Pages

Wednesday, January 13, 2010

5 Hari yang Penuh dengan Kejadian

Minggu lepas teman tok turun KL.takkan nak biar tok pergi sorang kan?
Tambah meriah sebab kali ni kakcik pon ikut sama turun KL.Kesian, dah lama dia tak turun KL.Selalunya aku je yang teman tok....

KHAMIS,7 JANUARI 2009
Naik bas dekat stesen bas Sg Petani tepat jam 11 pagi.Terima kasih Tokwa Tijah sebab tolong hantar aku,kakcik & tok ke sana.perjalanan selama 5 jam ke KL tak terasa sangat sebab aku tidur je.Macam mana tak tidur sebab dah pakai spek mata hitam aku tu memang sedap la aku melelapkan mata.Tapi masa lepas tol jalan duta, driver bas ni suruh siapa yang nak turun kat Duta naik bas yang satu lagi.Sebab bas yang aku naik ni nak terus ke pudu.Nak jadikan cerita penumpang bas yang satu lagi yang nak pegi Pudu ni pon naik la bas aku dan ada penumpang yang terpaksa berdiri.Aku terpandang sorang makcik ni dengan ank kecil yang ak anggap usianya belum pun mencecah setahun.Masih bayi.Aku menawarkan temapt duduk aku kepada makcik tersebut setelah melihat tiada seorang pon dalam bas mahu memberiakn temapt mereak kepada makcik itu.Di mana aku duduk?hehe..aku duduk atas riba kakcik.Walau kakak dia berat, dia masih sanggup tumapngkan aku dekat riba dia.Kelakar lak kami dua ni

JUMAAT,8 JANUARI 2009
Aku mahu bawa kakcik pusing-pusing KL sebab kakcik dah lama tak naik LRT.aku nak tunjuk kat dia macam mana dulu aku travel dalam KL naik LRT, KTM,PUTRA.Destinasi kami ialah SOGO.Ingatkan ada sale, tapi hampa sekali.Tak ada apa yang aku dan kakcik beli melainkan makan aiskrim denagn kezen kecik kami, Haziq.Aku tiba-tiba jadi panik seketika apabila makcik aku mesej cakap ada church kena bom.Perasaan tak menentu dan aku sangat takut.Kalau aku sendirian, aku tahu untuk lari.Tapi kali ini, aku bawa kakcik dan Haziq.Mereka tanggungjawab aku.Hati aku gelisah tak terkira apabila kami ambil keputusan berjalan dekat jalan TAR.Suasana nampak tenang cuma cuaca mendung dan guruh mula kedengaran.Apabila aku semakin tidak berasa selesa berada di tengah bandaraya dengan kesibukkan dan cerita makcikku, aku ambil keputusan bawa kakcik dan Haziq ke Jusco Maluri.Masa tu dah pukul 6 dan hujan mula turun.Dekat Jusco, memang kami shopping habis.Beli barang macam-macam dan kakcik cakap seharusnya kita datang sini sahaja.Kami sampai rumah pukul 8.30 malam dan bersiap keluar makan beramai-ramai.

SABTU,9 JANUARI 2009
Abang sulungku yang kerja dekat Putrajaya datang rumah pakcik aku dekat Ampang.Kami sarapan bersama.Selesai sarapan, terus bersiap dan abang bawa kami shopping dekat Nilai.Sebenarnya tok yang nak shopping.Memang sesungguh hati membeli-belah.Aku dan kakcik pon ikut sama membeli belah.Kami beli kain baju kurung dan aku berazam nak buat sendiri baju kurung.Nak suruh mama ajar.Nanti dah pandai tak payah hantar dekat tailor lagi kan?Kakcik lagi hebat.Sempat beli handbag bunga-bungan ynag sungguh comel.Berapa banyak dah handbag dia pun aku tak pasti.Kami bertolak ke rumah Paklang aku dekat Subang Jaya dalam pukul 3 petang.Dalam kereta masing-masing makan pisang goreng dan air tebu.Nyum..nyum..

AHAD,10 JANUARI 2009
Sepatutnya balik Sg Petani hari ini.Tapi sebab cuma tidur 1 malam sahaja di ruamh Paklang, tok cakap kami balik esok.Hari ni tak pergi mana-mana sebab hujan.Memang aku tak suka berjalan apabila hujan turun membasahi bumi.Sebab aku dah rasa nak demam-demam.Padah apabila 2 hari aku keluar membeli belah agaknya.Malam kami sama-sama menonton ANUGERAH JUARA LAGU.Seronok dengar Paklang nyanyi2 lagi CINTA ADAM & HAWA.

ISNIN,11 JANUARI 2009
Hari untuk kembali ke Sg Petani.Bas akan bertolak jam 11.15 pagi di Jalan Duta.Paklang hantar kami ke sana.Maklang & sepupuku Amirul kerja.Masa naik bas, aku dah rasa sesuatu yang tidak kena.Penghawa dingin bas tidak berfungsi seperti biasa.Hanya mengelaurkan haba panas sahaja.Aku fikir perjalanan pulang tidak akan selesa.Aku mengadu dekat Maklang.Maklang doakan kami selamat sahaja.Tapi seusatu yang tidak dijangka berlaku.Apabila sampai di Ipoh, aku terhidu bau hangit.Bas kemudian berhenti di tepi jalan.Semua penumpang turun dan menyaksikan enjin bas berasap.BAS KAMI ROSAK!!!Dugaan..Aku mesej Mama,Paklang,Maklang,Makjang..kalau sampai lewat macam mana?Alhamdulilah, bas ganti tiab tidak lama selepas itu.Perjalanan dfiteruskan seperti biasa dan kami tiba jam 4.30 petang.

No comments:

Post a Comment