Pages

Sunday, June 20, 2010

Alhamdulillah..penantian yang berbaloi



Ya Allah..aku bersyukur akan rezeki yang dilimpahkan ke atasku
Terima kasih kerana memberi khabar gembira buatku
Nyata penantian selama setahun ini amat berbaloi..
Andai tahun lalu menyaksikan aku sering menangis mengenang takdirMu
Tahun ini aku menangis kerana gembira dengan kurniaanMu...


Salam..saya dengan rasa penuh syukur ke hadrat Allah SWT ingin mengumumkan bahawa saya telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam jurusan kewangan.InsyaAllah saya akan mendaftarkan diri ke UNIMAS pada 3 Julai ini.

Pada hari pengunguman keputusan UPU, saya sangat takut.Sudahlah laptop buat hal menyebabkan saya tak boleh menyemak keputusan melalui internet.Maka gunalah SMS.Lambat sangat dapat reply.But finally one of my closest friend, Amy msg ckp she got gud news for me.Rupanya cik Amy dh tolong check kt i.hehe..rajin tol Amy.Tapi sebabkan tak percaya, trs call amy.Amy sampai baca apa yang dia nmpk.hahaha..Amy, sayang ko.muah2...

Berikut adalah reaksi mereka yang mengetahui kegembiraanku...

Bapak-terdiam!WHAT?sampai ke Sarawak?hehe..mula-mula bapak dengar macam UNIMAP so dia rasa dekat Perlis ke.Tapi aku cakap UNIMAS.ngeh2..ye bapak SARAWAK!

Mama-memula sebelum kuar result mama kata insyaAllah dapat.Mama rasa macam aku dapat Terengganu.Bila aku cakap kena terbang Sarawak, mama cakap "Terbang sorang-sorang.Mama hantar dekat airport je".Mama, you takut i buat drama air mata ek?

Tok-sangat terkejut sampai menjerit. "Apa kak?Sarawak?Awat jauh sangat?Kak nak pi ka?" itulah yang tok cakap.Tok, kakak nak pi sebab kakak dah tunggu lama.Nanti tok boleh jalan jauh sikit.Naik flight pulak kali ni.Tak payah naik bas dah.

Kakcik-lepas dia dapat mesej terus call menghamburkan kekecewaannya..

Kakcik:Weh, apasal ko dapat g Sarawak pulak ni?
Kakak:Eh rezeki i.You duduk la Changlun tu diam2.
Kakcik:Waaa..ini tidak adil.Takpa2 tahun depan kakcik plak nak pergi Sabah.
Kakak:Suka hati kau laa..Yang penting i terbang dulu..Over the sea you..hahaha

Najib-Kawan baikku yang sentiasa disisiku even sebelum keluar result lagi.Tapi masa call dia, dia tak angkat.Dalam toilet katanya.Time aku tengah sembahyang zohor dia call.Nasib baik dah bagi sudah sembahyang.Harus la memula wat ayat2 drama dengan Najib.Bagi dia cuak sikit.

Ilah:Najib, apa pun yang terjadi awak akan terus sokong saya kan?
Najib:Ye Ilah.Kenapa ni?(Sebab dia dah dengar aku mula menangis)
Ilah:Awak, terima kasih sebab selama ini awak sangat menyokong saya dan jadi kawan baik saya
Najib:Awak dah check UPU ke?
Ilah:Dah saya dah check..
Najib:Awak dapat mana? (hehe..seolah-olah Najib ni boleh agak aku dapat lak.)
Ilah:Saya dapat UNIMAS.Course Kewangan..
Najib:Ilah, awak dapat kan?Memang dapat kan? (hahah..bape kali makcik ulang sebab takut salh dgr kot)
Ilah:Ye awak..saya dapat. (Akhirnya kami menangis bersama..)

Sara-orang yang paling down aku dapat Sarawak.Dia sangat sedih sebab sangat berharap aku dapat masuk UIA sama dengan dia.Sekarang bila aku dekat Sarawak, susahlah aku nak turun KL dan nak jumpa dia.Tapi akhirnya dia terima dan menyokong aku.Thanks kakak manis!

Syafiq-turut terkejut aku mahu ke Sarawak.InsyaAllah nanti kita berjumpa walau kau di kelantan dan diriku di Sarawak.Sabar yer..

Lecturer Puan Razina-Mentor time kolej dulu yang banyak memotivasikan saya.Dia sangat gembira dan mahu saya berusaha denagn lebih kuat untuk membanggakan keluarga.

Lecturer Puan Shaja-Pensyarah subjek Business Law time kolej yang sentiasa menjadi sumber inspirasi.Masa dekat kolej selalu mendapat nasihat daripadanya.Malah lepas dia terima SMS daripada saya, terus call."Ilah, I'm happy for you girl.Work hard ok!!!You jangan nak pergi sana berfoya-foya.Jiwa muda jangan diikutkan sangat.Berbaloi you tunggu akhirnya ke Sarawak.Kalau I ada rezeki, I terbang melawat you.Satu lagi, I takut you jatuh cinta dengan orang Sarawak pulak.Tapi kalau jumpa jodoh dekat sana dengan orang dari sini takpe.Tak susah nak pergi kenduri kawen.I suka dengar suara happy you."

Lecturer Puan Intan Zeline-pensyarah yang menawan hatiku selama 2 semester.Dari subjek Introduction To Business sampai ke Business Management, beliau membimbing aku dengan baik sampai aku cemerlang kedua-dua subjek.Turut merupakan tempat aku berkongsi cerita selain Puan Shaja dan Puan Razina.

Puan Norliah-guru Sejarah dari tingkatan 3-5 ini sememangnya rakan baikku.Cikgu cakap UNIMAS tu best.Beliau mendoakan kesejahteraan dan kejayaan aku disana.Cikgu, nanti saya p jumpa cikgu yer...

Dan tak lupa untuk yang lain-lain juga Kak Susan (walau dia di Sabah, namun kami akan berjumpa nanti.Akak, bawak Ilah jalan2 yer),Raedi (we will fight till death..),Sha (even Sha cakap aku belajar ngan anak Iban, tapi kalau hensem, tak boleh tolak.heheh..), Wana (pergi sana buat confident je.jangan biar diri kena buli yer.taknak nangis2.kan dah biasa buli junior2 dulu..), Atin (meraikan kejayaan saya dengan melawat pada hari sabtu.thanks budak busyuk), Awien (you jaga diri kat tempat orang, nanti i bgtau ibu you dapat pergi sarawak.ibu mesti suka), Izzati (you, tahniah dapat pergi Sarawak!!!), makjang (kakak, go for it.no turning back!all the best.nnt makjang ada rezeki, makjang pergi bercuti sarawak.makjang bangga dengan kakak), Alin (you, akhirnya rezeki you nak pergi Sarawak.Best2!!!) Anis (masa Najib ada dekat rumah petang tu, Anis cakap lepas orang utan sekarang gua dengan sesuatu yang malas saya nak tulis) Annas (Najib bagitau dekat Annas.Annas tanya dekat Najib, sama ada saya nak pergi ek tak.Lepas tu boleh pulak yer mereka berpakat nak melawat Sarawak tahun depan.Okeh silakan rakan-rakanku..)

Untuk mereka yang belum saya maklumkan..jangan berkecil hati.Anda tetap saya ingat cuma saya menunggu waktu yang sesuai untuk khabarkan.To my dear friend Nani yang baru sampai dari UK, nanti bila kita dah berjumpa baru i bgtau you ok.Kalau bagitau dalam SMS tak best sangat sebab kita jauh..heheh..

No comments:

Post a Comment