Fuh..tahun 2009 dah nak sampai ke hujungnya.Alhamduliallah semau azam aku tahun ni tercapai dan terlaksana kecuali satu sahaja.InsyaAllah azam itu akan terlaksana nanti.Dan aku sangat gembira apabila mampu melaksanakan azam tersebut.
Untuk tahun 2010, aku sedang mencari senarai azam baru.Aku nak senaraikan banyak sedikit azam untuk tahun 2010 sebab aku nak kembali menjadi diri aku.Sudah cukup rasanya aku dalam hidup yang sama seperti ini.Anjakan paradigma harus dilakukan dengan segera selaras dengan peningkatan umur tahun hadapan.
Semakin meningkat umur, semakin bertambah sebenarnya tanggungjawab.Aku sedar akan hal itu dan aku tidak pernah mahu lari daripada memikulnya.Namun ada masanya aku perlukan masa untuk bersendiri dan itu tidak bermakna aku tewas.Aku hanya mencari ketenangan.
InsyaAllah, blog yang akan datang aku aku senaraikan azam tersebut disini agar aku sentiasa memabcanya dan mengetahui yang aku perlu bekerja keras tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment