini selamat mengikut Najib Ajumma ke rumah pengasuhnya di Gurun.Terima kasih Najib kerana sudi mempelawa saya ke rumah pengasuh awak.Kalau tidak, entah bila la saya nak sampai ke Gurun.Walaupun Gurun tidak jauh dari Sg Petani, tapi itulah kali pertama kiranya saya ke Gurun.Sedihkan?

Sebelum bertolak, kami mengisi perut dulu di Hussain Nasi Kandar.Bukan pekena nasi kandar di pagi hari ya.Cuma pekena roti cheese dan Najib dengan capatinya.Minum pulak kami dua-dua pesan horlicks ais.

Dan saya semakin jakun menikmati panorama pekan Gurun.Yalah, dah namanya baru kali pertama sampai.Mesti lah sibuk nak tengok sana sini.Jadi, saya hanya berdiam diri sahaja sambil mendengar Najib bercerita tentang kehidupannya suatu ketika dulu ketika di Gurun.Barulah saya tahu yang Najib sering jalan kaki bersama ibunya yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah rendah kalau ibunya perlu menghadiri mesyuarat.Jarak Dari rumah ke sekolah boleh saya anggarkan 4 kilometer.Jauh tu..sebab tu Najib cakap dulu dia kurus.Najib ni memang.Pantang ada peluang mesti nak puji diri tau.Itulah cara kami yang tak pernah berubah sejak daripada dulu.Dah biasa sangat dah..akhirnya dua-dua ketawa besar.

Sampai sahaja dirumah pengasuhnya, Najib pun berbuallah dengan pengasuhnya itu.Sakan sekali mereka berbual.Aku teringat pengasuhku, makcik sariah.Dah lama tak jumpa dia kan.Selalu jumpa bila ada kenduri anaknya sahaja.Memang ramah sekali pengasuh Najib tu melayan kami berdua.Nak pula ada kehadiran cucu pengasuh itu yang masih kecil.Lagi la aku suka melayan si kecil itu.

Lepas 30 minit melepak dirumah pengasuh Najib, kami balik Sg Petani.Kali ni kami ikut jalan lama sebab aku cakap tak pernah ikut jalan lama.Bila ikut jalan lama ni banyak la bangunan yang ada.Aku pun senyap la tak cakap apa sebab dok tengok bangunan-bangunan tu.Tapi, najib ni ingat aku tidur pulak.Hello makcik, even i pakai sepek mata hitam, tak bermakna i coverline nak tidur ya!!!I cuma nak cover mata I yang sembab ni coz cuma tidur 2 jam sahaja.

Kami singgah sebentar di tempat biasa CS sebab aku nak print borang UPU.Lepas tu teman Najib beli bantal serta kotak.Perut aku masih kenyang dengan roti cheese breakfast pagi tadi.Tapi tekak mengidam nak makan McDonald.Oh kenapa aku tidak mampu melepaskan McDonald?Sejam jugaklah kami melepak dekat McDonald yang dah buat renovation baru.Nampak lebih segar suasananya.

Dan masa Najib hantar aku balik, sesungguhnya aku terlupa yang borang UPU yang aku print tadi ada dalam plastik yang Najib beli kotak.Jadi berlengganglah aku keluar daripada kereta selepas salam dengan Najib.Elok je aku nak tutup pintu pagar, Najib dah gelak besar dari dalam kereta.Barulah aku teringat yang aku tertingggal barang.Punyalah suka Najib gelakkan aku sampai mengalir air mata dia.Najib..awak suka tau buat saya macam tu!huhu...

Friday, January 22, 2010

Kegilaan Korea semakin membara

Pernah dulu aku katakan bahawa cerita Korea ni panjang-panjang.Letih aku nak mengikutnya.Tapi rasanya sekarang aku dah termakan dengan kata-kata aku sendiri.Kegilaan terhadap cerita Korea semakin membara.Tapi aku masih tak melupakan cerita-cerita Jepun ku yer.

Yang menariknya aku sanggup belajar bahasa Korea secara online.Mama pun menyokong aku belajar bahasa Korea.Memang mama tahu aku minat terhadap bahasa sejak dari dulu lagi.Apa-apa bahasa sekalipun aku akan cuba belajar dan emngetahui serba sedikit perkataannya.Sekarang dalam usaha nak masuk kelas bahasa mandarin.Berapa banyak bahasa aku nak belajar ni?Hehe..aku teringin nak jadi macam Datuk Mahadzir Lokman yang mampu berbahasa hampir 7 bahasa asing rasanya.Tak pasti pula tentang hal berkenaan.Tapi kredibiliti beliau sebagai seorang pengacara memang aku suka dan aku kagumi.

Bila dah membara kegilaan terhadap Korea, semua cerita dekat channel 303 Astro tu aku nak tengok.Semakin banyak bahasa yang aku pelajari sampai sekarang ni panggil dekat mama uh muni(mak) & dekat najib panggil dia ajumma(makcik).Najib pun hairan tengok aku fanatik Korea secara tiba-tiba siap aku cakap dekat dia nanti kami kena pergi bercuti ke Korea.huhu..harap2 menjadi yer.





Wednesday, January 13, 2010

5 Hari yang Penuh dengan Kejadian

Minggu lepas teman tok turun KL.takkan nak biar tok pergi sorang kan?
Tambah meriah sebab kali ni kakcik pon ikut sama turun KL.Kesian, dah lama dia tak turun KL.Selalunya aku je yang teman tok....

KHAMIS,7 JANUARI 2009
Naik bas dekat stesen bas Sg Petani tepat jam 11 pagi.Terima kasih Tokwa Tijah sebab tolong hantar aku,kakcik & tok ke sana.perjalanan selama 5 jam ke KL tak terasa sangat sebab aku tidur je.Macam mana tak tidur sebab dah pakai spek mata hitam aku tu memang sedap la aku melelapkan mata.Tapi masa lepas tol jalan duta, driver bas ni suruh siapa yang nak turun kat Duta naik bas yang satu lagi.Sebab bas yang aku naik ni nak terus ke pudu.Nak jadikan cerita penumpang bas yang satu lagi yang nak pegi Pudu ni pon naik la bas aku dan ada penumpang yang terpaksa berdiri.Aku terpandang sorang makcik ni dengan ank kecil yang ak anggap usianya belum pun mencecah setahun.Masih bayi.Aku menawarkan temapt duduk aku kepada makcik tersebut setelah melihat tiada seorang pon dalam bas mahu memberiakn temapt mereak kepada makcik itu.Di mana aku duduk?hehe..aku duduk atas riba kakcik.Walau kakak dia berat, dia masih sanggup tumapngkan aku dekat riba dia.Kelakar lak kami dua ni

JUMAAT,8 JANUARI 2009
Aku mahu bawa kakcik pusing-pusing KL sebab kakcik dah lama tak naik LRT.aku nak tunjuk kat dia macam mana dulu aku travel dalam KL naik LRT, KTM,PUTRA.Destinasi kami ialah SOGO.Ingatkan ada sale, tapi hampa sekali.Tak ada apa yang aku dan kakcik beli melainkan makan aiskrim denagn kezen kecik kami, Haziq.Aku tiba-tiba jadi panik seketika apabila makcik aku mesej cakap ada church kena bom.Perasaan tak menentu dan aku sangat takut.Kalau aku sendirian, aku tahu untuk lari.Tapi kali ini, aku bawa kakcik dan Haziq.Mereka tanggungjawab aku.Hati aku gelisah tak terkira apabila kami ambil keputusan berjalan dekat jalan TAR.Suasana nampak tenang cuma cuaca mendung dan guruh mula kedengaran.Apabila aku semakin tidak berasa selesa berada di tengah bandaraya dengan kesibukkan dan cerita makcikku, aku ambil keputusan bawa kakcik dan Haziq ke Jusco Maluri.Masa tu dah pukul 6 dan hujan mula turun.Dekat Jusco, memang kami shopping habis.Beli barang macam-macam dan kakcik cakap seharusnya kita datang sini sahaja.Kami sampai rumah pukul 8.30 malam dan bersiap keluar makan beramai-ramai.

SABTU,9 JANUARI 2009
Abang sulungku yang kerja dekat Putrajaya datang rumah pakcik aku dekat Ampang.Kami sarapan bersama.Selesai sarapan, terus bersiap dan abang bawa kami shopping dekat Nilai.Sebenarnya tok yang nak shopping.Memang sesungguh hati membeli-belah.Aku dan kakcik pon ikut sama membeli belah.Kami beli kain baju kurung dan aku berazam nak buat sendiri baju kurung.Nak suruh mama ajar.Nanti dah pandai tak payah hantar dekat tailor lagi kan?Kakcik lagi hebat.Sempat beli handbag bunga-bungan ynag sungguh comel.Berapa banyak dah handbag dia pun aku tak pasti.Kami bertolak ke rumah Paklang aku dekat Subang Jaya dalam pukul 3 petang.Dalam kereta masing-masing makan pisang goreng dan air tebu.Nyum..nyum..

AHAD,10 JANUARI 2009
Sepatutnya balik Sg Petani hari ini.Tapi sebab cuma tidur 1 malam sahaja di ruamh Paklang, tok cakap kami balik esok.Hari ni tak pergi mana-mana sebab hujan.Memang aku tak suka berjalan apabila hujan turun membasahi bumi.Sebab aku dah rasa nak demam-demam.Padah apabila 2 hari aku keluar membeli belah agaknya.Malam kami sama-sama menonton ANUGERAH JUARA LAGU.Seronok dengar Paklang nyanyi2 lagi CINTA ADAM & HAWA.

ISNIN,11 JANUARI 2009
Hari untuk kembali ke Sg Petani.Bas akan bertolak jam 11.15 pagi di Jalan Duta.Paklang hantar kami ke sana.Maklang & sepupuku Amirul kerja.Masa naik bas, aku dah rasa sesuatu yang tidak kena.Penghawa dingin bas tidak berfungsi seperti biasa.Hanya mengelaurkan haba panas sahaja.Aku fikir perjalanan pulang tidak akan selesa.Aku mengadu dekat Maklang.Maklang doakan kami selamat sahaja.Tapi seusatu yang tidak dijangka berlaku.Apabila sampai di Ipoh, aku terhidu bau hangit.Bas kemudian berhenti di tepi jalan.Semua penumpang turun dan menyaksikan enjin bas berasap.BAS KAMI ROSAK!!!Dugaan..Aku mesej Mama,Paklang,Maklang,Makjang..kalau sampai lewat macam mana?Alhamdulilah, bas ganti tiab tidak lama selepas itu.Perjalanan dfiteruskan seperti biasa dan kami tiba jam 4.30 petang.