Pages

Saturday, May 29, 2010

Akan Terus Berdiri..

Ya Allah..walau Kau duga lagi diriku, aku akan terus berdiri.Walau terasa mahu menangis, akan kuterus kuat.Aku berserah segalanya padaMu.Kau yang Maha Agung dan pemilik seluruh jasadku.Aku hanya hamba kerdil yang tak punya kuasa melawan takdirmu.Kau berilah aku peluang.Kau tunjukkanlah aku jalan.Aku lemah tanpa daya.Aku kaku tanpa kata.Aku sendu tanpa tangisan.

Ya Allah..pada siapa harus aku luahkan kekecewaan ini?Aku malu untuk berhadapan dengan mereka buat kali seterusnya.Teruk sangatkah aku?Dimana silapnya?Aku buntu.Sampai bila harus begini?Sampai bila harus kumenahan segala perasaan?Sampai bila harus aku melalui kekecewaan.Kurniakanlah padaku kekuatan.Kurniakan aku ketabahan.Kurniakan aku kecekalan.Aku semakin lemah

Ya Allah..aku cuba pasrah dalam dugaanMu.Aku membiarkan rasa itu.Namun, hatiku tidak mampu menahan.Hatiku tewas dalam peperangan perasaan.Hatiku gundah tiada kesudahan.

Ya Allah..aku akan terus berdiri.Menghadap segala dugaanMu.Namun janganlah terus menguji kekuatanku.Aku semakin tiada kudrat bertahan.Tiada apa lagi mampu kujadikan kekuatan.Aku mahu terus senyum dalam kekalutan ini.Aku mahu teruskan hidupku seperti suatu ketika dahulu.Bantulah aku Ya Allah..

No comments:

Post a Comment