Tahun 2009 masih berbaki 11 hari lagi.Rasa macam sekejap sahaja melalui 12 bulan yang penuh dengan cerita dan akhirnya akan dinoktahkan segala kisah 2009 insyaAllah 11 hari lagi.Owh..baru-baru ni sambut Awal Muharram.Bak kata makcik najib aku tu, umur aku dah meningkat bile dah masuk Awal Muharram.Hehehe..macam umur awak tak meningkat lak najib oii..Kita seusia yer.Jangan banyak alasan!Hahahah...
Menjelang tahun baru ni, aku sebenarnya masih berkira-kira akan azam atau target aku tahun depan.Bukan apa, bila ada azam maknanya aku ada matlamat.Bila ada matlamat bererti aku ada arah tuju.Bila ada arah tuju, aku tahu kemana mahu ku susun langkah kaki ini.Dan semestinya aku akan bertamabh serius dengan kehidupan sebab dah semakin meningkat umur dan banyak perkara yang harus difikirkan.Hurm..macam ni la jawapan yang aku bagi dekat seorang kawan bila dia tanya macam mn nk jadi seorang yang serius dengan kehidupan.
TAHUN BARU:APA YANG SAYA NAK LAKUKAN?
1.Cari kerja@sambung belajar (perkara utama tahun hadapan)
2.Lakukan savings demi masa depan (kalu keje, nak simpan sket gaji sbb nk bli hp br,bli keta,nk smbung bljr secara part time pkai duit sndri, nk kawen lagi nnt.hehe..)
3.InsyaAllah,jika berkesempatan nak bercuti ke Sabah dengan kawan-kawan (sbb dh gtaw kak susan nk g melawat sabah dlm bln 5)
4.Nak laksanakan projek FAZEMY (pengharapan terbesar diriku.kalau ada rezeki, aku akan teruskan dengan Emy.semoga Allah memberkati usaha kami)
5.Beli laptop baru (kalau projek FAZEMY menjadi, nak laptop baru untuk memudahkan projek)
6.Meningkatkan ilmu agama (perkara wajib!masih byk benda yang perlu dipelajari)
7.MENGURANGKAN BERAT BADAN!!! (aku idamkan berat dalam 50kg sebelum raya!mampukah aku buat?aku mesti berusaha bersungguh-sungguh.byk nak kena turunkan ni!)
TERIMA KASIH SANGAT-SANGAT UNTUK YANG SENTIASA MENYOKONG DIRI INI DALAM USAHA UNTUK MENCAPAI MATLAMAT DIRIKU.
No comments:
Post a Comment