Alhamdulilah..hari ini selamat mengikut Najib Ajumma ke rumah pengasuhnya di Gurun.Terima kasih Najib kerana sudi mempelawa saya ke rumah pengasuh awak.Kalau tidak, entah bila la saya nak sampai ke Gurun.Walaupun Gurun tidak jauh dari Sg Petani, tapi itulah kali pertama kiranya saya ke Gurun.Sedihkan?
Sebelum bertolak, kami mengisi perut dulu di Hussain Nasi Kandar.Bukan pekena nasi kandar di pagi hari ya.Cuma pekena roti cheese dan Najib dengan capatinya.Minum pulak kami dua-dua pesan horlicks ais.
Dan saya semakin jakun menikmati panorama pekan Gurun.Yalah, dah namanya baru kali pertama sampai.Mesti lah sibuk nak tengok sana sini.Jadi, saya hanya berdiam diri sahaja sambil mendengar Najib bercerita tentang kehidupannya suatu ketika dulu ketika di Gurun.Barulah saya tahu yang Najib sering jalan kaki bersama ibunya yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah rendah kalau ibunya perlu menghadiri mesyuarat.Jarak Dari rumah ke sekolah boleh saya anggarkan 4 kilometer.Jauh tu..sebab tu Najib cakap dulu dia kurus.Najib ni memang.Pantang ada peluang mesti nak puji diri tau.Itulah cara kami yang tak pernah berubah sejak daripada dulu.Dah biasa sangat dah..akhirnya dua-dua ketawa besar.
Sampai sahaja dirumah pengasuhnya, Najib pun berbuallah dengan pengasuhnya itu.Sakan sekali mereka berbual.Aku teringat pengasuhku, makcik sariah.Dah lama tak jumpa dia kan.Selalu jumpa bila ada kenduri anaknya sahaja.Memang ramah sekali pengasuh Najib tu melayan kami berdua.Nak pula ada kehadiran cucu pengasuh itu yang masih kecil.Lagi la aku suka melayan si kecil itu.
Lepas 30 minit melepak dirumah pengasuh Najib, kami balik Sg Petani.Kali ni kami ikut jalan lama sebab aku cakap tak pernah ikut jalan lama.Bila ikut jalan lama ni banyak la bangunan yang ada.Aku pun senyap la tak cakap apa sebab dok tengok bangunan-bangunan tu.Tapi, najib ni ingat aku tidur pulak.Hello makcik, even i pakai sepek mata hitam, tak bermakna i coverline nak tidur ya!!!I cuma nak cover mata I yang sembab ni coz cuma tidur 2 jam sahaja.
Kami singgah sebentar di tempat biasa CS sebab aku nak print borang UPU.Lepas tu teman Najib beli bantal serta kotak.Perut aku masih kenyang dengan roti cheese breakfast pagi tadi.Tapi tekak mengidam nak makan McDonald.Oh kenapa aku tidak mampu melepaskan McDonald?Sejam jugaklah kami melepak dekat McDonald yang dah buat renovation baru.Nampak lebih segar suasananya.
Dan masa Najib hantar aku balik, sesungguhnya aku terlupa yang borang UPU yang aku print tadi ada dalam plastik yang Najib beli kotak.Jadi berlengganglah aku keluar daripada kereta selepas salam dengan Najib.Elok je aku nak tutup pintu pagar, Najib dah gelak besar dari dalam kereta.Barulah aku teringat yang aku tertingggal barang.Punyalah suka Najib gelakkan aku sampai mengalir air mata dia.Najib..awak suka tau buat saya macam tu!huhu...
No comments:
Post a Comment