Pages

Thursday, June 3, 2010

Wanita ditakuti Lelaki?


Credit to Google Images


Berikut adalah artikel yang diambil daripada Utusan Malaysia menerusi sisipan MEGA.Ruangan Naluri Lelaki ini sering kali menarik perhatian saya untuk membaca dan mengetahui apa yang ingin dikongsikan oleh penulisnya.



Selalunya kita tertanya-tanya mengapa wanita yang cukup serba-serbinya masih belum mempunyai teman pendamping.Jawapan lazim ialah takut kecewa lagi atau belum ada jodoh.
Semuanya bermula daripada diri sendiri.Dalam suasana hubungan tidak lagi diatur oleh keluarga, wanita seharusnya pandai menyesuaikan diri untuk mendapatkan jodoh.
Wanita harus tahu bagaimana cara untuk menawan hati lelaki idaman.Tapi bagaimana untuk berperilaku supaya tidak dijauhi oleh lelaki.

Amatilah

Perlakuan-perlakuan ini yang biasanya menjadi ketakutan kepada lelaki untuk mendekati anda wahai wanita.

1.Kurang ramah
Apa biasanya yang mengundang lelaki untuk mendekati wanita-senyuman dan renungan.Kedua-duanya akan menyakinkan lelaki untuk mendekati wanita.Sebaliknya hindarilah perilaku angkuh dan sombong.

(Pada pendapat saya, bukanlah wanita itu sengaja tidak mahu memberi senyuman kepada lelaki.Tapi andai lelaki itu sekadar memandangnya dari jauh, takkan nak sengih-sengih pulak kan?Contohnya kalau dekat mall atau mana-mana tempat awam lah.Atau mungkin wanita itu sendiri merasakan aura debaran akibat renungan jejaka yang mungkin menjadi pujaan hatinya?Tapi daripada pengalaman saya, memang susah nak senyum apabila berada di tempat awam sendirian.Dulu masa kena guna LRT,KTM, meredah Pudu dan stesen bas Kajang tu, memang takde makna saya nak sengih-sengih.Orang kata menonong je jalan tanpa pedulikan orang sekeliling.Buatnya kena kacau siapa nak jawab?)

2.Terlalu pemalu
Jika terlalu pemalu, bagaimana untuk lelaki mendekati dan mengenali anda?Bahkan, mungkin tiada lelaki yang menyedari kehadiran anda.

(Pada pandangan saya, lumrah seorang wanita memang bersifat pemalu.Memang ada juga yang terlampau pemalu.Namun ketahuilah sebenarnya bahawa wanita itu malu mungkin kerana dia berada diluar kawasan yang dirasakannya selesa untuk bergaul mesra.Menerusi pengalaman sendiri, apabila saya berada dalam keadaan yang baru, terlalu asing dan dikelilingi wajah-wajah yang baru pertama kali bersua, sifat malu saya amatlah terserlah.Ramai yang tak percaya sampailah mereka melihat sendiri bagaimana keadaan saya dicampakkan didalam satu kumpulan manusia yang baru serta hanya ditemani 2 atau tiga sahaja rakan.Daripada seorang yang bercakap banyak, ceria saya akan bertukar menjadi sebaliknya.Malah tidak mampu untuk meluahkan pendapat saya, hanya bertindak sebagai pemerhati dan banyak menghabiskan masa saya dengan rakan yang saya sudah selesa.)

3.Terlalu sempurna
Wanita terlalu cantik bak model dan amat berdikari kurang disukai lelaki.Selalunya lelaki akan berfikir tidak mungkin akan berpeluang untuk mendekati, apatah lagi memiliki wanita sebegini.

(Pada pandangan saya, tak salahkan andai kata wanita itu cantik bak model.Tak salahkan andai dia berdikari?Wanita yang cantik sudah semestinya menampakkan yang dia amat mementingkan kekemasan,kebersihan dan teliti tentang aspek penjagaan diri.Kan ada tagline satu produk kecantikan "Kerana diriku begitu berharga".Kan lelaki juga suka jika teman hidupnya seorang wanita yang cantik bak bidadari.Kalau tak nanti dia buat alasan nak cari yang baru pula.Wanita yang berdikari akan lebih memudahkan hidup lelaki sebenarnya.Wanita itu tahu bila masanya dia perlu mencuri perhatian lelaki dan bila masa dia perlu untuk memberikan lelaki itu ruang untuk perkara-perkara privasinya.Bayangkanlah kalau lelaki ini dapat wanita yang selalu mendambakan perhatian.Tak ke merimaskan.Mula-mula boleh la nak tahan.Lama-lama, sakit jiwa kan?Jadi dampingilah mereka wahai lelaki.)

4.Ada lelaki lain
Walaupun lelaki lain itu hanya sekadar kawan atau saudara, ia umpama peringatan kepada lelaki lain supaya jangan mendekatinya.Ia memberi gambaran anda sudah berpunya.

(Pada pandangan saya, janganlah ini dianggap sebagai satu perkara yang membuatkan lelaki takut untuk mendampingi wanita.Kenapalah anda harus berfikiran bahawa dia sudah dimilki hanya kerana dia keluar bersama teman-teman atau saudara lelakinya sendiri.Saya akui setiap kali saya keluar saya lebih selesa ditemani adik lelaki saya jika tiada kawan perempuan.Jika perlu keluar bersama kawan lelaki, saya kan pastikan ada kawan perempuan bersama.Kenapa?Sebab saya merasa sedikit selamat.Dengan adanya kehadiran lelaki, sekurang-kurangnya keselamatan wanita itu sedikit terjaga kan?)

5.Sentiasa dikelilingi ramai kawan
Berkawan biar seribu.Itu benar.Tetapi hati-hati jangan biarkan ia membawa mudarat.Lelaki akan berasa was-was untuk mendekati wanita yang sentiasa dikelilingi rakan-rakannya.Sebabnya, mendekati seorang wanita pun susah, inikan pula ramai wanita.

(Pada pandangan saya, ini juga tidak seharusnya menjadi penghalang untuk lelaki mendampingi wanita tersebut.Andakan lelaki.Pasti anda mampu menghadapinya jika anda mencuba.Percayalah.Wanita yang dikelilingi ramai kawan itu menampakkan dia ramah kan?Pasti mudah untuk anda mendampingi wanita yang ramah.Kalau kena caranya, anda akan dapat mendekati wanita tersebut.)

6.Selekeh
Jangan sesekali abaikan cara berpakaian.Bukan maksudnya pakaian harus fesyen terkini tetapi cukuplah sekadar sedap mata memandang, sopan serta sesuai dengan suasana.Ingat pakaian adalah perkara utama yang menarik perhatian lelaki.

(Pada pandangan saya, saya mengakui hakikat ini.Seperti yang dikemukakan dalam blog saya tentang 99 Facts about Guys, yang pertama sekali ialah guys don’t actually look after good-looking girls. They prefer neat and presentable girls.Jadi untuk para wanita sekalian, sila jaga penampilan kita.Selalunya orang akan membuat penilaian berdasarkan luaran dahulukan.Apa yang orang nampak dulu, itulah yang orang nilai kita.Tak perlu nak bergaya ala artis atau sehebat anak-anak orang kaya.Anda tahu apa yang patut anda lakukan.)

No comments:

Post a Comment