credit to UTUSAN MALAYSIA
KEJAM! TAK BERHATI PERUT!
Apa dosa si kecil di atas yang dibuang didalam tong sampah, kemudian dia di bakar...Hilangkan kemanusiaan dalam diri manusia (layakkah aku gelar dia manusia?) yang melakukan perkara begini?Kalaulah si kecil itu mampu membalas perbuatan manusia (aku cuba mencari perkataan lebih sesuai untuk si pelaku ini), aku nak si kecil itu buat kembali apa yang telah dilakukan kepadanya.Mungkin bayi ini lahir ke dunia tanpa dipinta tapi itu tak bermakna dia wajar di perlakukan sebegini rupa.Manusia (wajarkah aku guna istilah ini) ini nampaknya kembali ke zaman jahiliah ketika orang lain semua sedang mengejar kemajuan ke hadapan.
Sejak seminggu lalu, berita pembuangan bayi dilaporkan media.Aku tak sanggup nak selak akhbar dan baca tentang paparan media tentang kes pembuangan bayi.Dan pada aku, kes yang dilaporkan media hari ini sangat-sangat menyentap dan meragut naluri wanita aku.Aku terlalu menyayangi anak-anak kecil ini dan aku mahu mencari jalan untuk menegakkan hak si kecil yang dihukum bukan kerana dosanya.Aku sedih, pilu,marah (emosi tidak terkawal bila tengok gambar berkenaan).Pasangan lain ada yang bertahun-tahun menanti kehadiran zuriat untuk menyambung warisan.Namun si pelaku tidak bertamadun dan berperikemanusiaan ini bertindak di luar batas normal.Binatang pun tahu sayang anak.Inikan si pelaku yang aku tahu dia ada akal yang sempurna (takkan orang kurang siuman nak buat kerja-kerja macam ni) untuk berfikir sanggup berlaku kejam.
Benarlah kata orang, apabila nafsu menguasai diri,kita tidak akan mampu berfikir dengan rasional.Tindakan akan lebih kepada hasutan sang syaitan dan yang menjadi mangsa adalah mereka yang tidak berdosa.Andai benar si kecil ini lahir kerana kurangnya kepandaian si pelaku, kebodohan (maaf,bahasa agak emosi!) ketika mereka bersuka ria, aku berharap agar si pelaku ini dapat dicari dan dihukum.Jika dia tidak mendpat hukuman dunia, hukum Allah SWT jua yang menanti di akhirat kelak.Takkan kau dapat lari daripada perbuatan keji yang sangat menampakkan kejahilan minda.
Dan hari ini sempena Hari Kekasih (masih ramai yang tidak sedar akan sejarah Valentine's Day ni), ramai yang terjebak dalam perkara maksiat.Geleng kepala aku tengok dekat berita TV3 tentang pasangan yang ditangkap.Ada tu yang pakai tudung pun kena cekup sekali.Manusia akhir zaman..begitulah.Semakin hanyut dengan keseronokkan.Semakin alpa dengan duniawi.Tidakkah mereka sedar akan perbuatan hina mereka?Ya, mereka cetek ilmu!!!Ya, mereka bertuankan nafsu!!!
Aku tidak mengatakan aku sudah bagus.Aku juga masih mencari ilmu.Aku juga masih belajar untuk memperbaiki diri.Mencari kesempurnaan yang tidak aku temui.Namun, tidak akan sekali-kali aku menggadai apa yang aku miliki demi menurut nafsu.Seronok hanya sementara namun azab yang akan ditanggung sepanjang hayat hingga ke akhir nanti.Moga aku, kaum keluargaku, sahabat-handaiku serta muslimin muslimat yang lain terus dilindungi rahmat Allah SWT daripada sebarang godaan yang tidak berkesudahan ini.

AKU BENCI TERAMAT SANGAT!!!!
No comments:
Post a Comment