Semalam aku tidur lewat sangat-sangat.Melayan cerita Jepun, CODE BLUE sampai habis 11 episod dan Special Episode sekali.Bayangkanlah pukul berapa aku tidur semata-mata nak habiskan cerita Jepun aku tu.
Sebab dah terlampau mengantuk, mama ketuk pintu bilik pun aku tak sedar.Akhirnya kenalah mama call handphone aku suruh buka pintu bilik.Dengan kemalasan tahap maksimum, aku melangkah dan terkejut tengok mama berdiri tercegat depan pintu bilik.Muka mama lain sikit pastu mama ada cakap sesuatu.Sebab aku tengah mamai bangun tidur, jadi tak berapa nak dengar la apa mama cakap sampai mama kena ulang 3 kali baru aku faham.
Aku pun bergerak mandi dan siap-siap.Lepas tu mama bawa pergi rumah ustaz yang ajar aku mengaji.Akutersentak sebab tengok depan rumah ustaz tu ada van jenazah.Ustaz yang ajar aku mengaji meninggal dunia semalam waktu magrib.Mama tahu pun sebab kebetulan semalam masa bapak balik, bapak lalu depan rumah ustaz dan nampak banyak kereta.
Aku memang dah tahu ustaz sakit sejak tahun lepas lagi dan masa aku melawat ustaz pun keadaan ustaz sangat sakit.Tak tahu macam mana nak terangkan.Apa pun aku berdoa agar roh ustaz dicucuri rahmat serta ditemaptkan dalam golongan yang beriman.Ustaz dah banyak ajar aku tentang Al Quran.Semasa kali terakhir aku jumpa ustaz dalam keadaan sihat pun ialah petang raya tahun lepas.Ustaz sempat lagi berkongsi ilmu ketika itu.
Al Fatihah...
No comments:
Post a Comment