Pages

Tuesday, December 15, 2009

Mencuba Nasib

Rasanya dah terlalu lama ak stay kt rumah.tahun ni adalah tahun yang paling banyak aku habiskan amsa deakt ruamh.Tak banyak benda yang aku buat tahun ni.Aku seolah-olah kehilangan diri sendiri sebenarnya.

Selain dugaan yang sering akli datang silih berganti, tiada apa yang berlaku.Namun, aku tetap bersyukur denagn semua ini.Aku positifkan diri bahawa semau yang terjadi ini ada rahmatnya.Cuma mungkin aku tidak pasti atau nampak dimana rahmatnya.Tak apa, pesan cikgu-cikgu kita kena sentiasa bersyukur.

Now aku dalam usaha menyiapkan projek FAZEMY.Bila nak terlaksana projek gabungan ngan member aku dari skolah menengah, Emy tu aku pun tak pasti.Harap-harap menjadilah sebab aku sanagt suka denagn projek tersebut dan sekarang sudah bertambah pula idea aku.Syukur, Allah kurniakan aku denagn idea utnuk projek FAZEMY.Moga-moga projek ini tidak tinggal begitu sahaja sebab aku dah pertaruhkan seluruh jiwa untuk projek ini.Kalau tak dapat diteruskan secara berdua, aku tetap akan teruskan secara solo.Mencuba nasib itu perlu.

Bila cakap pasal mencuba nasib ni, aku teringat dekat lecturer Ekonomi time study diploma dlu, En Syam.Aku rasa sejak mula kenal denagn En Syam time sem 2, aku kagum dengan dia.Ada sahaja idea dia nak buat.Tak pernah kering dengan aktiviti.Kelab Seni naungan En Syam selalu grand.Dan aku bersyukur sebab En Syam mempercayai aku untuk wakil kolej dalam berpantun.Aku bukan pakar bidang pantun.Sebab time sekolah menengah dulu, aku lebih kepada sajak dan bahas atau pidato.Pantun ni cuma sebagai bidang sampingan sahaja.

Tapi panggilan En Syam time aku baru habis kelas dan dia suruh aku datang jumpa dekat department, buat aku risau.Masa tu aku terfikir aku ada buat salah ke?Sampai kena panggil dengan lecturer ni.Aku langkahkan juga kaki menghala bilik En Syam dan aku duduk mengadap En Syam yang terus menyapa mesra aku.Dalam hati aku dan semakin kacau bilau.Apakah sebab aku dipanggil?

Kemudian En Syam hulurkan sekeping kertas dan suruh aku baca.Aku menatap kertas tu dengan fikiran yang celaru.Ha?Apa ni?Aku amati 4 baris yang tertulis dan aku tahu itu pantun.So selamba je lah tanpa banyak cerita aku berpantun.Then, En Syam macam puas hati denagn apa yanga ku baca.Lepas tu abru dia terang dekat aku yang dia nak aku wakil kolej dalam pertandingan pantun.

Time tu aku dah rasa lemah.Pantun bukan dunia aku.Mampukah aku berpantun?Aku takut mengecewakan En Syam sebab aku tahu En Syam hebat dalam berpantun dan beberapa aktiviti sastera yang lain.Aku terlalu kerdil sebenarnya.Tapi, sebab En Syam cakap kita kena mencuba nasib, aku cuba juga.Sahut cabaran dan rela untuk belajar.

Dan aku berterima kasih pada En Syam yang memberi aku peluang itu.Peluang untuk aku mencuba nasib dan mencabar diri aku sendiri.Hari ini aku masih memegang kata-kata itu untuk mencuba nasib.Sebab itu aku sepenuh hati untuk FAZEMY.Walau apa terjadi, aku perlu mencuba.

No comments:

Post a Comment