"Anak kucing comei betoi kan?" tanya Cik A
"Kucing Parsi I gebu-gebu.Sihat-sihat semuanya" ujar Cik M
"Kucing-kucing ni la teman saya selalu bila bosan dekat rumah" terang Cik S
"Kenapa you tak suka kucing?Macam mana I nak bela kucing kalau you tak suka?"soal Encik X
"Apa kena-mengena I kalau you nak bela kucing?I bukan tak suka.Cuma boleh diibaratkan macam kucing dengan tikus.Terasa kucing tu nak terkam i je tau tak" jawab Cik I
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Tadi saja la tengok blog one of my senior dekat kolej dlu.Dia cerita pasal kucing.Sebelum tu saya nak mengaku yang saya bukanlah penggemar kucing.Walau secomel mana pun dan segebu mana pun kucing tu, tolong jauhkan kucing daripada saya.Andai anda cuba mempermainkan saya dengan kucing, anda bakal saksikan betapa saya akan bertindak di luar kawalan.Saya berkata benar bukan gurauan.
Kenapa saya boleh jadi salah seorang insan yang penakut kucing?Jawapannya mudah sahaja.Tak perlu saya nak buat ayat belit-belit.Sebab faktor keluarga rasanya.Kebanyakkan ahli keluarga saya tak kira la adik-beradik,sepupu-sepapat kami memang mengalami masalah yang sama.Keluar makan dengan sepupu pun, kami siap berpesan lagi supaya saling menjaga diri daripada kucing.Bayangkan bila makan asyik pandang bawah meja, kiri kanan check kalau-kalau ada kucing.Kelakar tak?Yang best siap bersila atas kerusi, susun kerusi kt kedai makan tu bagi tinggi sikit.Perangai betul kitaorang ni.Nasib lar..
Pernah terjadi saya memalukan diri dan rakan-rakan lain dekat kafeteria.Bayangkan tengah sedap discussion sambil relax-relax minum air, dengar bunyi kucing bergaduh.Wahh..suara kucing bergaduh tu pun telah mendatangkan keseraman yang teramat sangat.Kawan-kawan cakap takpe.Tak datang punya.Padahal dah bersiap kaki nak angkat atas kerusi dah ni.Kawan lelaki pun siap kata dia jaga kucing tu kalau cuba menghampiri saya.Sekali kucing tu berkejaran masuk bawah meja, tak sempat la hulubalang-hulubalang tu nak berkawal.Saya pun apa lagi terus bertindak drastik hingga mengakibatkan air tumpah ke atas nota.Hehehe..bukan salah saya okeh!Salahkan kucing...hahahahah...
Dan masa waktu belajar dulu pun ada juga dikalangan rakan-rakan saya yang mengalami masalah yang sama.Saya sangat lega kerana buakn saya seorang sahaja merasai perasaan itu.Maka kuranglah sedikit rasa malu apabila orang lain mentertawakan saya kerana takut kucing.Salah saya ke saya takut kucing?Saya tak minta ok!
Balik kepada cerita kita balik pasal blog my senior tu.Dia cerita pasal satu spesis kucing yang kawan dia bela.Gila besar kucing ni.Bukan saiz kucing biasa.Kalah la kucing-kucing Parsi,Siberian,Turkish Vankedisi,Scottish Fold,Ragdoll dan macam-macam lagi.Ni kira kucing saiz besar yang pertama kali dapat tengok.Kalau kucing ni mucnul depan mata, memang menempah nahas la.Yang nahasnya bukan kucing tu.Sudah semestinya saya ok!!!Kucing dari baka ini sangatlah besar.
Ok, kucing yang dimaksudkan oleh senior saya itu ialah dari spesis Maine Coon.Khabarnya kucing ini merupakan salah satu kucing tertua di Utara Amerika.Maine Coon adalah spesis kacukan Turkish Angora dengan Norwegian Forest Cat.Norwegian Forest Cat ni pun spesis kucing besar.Kalau nak tahu pasal Maine Coon dengan lebih dekat silalah google sendiri atau baca dekat sini ----> http://en.wikipedia.org/wiki/Maine_Coon
Nak tengok contoh Maine Coon dan Norwegian Forest Cat?Yang ni saya rajin nak google dan paste dekat sini..(kenapa tiba-tiba saya berminat pasal kucing ni?oh sebab musuh..so kena maik tau.kang inagt ni anak harimau ke singa ke..sebab besar yang amat)
MAINE COON
NORWEGIAN FOREST CAT
TURKISH ANGORA
Lepas ni kalau ada yang cakap kucing tak boleh makan saya sebab saya lebih besar daripada kucing, saya nak jawab "Saya dah jumpa kucing yang sama besar dengan saya.Kalau saya kena terkam dengan maine coon atau norwegian forest cat, sudah tentu saya menjadi seperti sang tikus!."Dan kepada anda yang mempunyai kawan-kawan seperti saya, tolonglah hormati kami.Jangan memperlekehkan ketakutan kami kerana siapa tahu apa yang kami terasa di dalam hati.Kami hanyalah manusia biasa.Sebagaimana orang lain takut dengan katak,cicak,lipas begitu juga kami.Harap maklum.Kerjasama anda memahami keadaan kami amatlah dihargai.Bantulah kami melalui ketakutan kami dan bukannya menjadikan kami bahan ketawa anda.Jika anda rasa rakan anda yang takut akan kucing akan memalukan anda apabila keluar makan atau dimana sahaja, anda patut tahu apa yang perlu anda lakukan.
No comments:
Post a Comment