Pages

Monday, December 28, 2009

Dari jauh sahaja...

Dedicated:To my girls (You know who you are)

Aku rindu dia..aku ingat dia
Mahu sahaja aku menjerit sekuat hati
Agar dia dengar suara aku di sini
Tapi sudikah dia?
Aku tak pasti..sebab dia menyepi sahaja

Aku cuba untuk memahami
Membiarkan rasa ini
Melalui hari-hari tanpa dia..
Tapi bila rindu bertamu di kalbu
Aku menangis menatap gambar-gambar dia
Betapa bahagianya dia di sana
Dia mengukir senyum disisi teman-teman yang lain
Aku lantas bertanya..adakah dia mengingati aku?

Ahh..perasaan apa yang sedang aku rasakan ini?
Aku seperti cemburu melihat dia begitu
Bukankah seharusnya aku gembira
Kerana aku tahu dia diulit hidup yang indah
Walau hakikatnya dia tidak pernah bertanya
Bagaimana dengan hidupku setelah dia pergi
Mengirim khabar pada aku sahabat yang menanti sendiri di sini
Aku juga yang tetap menjengah ke ruang hidupnya melihat perkembangannya

Dan akhirnya..aku fikirkan jalan yang terbaik
Kalau dia berdiam..aku juga akan berdiam
Biarlah sama-sama membisu..walau hakikatnya pedih bagiku
Maaf kalau kamu mengetahui tentang ini dan kamu sedih
Tapi sungguh aku rindu kamu dari jauh sahaja..
Sangat-sangat rindu kamu!


No comments:

Post a Comment